Selasa, 17 November 2009
Tentang Konsep Keadilan dalam Islam
Antara ayat Al-Qur'an yang berkaitan dengan konsep keadilan dalam politik ialah Surah An-Nisa' ayat 57 yang bermaksud " Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya). Dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhny Allah dengan (suruhannya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa mendengar, lagi sentiasa melihat".
Antara ayat Al-Qur'an yang berkaitan dengan konsep keadilan dalam bidang sosial ialah Surah An-Nahli ayat 90 yang bermaksud "Sesungguhnya Allah menyuruh berlaku adil dan berbuat kebaikan, serta memberikan bantuan kepada kaum kerabat; dan melarang daripada melakukan perbuatan-perbuatan yang keji, dan mungkar serta kezaliman. Ia mengajar kamu (dengan suruhan dan laranganNya ini), supaya kamu mengambil peringatan mematuhinya".
Antara ayat Al-Qur'an yang berkaitan dengan konsep keadilan dalam bidang ekonomi ialah Sural Al-Isra' ayat 35 yang bermaksud " Dan timbanglah dengan timbangan yang adil yang demikian itu baik ( kesan bagi kamu di dunia) dan sebaik-baik kesudahan (yang mendatangkan pahala di akhirat kelak)".
Isnin, 19 Oktober 2009
How important are Sabr, Taqwa, Chastity, Self-Sufficiency, and Asking Forgiveness in Islam?
We are taught to patiently persevere when things are uncomfortable for us in life. We are also taught to be tolerant and compassionate. Both those things require a great deal of patience. A lot of intolerance and indifference and the condemnation of others comes from impatience.
If we have great faith and our piety guides us in our ways of living, we will inevitably bring good things to the world. True piety involves all of God's attributes. We can model our behavior on the guidance we receive from conemplating God's qualities.
Righteousness is a beautiful quality, but many people claim to be righteous and they are just the opposite. A distorted expression of righteousness can do a lot of damage. Only a loving heart can awaken in a way that it is genuinely capable of righteousness.
Obeying and pleasing Allah should be the goals of every Muslims life. We lose the meaning of life when we are only wanting to satisfy our personal needs. By surrendering to Allah, true joy can be achieved.
Self-sufficiency is a good quality, but I believe Allah knows that there are many situations in life where we are unable to provide for ourselves and for our families and communities. We are all given the opportunity to help those in need. The prophet, Muhammad, peace be upon him, often spoke of the need to give to the ones who couldn't provide for themselves.
In regards to chastity, Muslims do not think celibacy is preferable. Intimacy is viewed as a legitimate way of being in our relationships with our spouses.
As for asking for forgiveness. Allah loves to forgive. When we repent, we relieve our hearts of burden and allow Allah the chance to help guide us back to the straight path.
Rabu, 16 September 2009
Isnin, 14 September 2009
ALAM MAHSYAR
2. Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa”. Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.
3. Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.
4. Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yg kembang membesar dari biji benih.
5. Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.
6. Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.
7. Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.
8. Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah Ta’ala. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.
9. Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.
10. Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.
11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.
12. Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah Ta’ala. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah saw. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.
13. Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad s.a.w. ke hadrat Allah Ta’ala. Lalu diperkenankan doa baginda.
14. Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.
15. ‘Arasy ( عرش ) ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.
16. Kursi ( كرسي ) iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.
17. Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.
18. Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing-masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.
19. Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad s.a.w., dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.
20. Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.
21. Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.
22. Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad s.a.w. dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.
23. Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.
24. Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata-kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.
25. Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.
26. Syafaat Nabi Muhammad s.a.w. di akhirat :
a. Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
b. Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
c. Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah Ta’ala.
27. Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.
28. Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.
29. Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.
30. Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.
Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.
Khamis, 3 September 2009
Tujuh Yang Mendapat Naungan
- Imam yang adil.
