Anak-anak kekal agama asal walaupun salah seorang ibu bapa bertukar agama23/04/2009 2:04pmKUALA LUMPUR 23 April – Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal walaupun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat itu juga membuat ketetapan bahawa penceraian tidak akan berlaku secara automatik walaupun salah seorang telah memeluk agama Islam.
"Kabinet juga memutuskan segala isu berkaitan penjagaan anak-anak dan penceraian perlulah diselesaikan di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Selaras dengan keputusan itu, Jabatan Peguam Negara akan diarahkan membuat pindaan terhadap undang-undang yang berkaitan bagi memastikan segala keputusan Kabinet itu dapat dikuatkuasakan dengan berkesan.
Beliau berkata, pihak peguam negara juga akan diarahkan memaklumkan perkara itu pada negeri-negeri bagi membolehkan mereka membuat pindaan yang sama terhadap undang-undang syariah. - Utusan
Sabtu, 25 April 2009
Ibu atau Bapa Tukar, Anak Pulak?
Aku tak tau lah nak gelak besar, nak sedeh ker atau nak diam je. Makin hari makin teruk orang cam aku dikelirukan oleh orang2 yang berkepentingan. Tengok je lah berita hari ini
Penjelasan lanjut please
Chicken a la Carte
Hatiku benar-benar tersentuh.....
terima kasih kepada pencipta filem ini kerana telah menyedarkan aku..
Jika aku merasa sangat susah,
rupa-rupanya ada yang lebih menderita daripada aku...
Jika aku sering merasa janggal,
rupa-rupanya ada yang lebih janggal daripada aku...
Jika aku sering mengeluh,
mengapa mereka yang lebih menderita merasa bahagia?