Lagi 3 hari genap setahun untuk kita mengenang kembali bagaimana satu tragedi yang menyayat hati kita semua apatah lagi kejadian ini cukup proximity dengan masyarakat kita khususnya masyarakat ISLAM.
26 Disember 2004! Mengenang kembali peristiwa ini sudah pasti kita tertanya-tanya di mana silap kita sehingga nyawa yang hilang seolah-olah tiada harga.
Hari berganti hari, bencana TSUNAMI terus kekal menjadi pengalaman ngeri.
Dan.. Bukan menyalah kehendak takdir yang telah menentukan segala-galanya tetapi sebagai sebuah komuniti yang sekarang ini dilimpahi dengan pelbagai kemajuan teknologi kenapa kejadian seperti ini tidak dapat dielakkan. bagi Aku ini adalah misteri yang perlu kita fikirkan bersama.
Dan.. Jangan fikir tragedi TSUNAMI ini sudah berakhir kerana kesannya masih belum dapat dipulihkan. Kesan tsunami bukan untuk 3 minggu atau 3 bulan. Kesannya hingga kini terus menerus melukakan hati kita. Anak-anak YATIM masih terbiar, kemiskinan, kelaparan dan trauma menyulami kehidupan setiap orang yang dilanda TSUNAMI.
Dan.. Kasihan pada mereka yang masih terpaksa merintih dan merayu bantuan daripada masyarakat yang lebih bertuah. Kepada yang lebih bernasib baik, bantulah mereka walau dengan cara apa sekalipun. Tidak luak harta untuk disedekah sedikit.
Dan.. Sebenarnya TSUNAMI ini adalah tanda pengajaran kepada kita semua. Syukur! Masyarakat dunia juga tidak pernah lupa untuk menghulur bantuan kepada mangsa-mangsa TSUNAMI ini. Artis tempatan, malah artis-artis antarabangsa turut tidak lupa mengadakan konsert serata dunia bagi mengutip sumbangan khas untuk mangsa TSUNAMI ini.
Dan.. Marilah kita sama-sama bersyukur kerana tidak ditimpakan dengan bencana buruk ini dan dalam pada itu kita harus senantiasa berhati-hati kemungkinan untuk berlakunya perkara seumpama ini amat pasti.
"Ya Allah Ya Tuhanku, Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah dan lagi Maha Mengasihani, Sesungguhnya kami semua insan yang lemah, bantulah kami, peliharalah kami dari segala bencana dan berilahkan kebahagian hidup kepada kami hambamu di dunia dan di akhirat..Amin"
Tiada ulasan:
Catat Ulasan