- Pemuda yang sejak kecil beribadat kepada Allah SWT
- Seseorang yang hatinya terpaut kepada masjid-masjid
- Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan yang sedemikian serta berpisah pun atas keadaan yang sedemikian
- Seseorang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan serta kecantikan wajah, lalu ia berkata: "Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah," (ataupun sebaliknya yakni yang diajak itu ialah wanita oleh seorang lelaki).
- Seseorang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu menyembunyikan amalannya itu (tidak menampak-nampakkann ya), sehingga dapat dikatakan bahawa tangan kirinya tidak mengetahui apa-apa yang dilakukan oleh tangan kanannya
- Seseorang yang ingat kepada Allah di dalam keadaan sepi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya."
(Muttafaq 'alaih)
Selasa, 25 Ogos 2009
Jika Tuhan itu Baik Kenapa ada Neraka?

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetekpengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasatempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.
Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya merekaakan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapatimasih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalamsetiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan parapegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikannasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidakmampu memberi kesan yang mendalam.
Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seoranggadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Makadia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,
"..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan Peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya,takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."
Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu, dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..
Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka takada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"
Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:"perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semuaorang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol disyurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak.. takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.
"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.
Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"
Gadis tu terdiam.
Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.
*artikel ini dipetik dari sahabat yang tidak dikenali.. terima kasih atas artikel ini
ALANGKAH BAGUSNYA RAMADHAN NI
Alangkah bagusnya Ramadhan ini jika;
- Menambah Ibadah yang kita lakukan dan diterima oleh Allah S.W.T
- mengurangkan bercakap tentang perkara yang sia-sia
- Menambahkan kerja yang memberikan pahala
- Mengeratkan lagi persaudaraan sesama muslim
- Mengurangkan permusuhan antara muslim
Isnin, 24 Ogos 2009
Hanya Kerana sebutir kurma
Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke mesjidil Aqsa.
Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1 kg kurma dari pedagang tua di dekat mesjidil Haram.
Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma tergeletak didekat timbangan. Menyangka kurma itu bagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya.
Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. 4 Bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.
Ia solat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya.
"Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan warak yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT,"
kata malaikat yang satu. "Tetapi sekarang tidak lagi. doanya ditolak karena 4 bulan
yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua di dekat mesjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi.
Ibrahim bin adham terkejut sekali, ia terhenyak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya, shalatnya, doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya.
"Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar.
Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma. Untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya.
Begitu sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda. "4 bulan yang lalu saya
membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. kemana ia sekarang ?" tanya Ibrahim.
"Sudah meninggal sebulan yang lalu, saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu. "Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan ?".
Lantas ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat. "Nah, begitulah" kata ibrahim setelah bercerita,
"Engkau sebagai ahli waris orangtua itu, maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjur ku makan tanpa izinnya?".
"Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya."
"Dimana alamat saudara-saudaramu ? biar saya temui mereka satu persatu." Setelah menerima alamat, ibrahim bin adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalakan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh ibrahim.
4 bulan kemudian, Ibrahim bin adham sudah berada dibawah kubah Sakhra.
Tiba tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. "Itulah ibrahim bin adham yang doanya tertolak gara gara makan sebutir kurma milik orang lain."
"O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat penghalalan dari ahli waris pemilik kurma itu.
Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas."
Sabtu, 25 Julai 2009
Lama Tak Tulis Antara Sebabnya...
Aku telah memohon cuti selama 6 hari termasuk sabtu dan ahad sehingga isnin. Rupanya cuti aku tu tak seindah seperti berbaring di ruang tamu sambil menonton television tetapi perlu ke sana ke sini membantu menyiapkan akaun surau dekat tempat tinggal aku dan juga mengisi masa lapang dengan servis kereta yang dah masuk 2 bulan tak berservis hehehe.
Alhamdulillah aku berjaya melakukan semua kerja tu dan malam tadi aku bermain futsal dengan rakan-rakan ditempat tinggal dengan rasa puas walaupun sedikit mengantuk kerana aktiviti futsal bermula jam 10 malam sampai jam 12 tengah malam.
