VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Khamis, 29 Disember 2005

WHAT GOING ON!

hehehe aper ntah nak di cerita!!!

NEW YEAR!!!

I don't give a damn with any new years back. So what! I hate new year!
hahahaha cakap omputeh la pulak.

Kenapa Aku benci tahun baru!?

Tahun baru kali ini hari sabtu malam minggu
Tahun baru banyak budaya busuk yang baru
Tahun baru banyak perangai dan tingkah laku busuk yang baru
Tahun baru banyak yang dapat anak luar nikah baru
Tahun baru banyak rekod lumba haram terbaru
Tahun baru banyak anak remaja melayu yang LAYU

Arghh!! tak kuasa aku..!

Agaknya apa lah yang difikir oleh anak-anak muda kita menunggu tahun baru? bersiap sedia dengan azam baru. Well, i think not. May be there's a couple between them are ready with new vision. Alhamdulillah jika ada di antara mereka masih sedar dimana harus diletakkan diri di saat menghadapi tika pupusnya budaya murni Islam didalam diri anak-anak Islam kita.

Alangkah sedihnya setiap kali berakhirnya tahun yang lama rekod anak luar nikah, rekod rogol, rekod sumbang sana, sumbang sini, bilangan pelumba, bilangan penikam nombor, bilangan peminum arak, bilangan penagih dadah dan apa lagi? haduihh lupa la pulak. Tapi takpa, SENDIRI MAU INGAT LA!

Agak-agaknya bila fenomena kenaikan bilangan penganut kotor ini akan reda? Hehehehe Only time can judge itself. The new Years will be coming on and on, but what we have now are useless. Sampai bilakah kita harus bergini?

----
BOLA SEPAK

Yeahh Sabtu ni dari layan tahun baru baik tunggu result MSL terutamanya match between Perak vs MPPj. Pergh! mesti gempak la game nih. Mana taknya, MPPj adalah lawan yang kini menjadi peneraju liga SUPER Malaysia dan dengan nama panggilan Chelsea Malaysia yang habis berkoyan-koyan wang ringgit membeli pemain-pemain elit tempatan itu berhasrat menyapu habis piala yang dipertandingkan di Malaysia. What a noble dream!!.

MPPj adalah satu lagi pasukan MSL yang cuba memenangi gelaran berkaedahkan perbelanjaan besar menjadikan PAHANG dan SELANGOR sebagai contoh. Tetapi adakah kaedah ini sangat berjaya? adakah kesannya sangat berkesan untuk tempoh jangka masa panjang. Mestilah tidak!. Cuba tengok keadaan SELANGOR yang sekarang ini masih terumbang ambing disaingan MSL. Bagaimana pulak dengan PAHANG yang gah pada musim pertama kini menghuni dasar liga tanpa sebarang catatan kemenangan? Agaknya bagaimana pulak nasib MPPj nanti?

MPPj dengan umpanan wang telah juga mencuri player kesayangan Peminat Perak selama ini iaitu Chan Wing Hong dan K. Nanthakumar. Yang pastinya kehadiran pemain regular Perak musim lalu akan sekali lagi berdepan dengan lautan kuning hitam yang jelas bukan bersama mereka lagi. Aku hanya berdoa biarlah badi kegagalan bertindak dengan cemerlang oileh bekas pemain Perak ketika menghadapi pasukan Perak terus kekal bersama K.Nanthakumar dan Chan Wing Hong pulak.

Adakah tahta MSL akan berubah menjelang tahun 2006 nanti? Sama-sama kita nanti kan.

Jumaat, 23 Disember 2005

Huwarghhhh !!~

NGANTUKS betul pagi2 jumaat nih. Mane tak mengantuk. Semalam kene buat koje kat rumah sampai lewat malam. Aku nih memang selalu tidor awal. Tapi semalam terlambat sikit. So kesan dier pagi nih le.

Lagi 3 hari genap setahun untuk kita mengenang kembali bagaimana satu tragedi yang menyayat hati kita semua apatah lagi kejadian ini cukup proximity dengan masyarakat kita khususnya masyarakat ISLAM.

