VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Ahad, 4 Disember 2005

Perak Menang!? Damn!!!!

Heheheheheh

aku ingat dah tak sempat melayan game pembukaan liga tahun nih hatta di TB ataupon gi stadium sebab aku kene organize satu sessi brainstorming da!! Memula hati risau tak menentu jer macam mat pit yang kehabisan stok!!! kekekekeke (jauhi diri dari dadah!!).

Aperpon nasib aku cukup baik biler asisstant aku cakap yang dier dah tempah satu bilik kat hotel buat brainstorming nih untuk aku. Lega hati aku.. lepas tuh aku dok plan.. dalam kul 8.40 malam aku nak cabot ler kejap barang sejam nak melayan bola kat bilik kalau ader live. hehehehe ..

Sesungguhnya tuhan tu lagi maha adil dan mengetahui. Sessi Brainstorming yang dijangka habih jam11 malam disudahkan awal dengan majlis penutup tepat jam 6.45 petang. Dalam hati aku. syukur sangat. heh.

Habih je sessi tuh aku dari hotel residence bertolak jam 8.25 malam. Malas nak tengok dah kat hotel walaupon check out esoknyer. Dengan pecutan ganas ala night rider, aku menuju ke Highway Utara Selatan untuk balik ke rumah aku kat Rawang.

Dari tol jalan Duta sampai rawang 8.40 malam. Arghh hati mula panas!!! game dah nak setart. aku berharap ader ler live kat TB. Nak gie stadium, mana sempat. Dalam dok pikir tuh depan jalan ader mamat bengong bawak kete blok jalan. Aper lagi bercupak la aku maki. Dah la aku lambat!!! cheh!!

Dalam dok marah tu sedar2 dah sampai rumah tepat jam 8.53 malam. parking je keter depan rumah angkut barang sikit.. yang lenlain tuh mintak tolong wife angkat. Aku bergegas lari masuk rumah macam nak buang ayor besor jer...terus tukar channel yang mulanye wife aku dok layan CSI. kekeke sian dier. Alhamdulillah ader pon live!!! Game baru start 6-7 minit.

Sungguh tak disangka!! Unsangkarable!! Perak Menang!! Isk... aku cukup admire wajah baru Perak. walaupon mulanya aku predict Perak menang 2-1 jer tapi tak sangka la plak dengan hampir 39% player dari skuad Presiden, Perak leh menang besau dengan skuad utama Selangor.

Dengan Skuad sekarang aku mula terbayang zaman muda si KJ, Saravanan, K. Nanta dan Chan Wing Hong dulu. Walaupon deme ni dah takder dalam skuad Perak. Perak nyata tak ketandusan Player muda yang berbakat selepas era KJ, Sara, Nantha dan Chan.

Pemain import tempatan Perak jugak tak mengecewakan macam si Wong Sai Kong, Khairi dan Dominic termasuklah import hensem terbaru dari Croatia Vedran Kukoc, Superb lah!!! Aperpon.. Perjuangan baru bermula. Just wait n see!!


Hahaha akhirnye aku rasa lega sesangat. Kekekekeke tak sesia aku racing maut nak balik rumah. Thanks juga kepada Isteriku yang tersayang sebab tau laki dier balik nak tengok bola dan tak kesah tak dapat tengok CSI. love u!!!!


moral of the story.. jangan bawak kete laju2.. peace!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Tahniah Yob! Menang besar ngan selangor lagi tu... :-)

Ser@i berkata...

kekeke mekasih smd.. sabah pon ok ader jibong

LIFE

Feed The Fish