Heheheheheh
aku ingat dah tak sempat melayan game pembukaan liga tahun nih hatta di TB ataupon gi stadium sebab aku kene organize satu sessi brainstorming da!! Memula hati risau tak menentu jer macam mat pit yang kehabisan stok!!! kekekekeke (jauhi diri dari dadah!!).
Aperpon nasib aku cukup baik biler asisstant aku cakap yang dier dah tempah satu bilik kat hotel buat brainstorming nih untuk aku. Lega hati aku.. lepas tuh aku dok plan.. dalam kul 8.40 malam aku nak cabot ler kejap barang sejam nak melayan bola kat bilik kalau ader live. hehehehe ..
Sesungguhnya tuhan tu lagi maha adil dan mengetahui. Sessi Brainstorming yang dijangka habih jam11 malam disudahkan awal dengan majlis penutup tepat jam 6.45 petang. Dalam hati aku. syukur sangat. heh.
Habih je sessi tuh aku dari hotel residence bertolak jam 8.25 malam. Malas nak tengok dah kat hotel walaupon check out esoknyer. Dengan pecutan ganas ala night rider, aku menuju ke Highway Utara Selatan untuk balik ke rumah aku kat Rawang.
Dari tol jalan Duta sampai rawang 8.40 malam. Arghh hati mula panas!!! game dah nak setart. aku berharap ader ler live kat TB. Nak gie stadium, mana sempat. Dalam dok pikir tuh depan jalan ader mamat bengong bawak kete blok jalan. Aper lagi bercupak la aku maki. Dah la aku lambat!!! cheh!!
Dalam dok marah tu sedar2 dah sampai rumah tepat jam 8.53 malam. parking je keter depan rumah angkut barang sikit.. yang lenlain tuh mintak tolong wife angkat. Aku bergegas lari masuk rumah macam nak buang ayor besor jer...terus tukar channel yang mulanye wife aku dok layan CSI. kekeke sian dier. Alhamdulillah ader pon live!!! Game baru start 6-7 minit.
Sungguh tak disangka!! Unsangkarable!! Perak Menang!! Isk... aku cukup admire wajah baru Perak. walaupon mulanya aku predict Perak menang 2-1 jer tapi tak sangka la plak dengan hampir 39% player dari skuad Presiden, Perak leh menang besau dengan skuad utama Selangor.
Dengan Skuad sekarang aku mula terbayang zaman muda si KJ, Saravanan, K. Nanta dan Chan Wing Hong dulu. Walaupon deme ni dah takder dalam skuad Perak. Perak nyata tak ketandusan Player muda yang berbakat selepas era KJ, Sara, Nantha dan Chan.
Pemain import tempatan Perak jugak tak mengecewakan macam si Wong Sai Kong, Khairi dan Dominic termasuklah import hensem terbaru dari Croatia Vedran Kukoc, Superb lah!!! Aperpon.. Perjuangan baru bermula. Just wait n see!!Hahaha akhirnye aku rasa lega sesangat. Kekekekeke tak sesia aku racing maut nak balik rumah. Thanks juga kepada Isteriku yang tersayang sebab tau laki dier balik nak tengok bola dan tak kesah tak dapat tengok CSI. love u!!!!
moral of the story.. jangan bawak kete laju2.. peace!!!
Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.
Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 ).
Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalama babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang. (source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1,
Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.
Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard. [Source : Washington Post , 31 Mei 1952 ]
Virus-Virus Daripada Khinzir
Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci.
Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'. [source: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997].
Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi. [source:
Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.
Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918. [ source: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000].
Menurut Dr. Virginia Hinshaw pula, Dekan di Graduate School University Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan babi merupakan suatu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain dan sistem pertahanan manusia tidak mampu untuk menangkis daripada serangan-serangan ini. [Source: Your Health, Flu Fighters, Research for University of Wisconsin-Madison,
Pada bulan November 1997 pula, Dr. Robinson Weiss daripada Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERVS di dalam babi dan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat/organ daripada babi kepada manusia. [source: Campaign for Responsible Transplantation - Press Releases 1998, New Biotech Partnership Threatens Public Health, Oct. 21 1998].
Sebelum itu pada bulan Ogos 1997 pula, saintis-saintis dari Australia telah menemui satu lagi virus dari binatang ini. Ia amat bahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui dan dikenali sebagai virus menangle daripada kumpulan paramyxovirus. [Source: Mercola. com, New Pig Virus Can Infect Human, Dr. Joseph Merola, 1998].
Penyakit Dan Jangkitan Daripada Khinzir.
Setelah kita mengetahui virus-virus yang boleh dijangkiti dan didapati didalam virus, cuba kita lihat pulak penyakit-penyakit bawaannya. Ini adalah antara penemuan terbaru masakini.