26 Disember 2004! Mengenang kembali peristiwa ini sudah pasti kita tertanya-tanya di mana silap kita sehingga nyawa yang hilang seolah-olah tiada harga.

Hari berganti hari, bencana TSUNAMI terus kekal menjadi pengalaman ngeri.

Dan.. Bukan menyalah kehendak takdir yang telah menentukan segala-galanya tetapi sebagai sebuah komuniti yang sekarang ini dilimpahi dengan pelbagai kemajuan teknologi kenapa kejadian seperti ini tidak dapat dielakkan. bagi Aku ini adalah misteri yang perlu kita fikirkan bersama.

Dan.. Jangan fikir tragedi TSUNAMI ini sudah berakhir kerana kesannya masih belum dapat dipulihkan. Kesan tsunami bukan untuk 3 minggu atau 3 bulan. Kesannya hingga kini terus menerus melukakan hati kita. Anak-anak YATIM masih terbiar, kemiskinan, kelaparan dan trauma menyulami kehidupan setiap orang yang dilanda TSUNAMI.


Dan.. Kasihan pada mereka yang masih terpaksa merintih dan merayu bantuan daripada masyarakat yang lebih bertuah. Kepada yang lebih bernasib baik, bantulah mereka walau dengan cara apa sekalipun. Tidak luak harta untuk disedekah sedikit.

Dan.. Sebenarnya TSUNAMI ini adalah tanda pengajaran kepada kita semua. Syukur! Masyarakat dunia juga tidak pernah lupa untuk menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa TSUNAMI ini. Artis tempatan, malah artis-artis antarabangsa turut tidak lupa mengadakan konsert serata dunia bagi mengutip sumbangan khas untuk mangsa TSUNAMI ini.

Dan.. Marilah kita sama-sama bersyukur kerana tidak ditimpakan dengan bencana buruk ini dan dalam pada itu kita harus senantiasa berhati-hati kemungkinan untuk berlakunya perkara seumpama ini amat pasti.

"Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah dan lagi Maha Mengasihani, Sesungguhnya kami semua insan yang lemah, bantulah kami, peliharalah kami dari segala bencana dan berilahkan kebahagian hidup kepada kami hambamu di dunia dan di akhirat..Amin"

Selasa, 20 Disember 2005

Warghhhh TENSEN!!~

Aper ke bende pepagi takdak air kat opis nih!! Nak Memerut pun payah. Inilah nasib kot kalau berkongsi bangunan opis. Aku dari rumah dah plan baik punya nak melabur kat opis sebab kat rumah tak sempat. Kalau melabur jugak kat rumah, alamat sampai opis lambat ler. Tahan je lah.. lagipun kat tempat aku ni aku sorang je .. kalau terkentut pun. busuk dalam bilik aku wakakakakaka

Hari ni ader game MSL lagi. Hari tuh Perak kalah. Takder la sedih sangat. walau tak ke stadium, dengor cakap kengkawan, nyata perak bukan kalah macam tuh jer (ayat sedap hati). Tapi kalah melawan. Malas nak komen panjang-panjang. tunggu je la result malam nih. Harapnyer ader le Live kat tv

Selasa, 13 Disember 2005

Isk Isk Isk Sedihnyer!~~~~

Perak beraksi lagi hujung minggu nih. Aduhai sedihnye hati tak dapat nak gie merasa suasana stadium musim baru nih. Mana taknyer,ader seminar la pulak hujung minggu nih selama tiga hari.

Tak apa lah. Pengorbanan itu besor ertinya. Mana tahu dengan ketidak hadiran aku di Stadium Perak, team kesayangan aku akan beroleh kejayaan. So aku rela menjadi korban itu. kekekekeke..

Ape pon hanya doa dapat aku kirimkan supaya team Perak terus berjaya. Amin...!

Ahad, 11 Disember 2005

What Is My Sleeping Position Says




What is my Sleeping Position Says


You are calm and rational.

You are also giving and kind - a great friend.

You are easy going and trusting.

However, you are too sensible to fall for mind games.

Alhamdulillah Perak menang lagi!!

