Assalamualaikum
Dengan rasa sukacita pihak pengurusan Seladang.Net dengan kerjasama Black Parade United dan Kumpulan Media Prima ingin memaklumkan kepada semua penyokong dan peminat bolasepak Perak yang berpengkalan di sekitar Lembah Klang untuk turut sama hadir menjayakan satu slot rancangan yang dianjurkan oleh Kumpulan Media Prima.
untuk keterangan lanjut sila ke;
http://www.seladang.net/archives/67
Rabu, 25 Julai 2007
where have u been!?
Assalamualaikum..
hehe pejam celik pejam celik dah masuk bulan 8. Tinggal beberapa bulan lagi nak melangkah ke tahun baru. Rasa baru je kejap hari tuh masuk tahun baru 2007.
Walau apapun untuk blog aku ni dah lama betoi tak aku coretkan ape2. Bukannye takder issue nak diutarakan dan bukan takder bender yang tak patut dihuraikan dan diungkapkan tetapi oleh kerana kesebokan bekerja tak membenarkan aku walau seminit untuk mencurahkan idea di atas blog ini. Oleh kerana itu, sehingga ini, hanya inilah yang mampu aku coretkan agar blog aku nih idak le tak ber'update'.
Memang banyak bender bermain dalam kepala otak aku yang satu ni; pasal bola sepak kita yang macam hampeh, pasal kenaikkan gaji kakitangan awam, pasal masyarakat kampung aku, pasal cuaca sekarang dan macam-macam lagi yang boleh dijadikan bahan menarik untuk diulas dan diperkatakan.
Dalam tak sedar jugak sebenarnye negara kita tak lama lagi nak menyambut hampir separuh abad merdeka dari penjajahan dan sepanjang persediaan yang dibuat oleh rakyat negara ini nampaknya lebih kepada memperlihatkan bagaimana 50 tahun kemerdekaan itu di sambut daripada menghayati apa itu kemerdekaan yang perlu diungkapkan dengan makna yang sebenar-benarnya. Tapi apa yang aku tahu, kita sendiri perlu menwujudkan kesedaran diri sendiri tentang makna kemerdekaan dan apa yang perlu dilakukan bagi mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi hampir separuh abad. Itu la kot yang aku rasa terpenting sekali.
Aku sungguh-sungguh berharap sangat dengan angka 50 kita menyambut kemerdekaan pada bulan hadapan akan mengisafkan diri di mana kita berada sekarang dan menilai kembali keberkesanan diri kita dalam menyumbang kepada pembangunan ummah.
Aku rasa ini je kut yang nak aku luahkan setelah lama tidak menjengok blog aku ni. kui kui kui..