Campur tolak bersembang, balik mandi, menonton television dan bermain internet. akhirnya aku melelapkan mata jam 3 pagi. Sebenarnya pada setiap hari jumaat malam sabtu, setiap minggu memang itu lah waktu aku tidur. Bukan apa, aktiviti sebegini bukan saja dapat mencairkan lemak dalam badan tetapi juga dapat melepaskan tekanan setelah seminggu bekerja.
Hari ni aku nak meneman Isteri kesayangan yang mengadakan sesi fotografi untuk kengkawan jiran dia yang pregnant di kawasan tugu negara. Jadik bak kat mat salleh dalam sinar.fm "I folo".
Malam karang plak selepas menghadiri kenduri doa selamat jiran kemungkinan besar aku dan Isteri akan ke Uptown Rawang yang baru. Maklumlah, gaji baru masuk..langkahan pun panjang sedikit.
Yang pasti minggu depan pasti lebih sebuk dalam kerja aku. Yang pertama lawatan kedutaan China ke YADIM bagi bertemu dengan NGO-NGO Islam, yang kedua keputusan penggunaan kalimah ALLAH, yang ketiga Mesyuarat JK Pusat Majlis Amal Islami Malaysia (MAIM) kali ke 2 dan yang terakhir untuk hujung bulan Julai ialah Mesyuarat pengurusan MAIM.
Kemungkinan aku bertambah kerja apabila baru-baru ni ada keputusan untuk mewujudkan Anugerah Bapa Mithali dan sudah tentu unit aku akan ditugaskan. Tarikh anugerah tersebut sudah ada dan segala kerja-kerja pengurusan telah dijalankan oleh aku dan kengkawan. Agak-agaknya macamanalah Anugerah Bapa Mithali ni? Adakah ianya sebagaimana konsep Ibu Mithali? sama-samalah kita tunggu.
Sehingga saat ini, aku berdoa semoga ALLAH memberi kelancaran kepada kerja-kerja yang aku lakukan dan aku ucapkan ribuan terima kasih kepada anak-anak buah aku di MAIM kerana memberikan kerjasama yang baik pada aku dalam melancarkan urusan kerja aku.
amin...
Khamis, 11 Jun 2009
MARUAH

Assalamualaikum wbth
"Wahai orang-orang yang beriman dengan lisan; akan tetapi iman belum menyerap ke dalam hati, janganlah kalian menyakiti orang lain. Jangan mengintai-intai cacat cela mereka, sesungguhnya barangsiapa yang cacat celanya diintai oleh Allah nescaya Allah akan bukakan pekungnya walaupun di tengah rumahnya sendiri. " (Hadith ini adalah riwayat Abu Daud)
"Barangsiapa yang mendengar saudaranya diumpat namun dia tidak membelanya padahal dia mampu maka dia ikut menanggung dosa umpatan itu di dunia dan di akhirat. (Hadith Asfahani)
"Sesiapa dari kalangan orang Islam yang tidak membela orang Islam lain apabila kehormatannya dicerobohi dan nama baiknya dicacati maka niscaya Allah membiarkan nasibnya ketika dia sangat memerlukan pertolongan Allah Subhanahu Wata'ala. Dan mana-mana orang Islam yang menolong orang Islam lain ketika nama baiknya dan kehormatannya diceroboh niscaya Allah akan menolongnya ketika dia sangat-sangat memerlukan pertolonganNya (Allah). " (Hadith riwayat Abu Daud)
"Barangsiapa yang mempertahankan maruah saudaranya ketika saudaranya itu tidak ada di hadapannya maka wajiblah Allah melepaskannya dari siksa neraka. " (Hadith riwayat Ahmad)
Rabu, 3 Jun 2009
Aku Ader Blog Baru
kesian.. sekarang blog aku ni dah aku tak pedulikan sangat. Bukak, kemudian tengok sekejap je. Bukan ape, aku sekarang dok sebuk kat blog aku yang lagi satu tu. Semuanya gambar je dalam tu.