Sambil menonton TV menunggu bermulanye perlawanan Pulau Pinang E&O vs TMFC di TV1, tetiba handphone aku berbunyi. "Aik Mesej masuk," bisik aku. "Takkan dah score kot."

Pantas aku bangun menyambar hanphone. Tertera di screen kecil nombor telefon yang aku tak kenal. "isk takkan no YB nih," gumam aku sendirian. bila punat hanphone aku tekan lantas tertera, "Perak 1 Perlis 0, Kieta minit ke 3,"

"wow!! dah score!!" aku menjerit mengejutkan isteri ku. "heheheheheheh," aku ketawa sendirian tapi risau takut jaringan awal itu tak memberi makna apa-apa nanti.

Begitulah aku semalaman. Menanti penuh debaran apdet dari rakan-rakan yang ke stadium Perak menyaksikan pertarungan MSL antara Perak dan Perlis. Aku macam biasa susah nak ke Stadium sebab ader komitmen lain.

Sambil menyaksikan perlawanan PP E&O dengan TMFC, beberapa kali hanphone aku berbunyi tanda adanya apdet dari rakan-rakan. Dan nyata malam itu milik pasukan kesayangan aku. Alhamdulillah! Perak sekali lagi menang dengan jaringan agak besar. 4-0 hari jaringan Keita minit ke 3 dan 38 (p), Weerat @ Danial Fadzly minit ke 46 dan Surendran minit ke 89. wowo!!!! hehehehehe!!!

Perlawanan di TV yang berkesudahan TMFC menang dengan jaringan 3-2 telah aku sudahkan dengan awal dengan menyerahkan kuasa remote kontrol kepada isteriku yang kebosanan sebab aku asyik melayan Bola jer bila tiba hari sabtu.. terpaksa mengalah walaupon lepas tuh ader perlawanan antara Chelsea melawan Wigan. Takper biar aku beralah..

Berbalik pada pasukan Perak. kemenangan itu sudah aku jangka tapi dibantainya menang besar lagi. Harapan aku, Player dan penyokong pasukan Perak tidak cepat lupa daratan sebab perjalanan masih jauh. Teruskan Momentum Kemenangan bak kate sedara Chempiang
"Play To Win!!!"

Kejor Yob Kejor!!!!!

LAIN LAIN KEPUTUSAN

Perak 4 Perlis 0
PP E&O 2 TMFC 3
Selangor 3 Pahang 1
MPPJ 3 N. Sembilan 0

Ahad, 4 Disember 2005

Perak Menang!? Damn!!!!

Heheheheheh

aku ingat dah tak sempat melayan game pembukaan liga tahun nih hatta di TB ataupon gi stadium sebab aku kene organize satu sessi brainstorming da!! Memula hati risau tak menentu jer macam mat pit yang kehabisan stok!!! kekekekeke (jauhi diri dari dadah!!).

Aperpon nasib aku cukup baik biler asisstant aku cakap yang dier dah tempah satu bilik kat hotel buat brainstorming nih untuk aku. Lega hati aku.. lepas tuh aku dok plan.. dalam kul 8.40 malam aku nak cabot ler kejap barang sejam nak melayan bola kat bilik kalau ader live. hehehehe ..

Sesungguhnya tuhan tu lagi maha adil dan mengetahui. Sessi Brainstorming yang dijangka habih jam11 malam disudahkan awal dengan majlis penutup tepat jam 6.45 petang. Dalam hati aku. syukur sangat. heh.

Habih je sessi tuh aku dari hotel residence bertolak jam 8.25 malam. Malas nak tengok dah kat hotel walaupon check out esoknyer. Dengan pecutan ganas ala night rider, aku menuju ke Highway Utara Selatan untuk balik ke rumah aku kat Rawang.

Dari tol jalan Duta sampai rawang 8.40 malam. Arghh hati mula panas!!! game dah nak setart. aku berharap ader ler live kat TB. Nak gie stadium, mana sempat. Dalam dok pikir tuh depan jalan ader mamat bengong bawak kete blok jalan. Aper lagi bercupak la aku maki. Dah la aku lambat!!! cheh!!

