pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru.
Macam-macam cerita, macam-macam peristiwa yang berlaku ada yang menyeronokkan ader yang menyedihkan dan ader yang membingungkan. Kekadang tu apa yang berlaku di sekeliling aku, malas aku nak ambik pusing. Bukan ape, aku ni manusia yang biasa-biasa aje dan kalau terlalu sensitif dengan apa yang berlaku boleh menyebabkan litar pintas dalam kepala otak kita dan aku paling menyampah kalau apa yang berlaku melibatkan politiking yang menjadikan kepentingan diri melebihi segala-galanya.
Mata dan kepala aku selalu melihat perubahan dalam masyarakat kita yang dari hari ke sehari makin menjadi lebih kepada individualistik dan aku salah satu daripadanya berdasarkan apa yang aku tulis diatas tuh. Paling teruk, manusia mula menjadikan arah hidup mereka lebih kepada taksub.
Konsep taksub mungkin sudah lama wujud dalam diri setiap manusia tetapi deraan hidup masa kini yang lebih menjurus ke arah kapitalisme, taksub manusia meningkat hebat bagi menjamin kehidupan mereka sendiri menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.
Aku melihat disini, ketaksuban berlaku akan menjadikan masyarakat kita menjadi goyah dan nilai-nilai akhlak dan jatidiri masyarat runtuh lama lagi jika sikap ini tidak dibendung.
Masakan tidak! masing-masing cuba survive untuk meningkatkan hidup masing-masing tetapi dalam masa yang sama akhlak dan minda terus terjajah.
Aku agak tertarik dengan usaha sesetengah pihak yang cuba melahirkan semula semangat kekitaan yang diyakini perlu diterapkan dalam masyarakat kita sekarang. Semangat ini yang diilhamkan oleh ibnu Khaldun jelas menggunakan semangat kekitaan bagi mewujudkan kekuatan masyarakat dalam menghadapi cabaran global masakini.
Konsep ini kalau dilihat secara luaran sahaja memberi gambaran bahawa kekitaan ini lebih kepada berfahaman Assabiyah tetapi sebenarnya ia lebih jauh dari itu.
Jika Asabiyah itu lebih kepada semangat kekitaan yang "extreme", tetapi semangat kekitaan yang diterapkan oleh Ibnu Khaldun ini lebih kepada bergerak bersama-sama, membangun bersama-sama tanpa menjauhkan diri dari adab dan norma kehidupan bermasyarakat.
Tidak salah jika tejerumus kedalam hidup yang memerlukan survival, tetapi biarlah survival kita lebih menjadikan kita berjaya dalam agama dan kerjaya kita.
Semangat kekitaan itu penting sebenarnya bagi kita bagi membentuk jatidiri kita dan masyarakat kalau kita menilai lebih dalam lagi semangat kekitaan inilah yang telah melahirkan semangat nasionalisma yang unggul dahulu hinggakan lahir negara yang bernama Malaysia.
Jadi apasalahnya semangat ini diterapkan dalam diri kita bagi memastikan kehidupan kita lebih baik dari sebelumnya tanpa meninggalkan akhlak dan minda dari terus dijajah.
Jadi saranan aku pada masyarakat, bangkitkanlah semangat nasionalisma kita kembali bukan sekadar mahu membebaskan negara dari penjajahan tetapi semangat nasionalisma bagi membebaskan fikiran kita, minda kita dan perbuatan kita dari dijajah seterusnya membangunkan masyarakat kita ke arah yang lebih baik. ®