DI SYURGA kelak, Allah mencipta bidadari yang cantik untuk insan pilihan.
Diriwayatkan, Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: Sesungguhnya, Allah ketika menciptakan syurga Adnin, ada memanggil malaikat Jibril:
Pergilah engkau dan lihatlah apa-apa yang telah Aku ciptakan untuk hamba-Ku dan kekasih-Ku dan wali-Ku.
Lalu malaikat Jibril pun pergi mengelilingi syurga Adnin yang cukup indah.
Tiba-tiba seorang bidadari yang cantik jelita keluar dari salah sebuah istana lalu mendekati Jibril seraya tersenyum simpul.
Tiba-tiba syurga itu menjadi terang benderang daripada sinaran dua batang gigi serinya.Lalu Jibril pun sujud kerana menyangkakan bahawa sinaran itu adalah daripada cahaya Allah.
Melihat keadaan itu, bidadari lalu berkata: Wahai Jibril, malaikat kepercayaan Allah, angkatlah kepalamu.
Lalu Jibril pun mengangkat kepalanya dan memandang bidadari dengan penuh kekaguman, sambil berkata: Maha Suci Allah yang menciptakan engkau, wahai bidadari.
Kata bidadari: Wahai Jibril, tahukah engkau, untuk siapa aku diciptakan??
Jibril pun bertanya balik: Untuk siapa engkau diciptakan?
Bidadari pun menjawab: Sesungguhnya, aku diciptakan untuk orang yang lebih mengutamakan keredaan Allah, mengatasi hawa nafsunya.
Rabu, 16 Januari 2008
KENAPA NAFSU DEGIL
Dalam kitab karangan Usman b Hassan b Ahmad ada menceritakan Allah s.w.t. telah berfirman yan bermaksud,
"Wahai akal! mengadaplah engkau. Aku ingin tahu darimu siapakah Aku ini dan siapa pula engkau?" Lalu akal pun menjawab, "Engkau adalah Tuhan yang menjadikanku dan aku adalah hambaMu yang lemah."
Setelah itu Allah memanggil nafsu pula datang mengadap, tetapi nafsu hanya mendiamkan diri. Begitulah sehingga tiga kali ianya dipanggil barulah ia datang mengadap.
Allah berfirman padanya, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Jawab nafsu, "Engkau adalah Engkau, aku adalah aku."
Allah lalu menyeksanya dalam neraka jahim selama 100 tahun kemudian mengeluarkannya semula untuk disoal.
Allah menyoal lagi, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Jawab nafsu, "Aku adalah aku, engakau adalah engkau."
Allah lalu memasukkannya kedalam neraka juu' pula selama 100 tahun kemudian mengeluarkannya untuk disoal.
Kali ini barulah nafsu mengaku hakikat dirinya, katanya, "Aku adalah hambaMu yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku yang Maha Kaya."
Dalam kitab yang sama juga ada diterangkan dengan sebab itulah Allah telah mewajibkan puasa bagi mengekang nafsu yang jahat.
"Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat."
(Al Baqarah : Ayat 200)
"Dan di antara mereka ada yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka."
(Al Baqarah : Ayat 201)
Waallahhualam