Dalam dok marah tu sedar2 dah sampai rumah tepat jam 8.53 malam. parking je keter depan rumah angkut barang sikit.. yang lenlain tuh mintak tolong wife angkat. Aku bergegas lari masuk rumah macam nak buang ayor besor jer...terus tukar channel yang mulanye wife aku dok layan CSI. kekeke sian dier. Alhamdulillah ader pon live!!! Game baru start 6-7 minit.

Sungguh tak disangka!! Unsangkarable!! Perak Menang!! Isk... aku cukup admire wajah baru Perak. walaupon mulanya aku predict Perak menang 2-1 jer tapi tak sangka la plak dengan hampir 39% player dari skuad Presiden, Perak leh menang besau dengan skuad utama Selangor.

Dengan Skuad sekarang aku mula terbayang zaman muda si KJ, Saravanan, K. Nanta dan Chan Wing Hong dulu. Walaupon deme ni dah takder dalam skuad Perak. Perak nyata tak ketandusan Player muda yang berbakat selepas era KJ, Sara, Nantha dan Chan.

Pemain import tempatan Perak jugak tak mengecewakan macam si Wong Sai Kong, Khairi dan Dominic termasuklah import hensem terbaru dari Croatia Vedran Kukoc, Superb lah!!! Aperpon.. Perjuangan baru bermula. Just wait n see!!


Hahaha akhirnye aku rasa lega sesangat. Kekekekeke tak sesia aku racing maut nak balik rumah. Thanks juga kepada Isteriku yang tersayang sebab tau laki dier balik nak tengok bola dan tak kesah tak dapat tengok CSI. love u!!!!


moral of the story.. jangan bawak kete laju2.. peace!!!

Mengapa Khinzir Haram

Sejarah Tragedi Penyakit Bawaan Khinzir Pada tahun 1918 virus Influenza telah membunuh lebih daripada 20 juta manusia di seluruh dunia. Dan ada juga yang menganggarkan lebih 40 juta yang menjadi mangsa. Antara sebabnya apabila dibuat kajian ialah kuman-kuman ini sebenarnya datang dari babi-babi di Amerika, yang menjangkiti tentera-tentera Amerika pada Perang Dunia I. Dan tentera-tentera ini seterusnya membawa wabak ini ke merata tempat di pelbagai negara di seluruh dunia.

Dikatakan jumlah kematian berlaku dalam tempoh yang singkat dan wabak ini pada ketika itu adalah antara wabak yang membawa kematian yang cukup besar jika dibandingkan dengan lain-lain wabak penyakit moden pada masa itu. Dan setelah dibuat kajian terperinci, ternyata punca wabak ini adalah daripada kuman virus yang datangnya daripada babi. (source: The Civil Aboliotionist, New Pig Virus Capable of Infecting Human, New York, 1998 ).

Pada tahun 1957 satu wabak yang dinamakan sebagai Asian Flu dan juga wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 adalah berkemungkinan berpunca daripada binatang ternakan, sebelum ianya menjangkiti babi. Di dalama babi pula, virus ini berubah kepada bentuk yang lebih berbahaya, sebelum ianya menjangkiti manusia. wabak-wabak ini telah meragut nyawa lebih 2 juta orang. (source: Sun 26 Mac 2000, The 1918 Flu Pandemic: What Have We Learned From This? pg 1,

Jawapan kepada soalan ini telah dijawab oleh Alex Fano, pengarang sebuah buku terkenal Lethal Laws - Animal Testing, Human Health and Environmental Policy. Beliau juga adalah Pengarah Medical Research Modernisation Committee. Di dalam buku tersebut, beliau telah mengesahkan, kuman-kuman virus daripada babi ini mampu berubah dan menjadi lebih berbahaya atau mutations, daripada semasa ke semasa.

