VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Selasa, 22 Julai 2008

Malas

2 minggu ni kemalasan aku cukup terbukti. Aku malas nak buat kerje, aku malas nak pegi kerje, balik rumah kul 9 malam mata dah mengantuk. Dalam 2 bulan ni hari sabtu dan ahad pun kerje. Khamis ni aku dah nak gi ke Pangkor.

Seingat aku dalam tempoh sebulan ni 2 kali le aku pergi Pangkor. Bukannye tak best nak pergi walaupun banyak kali tapi kene kerje hujung minggu ni sebenarnye membataskan kebebasan aku. Banyak bender yang aku boleh buat sepanjang dua hari kalau bercuti tapi ape leh buat dah namanye kerje buat jugak le. Konsep kerje sebagai ibadah kene diterapkan dalam hati tanpa mengira apa pun barulah hidup diredhai tuhan betui tak? Heh

Sekarang ni semua orang bercakap pasal politik, sana politik, sini politik, situ politik, di kedai kopi, di pejabat, di perhentian bas, di pasar dan di mana saje pasti topik politik menjadi pilihan. Bagi aku, aku pun sebenarnye pening di mana harus aku letak diri ni. kerja pemimpin kita sekarang ni takdak lain suka sangat menimbulkan keraguan rakyatnye. Sudah la kenaikkan harga minyak cukup membelenggu rakyat ditambah pulak dengan drama tuduh menuduh antara pemimpin sebenarnye mendedahkan apakah sikap pemimpin kita sekarang.

Debat! Yer pasti ramai tengok debat. walaupun terlambat nak komen tapi aku tetap nak tulis kat sini. Soalan pertama yang terpacul dari otak aku selepas selesai melihat siaran langsung tu "begini ke standard Menteri Malaysia?" setiap orang ada pandangan masing-masing tapi bagi aku kalau bergini la standard Menteri kat Malaysia ni maknenya memang kita menghadapi krisis kepimpinan yang teruk setelah hampir 51 tahun merdeka. Beranikah kita meletak harapan kita pada orang yang begini.

Kita tinggalkan je pasal debat ni. Berbalik pada aku ni. Kenapa aku malas? Akhirnya jawapannya aku tau sendiri.

1 ulasan:

ajako berkata...

Dear kawan, aku tak pernah kata keje jadi pengurus MAIM ni senang dan mudah. Sebenarnya kalau ko tanye pengurus2 & pen.2 pengurus yg dlm operasi pun pasti selalu rasa ape yg ko rasa. Tapi sampai bile? Tu soalan yg ko kena tanya, Aku rasalah....

LIFE

Feed The Fish