Setiap kali aku balik ke Taiping menjengah Abah dan Mak aku, tiap kali itu lah aku bertanya kepada Abah aku apa sebenarnya yang berlaku mengenai politik Perak ni. Sebagai rakan kepada Osman Jailu aku pasti Abahku akan mempunyai maklumat mengenai rentetan perkara yang berlaku di Perak sejak akhir-akhir ini.
Soalan pertama tercetus dariku kepada abahku sudah pasti kenapa Osman Jailu boleh lakukan perkara yang betul2 memeranjatkan sedangkan pada zahir mataku ini mereka inilah yang sering melaungkan kata-kata semangat mengenai keadilan, kebenaran dan kesaksamaan jadi mengapa jalan yang memalukan telah dipilih oleh orang yang seperti Osman Jailu.
Jawapan abahku mudah "semua ni angkara orang mereka sendiri dan ini adalah pengajaran kepada mereka yang suka menikam dari belakang!"
lantas aku terdiam dan terus akal logika aku ini membawa aku ke petak pendapat yang lain. Lalu aku menyoal lagi, "bukankah matlamat parti adalah lebih penting dari terus menggadai maruah? dan Osman itu perlu ingat bahawa sejarah akan terus tercatat bahawa dia adalah pembelot kepada perjuangan rakan-rakannya di dalam parti."
dari perbualan itu aku dan abahku masing-masing membisu.
Kala aku dan abahku membisu itu aku pasti masing-masing sedang menilai kembali apa yang telah dibualkan itu.
sebenarnya aku bersimpati kepada abahku ini yang bersungguh-sungguh mencari nilai keadilan dalam hidupnya lalu memilih hutan politik sebagai salah satu kaedah mencapai nilai itu. Jelas dimata abahku ini inginkan sesuatu dapat dibanggakan oleh aku bila beliau sudah tiada lagi nanti.
Namun itu semuanya seolah-olah berkecai akibat dihempas oleh orang-orang yang suka mencari jalan pintas untuk mengumpul kejayaan dan kekayaan.
Kali terakhir aku bertemu abahku pada minggu lepas, khabarnya dia ada bertemu dengan Osman Jailu dan Osman telah menceritakan sendiri apa yang berlaku di suatu tempat rahsia.
Ayat terakhir aku dengar dari abahku sebelum aku balik ke Ibu Kota "Abah penat dah. Lantaklah apa nak jadi dengan politik ni."
Aku faham mengapa kata-kata itu diluahkan dan aku semakin mengerti setelah melihat bertapa usaha abahku ini tampak sia-sia selama ini.
Sebenarnya kemelut politik yang melanda Perak sekarang membuatkan aku meluat dengan politik. Mungkin ramai yang tak setuju dengan pandangan aku tentang perkara ini namun sebenarnya semua yang berlaku ini adalah kerana apa?
Kelemahan, keburukan dan kekurangan seseorang insan terus dikopak, digali dan dijaja merata sehingga apa yang berlaku ini pada mata aku sangat menjijikkan dan memualkan. Adakah iniyang diinginkan oleh kita dan adakah ini yang diperlukan dalam Islam.