
Iblis bertanya kepada Allah SWT: "Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas)”
Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah SWT yg bermaksud: "Wahai iblis! Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan (pusat membeli belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya.”
Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah SWT yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).
Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?”. Firman Allah SWT yang bermaksud: “cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta(bohong atau yng berkaitan dengannya)”
Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang dating bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah SWT yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."
Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah SWT yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."
Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis(ayat-ayat Al Quran) kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku?." Firman Allah SWT yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)
Kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap - perangkap. Apakah perangkap bagiku?” Allah SWT berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."
Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?. "Firman Allah SWT yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."
Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah SWT yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah."