VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Isnin, 4 Ogos 2008

Kisah Kepahlawanan Negara Di Anak Tirikan?

Hari khamis lepas sambil aku mendrive menuju tempat kerja aku hati aku amat tertarik dengan tajuk perbincangan yang sedang di bincangkan iaitu tentang kepahlawanan yang pernah wujud di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan sampailah sekarang dan ada pulak yang dok buat lawak bangang. Ok la tu memeriahkan perbincangan. Radio ni pun makin lama, makin ramai pendengarnye tambahan dengan kemasukan pengacara popular dari ERA.

Semakin lama topik ni dibincangan aku semakin tersenyum riang sebab ramai di kalangan kita masih kenal akan pejuang masa dulu dalam memperolehi kebebasan yang dikecapi pada masa sekarang. Masuk fasa kedua perbincangan, pengacara mula beranjak sedikit tentang asas perbincangan iaitu dari perihal pahlawan, tajuk dianjak sedikit membincangkan filem perang atau kepahlawanan tempatan (lebih kurang camtu le) yang paling diingati. Lantas fikiran aku terus menjana pengetahuan yang ada dalam otak aku.

Sejenak itu terbit difikiran aku, "banyak ke filem kepahlawan negara kita yang boleh dibanggakan?"

Sejak kecil aku telah disogokkan dengan cerita seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Sumpah Semerah Padi, Sarjan Hassan, Bukit Kepong, Darah Satria, Leftenan Adnan, selain filem seperti Panglima Badul dan Prebet Badul. Itu sahajakah filem kebangaan rakyat Malaysia ni? Dari senarai yang aku sebutkan kat atas tu (sekadar yang ingat saja) yang mana lebih mempunyai nilai sejarah dan fakta yang tepat? Apakah senarai yang ada itu sudah cukup memberi kebanggaan kita sebagai rakyat Malaysia?

Bagi aku jawapanya TIDAK!

Daru dulu lagi aku sangat kepingin melihat karyawan negara memfilemkan kisah-kisah sejarah negara untuk tatapan generasi kini termasuk aku yang hampir memasuki generasi lama tidak lama lagi. Aku cukup berasa bangga sekiranya karyawan atau penerbit filem cuba sedaya upaya mewujudkan filem-filem sejarah ini bagi merungkai peristiwa dan rahsia sebenarnya perjuangan pejuang lama.

Adakah wujud masalah besar dikalangan karyawan mahupun penerbit filem dalam menerbitkan filem-filem sebegini? Adakah kekurangan wang? kalau kekurangan wang mengapa filem Leftenan Adnan mampu diwujudkan dan mendapat sambutan. Begitu juga dengan penerbitan filem 1957: Hati Malaya arahan ulung Shuhaimi Baba. Bukankah filem itu menelan belanja jutaan ringgit tapi masih mampu diwujudkan.

Adakah negara kita kekurangan sumber maklumat dan rujukan? Tak jugak aku rasa, sebab aku rasa kisah kepahlawanan Tanah Melayu ni kalau nak dikirakan bukunya tak cukup tangan malah buku sejarah tingkatan 1 pun banyak menceritakan kisah2 kepahlawanan yang pernah wujud dan kalau sudah begitu takkan lah sebesar2 khutubkhannah di Malaysia ini tidak boleh diselongkar demi anak-anak kita. Jadi apakah sebenarnya masalah kita ni?

Kalau dulu kita amat tersentuh dengan filem Black Hawk Down yang gagal menyampaikan kisah sebenar semasa perang itu, mengapa kita sendiri tidak wujudkan filem itu bagi menceritakan perkara sebenar?

Pada aku, daripada si karyawan ataupun penerbit filem bersusah payah menerbitkan filem cintan cintun yang belum pernah menjanjikan pendapatan lumayan, apa salahnya menceburi perfilemen yang berunsur sejarah pula? Kalau ya ianya tak menjaminkan pulangan yang lumayan, setidak-tidaknya kamu sudah berbakti pada nusa dan bangsa.

Aku sering membayangkan dapat menyimpan koleksi filem-filem kepahlawanan tempatan dan ya dalam simpanan aku ada Darah Satria, Bukit Kepong, dan Leftenan Adnan.

Jadi agaknya bila dapat aku menonton di panggung wayang dan menyimpan koleksi seperti filem Tok Janggut, Tun Perak, Mat Kilau, Si Puntum yang membunuh JWW Birch, Kanang Anak Langkau, Mat Salleh, Syed Sheikh Al Hadi, Burhanuddin Al-Helmi dan lain-lain lagi. Tolonglah karyawan ku penuhilah hajat ku ini. Sekurang-kurangnya, setiap kali bila tiba Hari Kemerdekaan, taklah filem yang sama diulang setiap tahun

Tiada ulasan:

LIFE

Feed The Fish