VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Jumaat, 20 Januari 2006

Lupa la Pulak!!!~~

Butang Start komputer ku tekan sepantas mungkin, tak sabar nak bukak forum kengkawan tengok ada reply yang best ke tak. Forum yang aku nak jengok nih bukan forum mykakis. Apa barang layan. Tak rock langsung layan kakis nih.. baik aku jengok Y4E ataupon seladang. boleh dapat info terkini pasal team PERAK.

Kalau korang semua nak link forum ni ader sebelah tuh ha..

Penat menunggu Windows xp home nih betul2 sedia. PC aku bukan slow pon tapi dah perasaan tak sabar tuh meluap-luap so bender cepat pon dok nampak lambat.

"Bukan berat pon file yang aku install dlm PC nih," getus aku sendiri.

".. nih mesti sebab antivirus Kaspersky yang aku install nih buat bende alah ni slow," gumam aku lagi.

Kaspersky nih adalah antivirus terbaik bagi aku. Mana taknye segala macam spyware, bot-bot and virus lain dapat Kaspersky nih buang dengan selamba rock jerk. Jadi pada korang yang banyak bot dan spyware dalam PC tuh try la pakai antivirus ni kat www.kaspersky.com/trial

Bila semua dah tersedia, dengan pantas je aku arahkan cursor aku ke streamyx icon. Aku klik dengan nafsu membuak-buak dengan harapan Internet aku dapat disambung dengan pantas. Setelah mengklik, aku sabar menanti melihat apa akan berlaku seterusnya.

Tiba-tiba! toing! keluar "windows error 691. Password or username not matching."

"Arghhhh!! Apahal lak nih!" aku separa menjerit. jarang betul error macam ni nak keluar sebenarnye. Aku pun jadi hairan. Dua tiga kali aku retry tapi resultnya tetap hampeh! Akhirnye, aku tutup Komputer aku dan dengan perasaan yang tak puas hati aku masuk bilik tido.

"Esok aku nak tepon tmnet," bebel aku pada bini aku yang dah hanyut sampai somalia gamaknye ekekekeke

Rupa-rupanya streamyx aku dah expired!! Kekekekekek bayangkan 2 bulan tak berbayar. Marah la orang. Aku bukan sengaja tak bayar tapi terlupa sebab bil streamyx selalunya aku bayar dengan perkhidmatan online. Akhirnya semua dah settle, hutang sebanyak RM 272.00 aku bayar. kekekekeke boleh la terus online

Adab!

LIFE

Feed The Fish