Memang hobi aku suka ambik gambar. Dulu kat ITM aku amek korse MASSCOMM (Mass Communication) ader la subjek Photog ni. Sempat la aku belajo beberapa teknik termasuklah teknik mencuci filem hitam putih.
Dah lama tinggalkan hobi ni tetiba minat tu datang balik setelah melihat beberapa orang kengkawan aku yang memiliki DSLR (Digital Single Lens Reflex). Semangat nak mencatat kejadian dengan fotografi semakin membuak-buak.
Mana taknya. Dengan DSLR pekara mengambil gambar dipermudahkan ntah berapa kali ganda dari kamera jenis SLR dulu-dulu. Masa nak ambik gambar tu kalau tak betul boleh review dan delete kemudian ambik semula gambar tu. Tak susah macam dulu lepas cuci gambar tu barulah kecacatan tu nampak jelas.
Tapi bagi aku seeloknya walaupun teknologi yang canggih manggih ni dah ader, apa yang penting dalam bidang ni ialah kesenian lah yang paling utama.
Aku amat sangat berharap suatu hari nanti semua gambar aku tak payah nak edit2 dah. Sekali snap terus jadik.
Dan pada masa yang akan datang aku harap blog aku tu akan ader domain sendiri takyah tumpang blog ni dah..
saper nak jengok blog aku tu klik sini http://suka-photo.blogspot.com
Rabu, 27 Mei 2009
Blues Petang untuk Aku
Isnin, 18 Mei 2009
Fikirkan lah
(Hadis riwayat al-lmam Muslim)
Khamis, 14 Mei 2009
Gagalkah Demokrasi di Perak
Isnin, 4 Mei 2009
The Polite Way to Pee
During one of her daily classes, a teacher trying to teach good manners, asked her students the following question:
"Michael, if you were on a date having dinner with a nice young lady, how would you tell her that you have to go to the bathroom?”
Michael said: “just a minute I have to go pee.”
The teacher responded by saying: “That would be rude and impolite. What about you Sherman, how would you say it?”
That's better, but it's still not very nice to say the word bathroom at the dinner table. And you, little Johnny, can you use your brain for once and show us your good manners?”
Johnny said “I would say: Darling, may I please be excused for a moment? I have to shake hands with a very dear friend of mine, whom I hope to introduce you to after dinner.”
The teacher fainted...
Khamis, 30 April 2009
Selamat Hari Pekerja
Sabtu, 25 April 2009
Ibu atau Bapa Tukar, Anak Pulak?
Anak-anak kekal agama asal walaupun salah seorang ibu bapa bertukar agama23/04/2009 2:04pmKUALA LUMPUR 23 April – Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal walaupun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat itu juga membuat ketetapan bahawa penceraian tidak akan berlaku secara automatik walaupun salah seorang telah memeluk agama Islam.
"Kabinet juga memutuskan segala isu berkaitan penjagaan anak-anak dan penceraian perlulah diselesaikan di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen di sini hari ini.
Selaras dengan keputusan itu, Jabatan Peguam Negara akan diarahkan membuat pindaan terhadap undang-undang yang berkaitan bagi memastikan segala keputusan Kabinet itu dapat dikuatkuasakan dengan berkesan.
Beliau berkata, pihak peguam negara juga akan diarahkan memaklumkan perkara itu pada negeri-negeri bagi membolehkan mereka membuat pindaan yang sama terhadap undang-undang syariah. - Utusan
Chicken a la Carte
Jumaat, 17 April 2009
Kalau Diberi Peluang

Rabu, 15 April 2009
Rabu, 1 April 2009
Khamis, 26 Mac 2009
PIDATO PAK SAMAD
Isnin, 16 Mac 2009
Dasar Kurang Ajar!!!

Allah mengerti