Manakala di sekitar tahun 50an pula, kita dikejutkan dengan cacing trichina daripada babi yang menjadi penyebab kepada penyakit trichinusis. Tidak ada ubat yang boleh mennyembuhkannya pada ketika itu. Dan oleh kerana itu, satu amaran telah dikeluarkan di Amerika tentang bahaya memakan daging babi. Amaran tersebut telah dikeluarkan di Washington Post bertarikh 31 Mei 1952 dan dikeluarkan oleh Dr. Glen Shepard. [Source : Washington Post , 31 Mei 1952 ]

Virus-Virus Daripada Khinzir

Ternyata amaran yang dikeluarkan daripada firman Allah telah mula dapat disyukuri oleh mereka-mereka yang beriman dan mentaati perintahNya. Pelbagai kajian mula dibuat secara lebih terperinci.

Di dalam Journal of Virology 1997, dilaporkan kajian yang dilakukan oleh 12 orang pakar-pakar sains yang diketuai oleh Dr. Yoshihiro Kawaoka, dari Universiti Wisconsin. Pertemuan mereka jelas menunjukkan, pada kerongkong babi ada sel-sel tertentu yang mampu mengubah pelbagai kuman virus kepada bentuk yang berbahaya kepada manusia. Saintis- saintis menganggap babi sebagai mixing vessel atau 'tempat pelbagai kuman dikumpulkan untuk diubah kepada bentuk yang berbahaya'. [source: The Detroit News, Scientists Discover the Infection Route Between Bird Virus and Pigs, Robert Cooke, Okt 20,1997].

Di dalam BBC News pula, pada 29 Oktober 1999, telah memfokuskan penemuan para saintis yang menunjukkan, virus babi menjadi punca berlakunya wabak-wabak yang paling teruk di dalam sejarah dunia perubatan moden pada tahun 1918. Saintis-saintis mendapati wabak-wabak yang menyerang Hong Kong pada tahun 1968 juga berpunca daripada virus babi. [source:

Mengikut kajian itu juga, virus binatang yang biasanya tak menjangkiti manusia bertukar menjadi kuman yang berbahaya yang menjangkiti manusia, selepas memasuki sel-sel di dalam babi ini. Penemuan ini mampi memberi jawapan kepada punca empat wabak penyakit demam selsema flu yang menyerang dan membunuh jutaan manusia pada abad ke 20.

Penyakit-penyakit ini bermula dengan serangan Spanish flu pada 1918, diikuti Asian flu pada tahun 1957 dan Hong Kong flu pada 1968 dan Russian flu pada 1977. Kajian-kajian oleh saintis ini menunjukkan kuman-kuman pembunuh ini dikeluarkan oleh babi sebelum menjangkiti manusia sejagat, terutamanya pada tahun 1918. [ source: Centres For Disease Control & Prevention, Pandemic Influenza, USA 2000].

Menurut Dr. Virginia Hinshaw pula, Dekan di Graduate School University Wisconsin-Madison, virus sentiasa berubah kepada bentuk lain dan babi merupakan suatu takungan yang mampu mengubah virus flu kepada bentuk yang lain dan sistem pertahanan manusia tidak mampu untuk menangkis daripada serangan-serangan ini. [Source: Your Health, Flu Fighters, Research for University of Wisconsin-Madison,

Pada bulan November 1997 pula, Dr. Robinson Weiss daripada Chester Beatty Laboratory, London mengesahkan kewujudan virus PERVS di dalam babi dan ini menyebabkan Kerajaan British mengharamkan kesemua aktiviti pembedahan pemindahan alat/organ daripada babi kepada manusia. [source: Campaign for Responsible Transplantation - Press Releases 1998, New Biotech Partnership Threatens Public Health, Oct. 21 1998].

Sebelum itu pada bulan Ogos 1997 pula, saintis-saintis dari Australia telah menemui satu lagi virus dari binatang ini. Ia amat bahaya kepada manusia dan belum pernah ditemui dan dikenali sebagai virus menangle daripada kumpulan paramyxovirus. [Source: Mercola. com, New Pig Virus Can Infect Human, Dr. Joseph Merola, 1998].

Penyakit Dan Jangkitan Daripada Khinzir.

Setelah kita mengetahui virus-virus yang boleh dijangkiti dan didapati didalam virus, cuba kita lihat pulak penyakit-penyakit bawaannya. Ini adalah antara penemuan terbaru masakini.

LIFE

Feed The Fish