
Assalamualaikum wbth
"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan; akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya barangsiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri. " (Hadith ini adalah riwayat Abu Daud)
"Barangsiapa yang mendengar saudaranya diumpat namun dia tidak membelanya padahal dia mampu maka dia ikut menanggung dosa umpatan itu di dunia dan di akhirat. (Hadith Asfahani)
"Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan Allah Subhanahu Wata'ala. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya (Allah). " (Hadith riwayat Abu Daud)
"Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya itu tidak ada di hadapannya maka wajiblah Allah melepaskannya dari siksa neraka. " (Hadith riwayat Ahmad)
Kalau bace hadis kat atas banyak menyentuh mengenai maruah yang ramai aku rasa tak paham-paham malah bende ni deme leh buat gurauan.
Aku selalu mendengar siaran radio SINAR FM, rancangan Sinar Pagi yang dikendalikan oleh Khairil Rashid, Salleh Yaacob dan Raja Azura. Memang happening dan selalu jugak aku ngan bini aku ketawa mendengar celoteh penyampai radio yang penuh dengan idea termasuklah ketika mengusik pendengar setia mereka.
Namun begitu, sampai ke satu tahap aku jadi marah dengan sikap pendengar radio yang dalam tak sedar menjual maruah mereka kepada berjuta-juta pendengar lain.
Kenapa aku cakap begitu? Sebagai contoh, segmen emosi yang ade pada setiap pagi jumaat bermula dari 7.30 pagi sampailah ke jam 9.oo pagi. Kebanyakkan pendengar menghubungi penyampai kalau yang Isteri, menceritakan keburukan suami dan kalau si Suami mesti menceritakan keburukan si Isteri. Habis dalam rumahtangga sampai ke bilik diceritakan tanpa segan dan silu kepada jutaan pendengar. Setelah bercerita, yang bercerita pulak tu gembira dengan gurauan penyampai terhadap keburukan suami atau isteri. Dimana letaknya maruah si Isteri dan Suami yang bercerita tu apabila kelemahan pasangan masing-masing menjadi bahan gurauan ke seluruh negara?
Islam melarang menceritakan keburukan pasangan masing-masing kepada orang luar malah ibu-bapa pasangan pun tidak patut mengambil tahu keburukan pasangan masing-masing jadi kemanakah hilangnya maruah orang yang berbuat begitu? Bukankah amat berdosa menceritakan keburukan pasangan masing-masing kepada orang ramai?
Nasihat aku pada orang-orang yang tak sedar apa yang dah mereka lakukan tu bawak-bawak la menginsafi diri sendiri. Aku menulis ni bukan sahaja untuk mereka yang tak sedar diri malah untuk diri aku sendiri agar tidak terbabas dalam berseronok atau bersenda gurau.
Bergurau atau berseronok itu ada garis panduannya dalam Islam. Sama-samalah kita mengambil iktibar darinya.