Rabu lalu aku mengambil kesempatan untuk bercuti setelah susah nak cari tarikh sesuai disebabkan agak banyak kerja yang perlu dilakukan dengan tulang empat kerat. Tapi aku tetap bersyukur kerana kerja yang aku lakukan itu bukan kerana terpaksa atau mahu mendapatkan perhatian boss tapi aku sendiri puas dengan apa yang aku lakukan dan moga-moga kerja yang aku lakukan ini diterima oleh tuhan sebagai suatu ibadah yang kecil.
Aku telah memohon cuti selama 6 hari termasuk sabtu dan ahad sehingga isnin. Rupanya cuti aku tu tak seindah seperti berbaring di ruang tamu sambil menonton television tetapi perlu ke sana ke sini membantu menyiapkan akaun surau dekat tempat tinggal aku dan juga mengisi masa lapang dengan servis kereta yang dah masuk 2 bulan tak berservis hehehe.
Alhamdulillah aku berjaya melakukan semua kerja tu dan malam tadi aku bermain futsal dengan rakan-rakan ditempat tinggal dengan rasa puas walaupun sedikit mengantuk kerana aktiviti futsal bermula jam 10 malam sampai jam 12 tengah malam.
Campur tolak bersembang, balik mandi, menonton television dan bermain internet. akhirnya aku melelapkan mata jam 3 pagi. Sebenarnya pada setiap hari jumaat malam sabtu, setiap minggu memang itu lah waktu aku tidur. Bukan apa, aktiviti sebegini bukan saja dapat mencairkan lemak dalam badan tetapi juga dapat melepaskan tekanan setelah seminggu bekerja.
Hari ni aku nak meneman Isteri kesayangan yang mengadakan sesi fotografi untuk kengkawan jiran dia yang pregnant di kawasan tugu negara. Jadik bak kat mat salleh dalam sinar.fm "I folo".
Malam karang plak selepas menghadiri kenduri doa selamat jiran kemungkinan besar aku dan Isteri akan ke Uptown Rawang yang baru. Maklumlah, gaji baru masuk..langkahan pun panjang sedikit.
Yang pasti minggu depan pasti lebih sebuk dalam kerja aku. Yang pertama lawatan kedutaan China ke YADIM bagi bertemu dengan NGO-NGO Islam, yang kedua keputusan penggunaan kalimah ALLAH, yang ketiga Mesyuarat JK Pusat Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) kali ke 2 dan yang terakhir untuk hujung bulan Julai ialah Mesyuarat pengurusan MAIM.
Kemungkinan aku bertambah kerja apabila baru-baru ni ada keputusan untuk mewujudkan Anugerah Bapa Mithali dan sudah tentu unit aku akan ditugaskan. Tarikh anugerah tersebut sudah ada dan segala kerja-kerja pengurusan telah dijalankan oleh aku dan kengkawan. Agak-agaknya macamanalah Anugerah Bapa Mithali ni? Adakah ianya sebagaimana konsep Ibu Mithali? sama-samalah kita tunggu.
Sehingga saat ini, aku berdoa semoga ALLAH memberi kelancaran kepada kerja-kerja yang aku lakukan dan aku ucapkan ribuan terima kasih kepada anak-anak buah aku di MAIM kerana memberikan kerjasama yang baik pada aku dalam melancarkan urusan kerja aku.
amin...
2 ulasan:
kerja sebagai ibadah, tidak. ikhlas, tidak merungut, dan tidak rasa letih utuk melakukannya...bahkan sentiasa gembira melakukannya dengan lapang dada
biasa la manusia bukannya sempurna...hehehe
Catat Ulasan