Bosan Jugak hari Isnin walaupon hari nih bukan hari kerja. Agaknye dah di'set' dalam minda tuh hari Isnin adalah hari membosankan so terperangkaplah minda tuh dalam kebosanan diri.
Esok dah mula sekolah. Bila cuti sekolah berakhir, aku pulak yang gundah gulana. Bukannya aku nih terlibat dalam hal sekolah sama ada menjadi guru atau anak murid tetapi kesan waktu persekolahan ni akan menyebabkan aku kene bagun awal dari hari cuti sekolah.
Waktu persekolahan disekitar bandar-bandar terutamanya bandar setelit seperti Rawang akan menjadi sesak akibat pertambahan jumlah kereta di jalan-jalan raya. Pertambahan nih datangnya dari ibu-bapa yang suka sangat menghantar anak-anak mereka sendiri ke sekolah dengan menggunakan kereta. hasilnya Jalan raya menjadi Jem teruk. kenapa lah derang ni tak menggunakan kemudahan bas sekolah yang disediakan?
So kalau nak mengelak dari jem nih terpaksa lah aku keluar awal dari rumah. Kalau biasa waktu cuti sekolah aku hanya akan keluar dari rumah dalam pukul 7 pagi tapi setelah sekolah dibuka aku terpaksa keluar dari rumah kira-kira 6.25 atau 6.30 dari rumah. Itupun kalau hari baik. Kalau hari yang tak kena. Mau kene jem jugak.
kekadang aku selalu terpikir kenapa kerajaan tak buat saja sekolah-sekolah jenis berasrama penuh di kawasan luar bandar jauh dari segala bentuk hiburan. Bukankah itu lebih mudah. Anak-anak muda yang masih bersekolah akan berpeluang mempelajari hidup desa disampaing menggunakan kesempatan ini mengenali budaya asal kita yang masih mekar di kawasan luar bandar. Dengan itu, masalah kesesakan juga dapat dikurangkan. hehehe
Apapun kepada mereka yang kembali ke sekolah diucapkan selamat kembali ke sekolah. Kepada rakan-rakan guru, teruskan usaha melahirkan anak bangsa yang berilmu dan berbudaya. Guru pun sekarang dah boleh kerja 5 hari seminggu je lepas ni. Syukur bebanyak!!! Harapnyer lepas ni kurangla sikit stressnye
Tiada ulasan:
Catat Ulasan