VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Isnin, 4 Ogos 2008

Gabungan NGO?

Aku sering menghadiri mesyuarat NGO-NGO Islam yang ada di sekitar ibu kota dan juga luar dari ibu kota kita. Dah banyak aku dengar pelbagai pandangan dan cadangan dalam mesyuarat itu bagaimana peranan badan-badan bukan kerajaan ini dapat menyatukan fikrah dalam usaha mereka memperjuangkan Islam khususnya.

Jika dikaji sebenarnya agak terlambat badan-badan ini bergerak namun inilah cara terbaik yang dapat digunakan dalam mempertahankan Islam di negara ini. setelah berakhirnya PRU ke 12 dahulu dapat aku lihat bertapa orang Islam khususnya orang Melayu sangat bergantung pada parti-parti politik tidak kira sama ada ianya PAS, PKR ataupun UMNO.

Kenapa aku katakan begitu? Senarionya mudah, bila cengkaman UMNO agak kendur kebelakangan ini bagaimana dengan nasib orang Melayu yang sangat bergantung pada UMNO? Dan jika PAS atau PKR pula yang jatuh nanti bagaimana pulak keadaan orang Melayu yang bergantung harap pada parti-parti itu?

Jawapannya mudah dan disinilah kita dapat lihat apakah peranan NGO itu kepada masyarakat. Sebenarnya, kekuatan NGO perlu dijana sepenuhnya bagi menjadi tempat pergantungan orang Islam dan Melayu khusunya kerana jelas NGO fungsinya tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak menjadikannya tempat selamat kepada orang Islam ataupun orang Melayu bergantung harap. Namun begitu adakah NGO kita ini sudah bersedia ke arah itu?

Aku berpendapat sudah tiba masanya NGO Islam ini menyatukan fikrah mereka demi kepentingan umat. Walaupun setiap NGO itu mempunyai matlamat yang berbeda namun penyatuan fikrah dapat dibuat demi memertabatkan agama dan bangsa dan cara terbaik penyatuan fikrah ini adalah melalui gerak kerja bersama yang dinamakan gabungan.

Dalam konteks ini aku rasa masyarakat cina boleh dijadikan contoh bagaimana mereka mempunyai masyarakat yang tersusun dengan penyatuan fikrah yang sama demi bangsa mereka.

Aku rasa bila orang Islam dan orang Melayu boleh menyemai sikap demikian rasanya tidak ada sebarang masalah kita untuk menjaga kepentingan bangsa dan agama.

Tiada ulasan:

LIFE

Feed The Fish