Pening kepala aku memikirkan keadaan politik Perak ni. Aku yang sebagai anak jati Perak yang lahir kat Taiping ni terasa sangat keliru dan hampir-hampir fedup dengan perkembangan seharian di Perak ni.
Pulak tu banyak dah rekod tercipta semenjak krisis politik Perak berlansung sehingga kini macam MB tersingkat, Keputusan Rayuan Mahkamah yang tersingkat, Sidang DUN bawah POKOK, Sultan kene tunggu lama sebelum sidang DUN nak dimulakan, dan macam-macam lagi yang ada di Perak.
Aku ada terbaca satu blog yang mengatakan Perak akan jadi negeri pertama yang gagal dalam melaksanakan demokrasi dan aku dah semakin bersetuju dengan pendirian itu. Kalau drama swasta ini terus menerus tak ditamatkan lebih awal dah nyata memang Perak negeri yang gagal. Huh malu aku kalau negeri aku dilabelkan macam ni.
Boleh dikatakan Perak sekarang lebih glamer dari pulau Sipadan yang nak dimasukkan dalam 7 keajaiban baru di Dunia. Mana taknya, Perak la ni bukan jadi tumpuan media tempatan malah diluar negara ianya seakan-akan bahan lawak serius boleh dijadikan hiburan dikala sunyi.
Pada pandangan peribadi aku dan menyokong pandangan orang ramai, adalah lebih elok diadakan pembubaran DUN dan serahkan kuasa memilih kepada rakyat Perak macam aku. Biar kami tentukan siapa yang patut merajai Perak selepas ini dan dengan cara ini saja maruah demokrasi di Perak dapat disucikan semula dengan hadas besar hehehe.
Dengan ini, boleh la aku balik mengundi sekali lagi di Kuala Sepetang dan isteri aku di Bagan Datoh, Perak. Betul tak Kapten?