Agak sebuk aku pada minggu ni. Kesebukan aku ini menyebabkan aku kekurangan waktu untuk memberikan maklumat terkini di blog aku nih.
Paling terkini aku diarahkan untuk merealisasikan Seminar mengenai penubuhan Interfaith Commission (IFC) yang bakal berlangsung di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur pada 17 Febuari nih.
Sebenarnya seminar ni dianjurkan oleh satu badan NGO iaitu Allied Coordinating Committee of Islamic N.G.O.s (ACCIN), so aku dan organisasi tempat aku kerja ni memberikan sokongan penuh terhadap usaha ni lantas mengarahkan aku untuk membantu apa yang terdaya. Jadi tanpa soal panjang aku membantu usaha ini agar ia dapat dijalankan dengan lancar.
Mengenai Penubuhan IFC ini aku tidak ada apa hendak disampaikan cuma jika ada diantara surfer di sini ingin mengetahui mengenai lebih lanjut mengenai IFC boleh ke http://www.geocities.com/bantah_IFC/
Bagi mereka yang mempunyai kehendak ingin menyertai seminar ini amatlah dialu-alukan dan diminta hadir di
Grand Ballroom
Level 17
Hotel Brisdale, Kuala Lumpur
Jam 8.00 Pagi - 6.00 Petang
17 Febuari 2006
Atau hubungi aku di Seraimerah(at)yahoo(dot)com