VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Isnin, 25 September 2006

Ramadhan Datang Lagi

Tersenyum aku sensorang bila terkenang zaman kanak-kanak bila tiba bulan ramadhan. Tak tertahan menanggung lapar dan haus akibat berpuasa sepanjang hari membuat aku menekadkan hajat menelan seberapa banyak air di bilik air hingga hilang semua dahaga dan lapar.

Tapi dengan lakonan cemerlang, berjaya jugak aku membuka puasa dengan keluarga pada petangnya.

Itu dulu, kali ini aku lebih berusaha menjalankan ibadah puasa dengan sebaiknya.

Hari ni masuk hari kedua umat Islam menunaikan ibadah puasa 1427 H, jadi tak terlewat untuk aku ucapkan SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA kepada kengkawan semua..

1. Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan. -Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

2. Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. - Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

3. Abu Hurairah telah berkata : Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud : Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. - Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi-

LIFE

Feed The Fish