VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Rabu, 16 Januari 2008

Syurga Terang Benderang Akibat Sinaran Gigi

DI SYURGA kelak, Allah mencipta bidadari yang cantik untuk insan pilihan.

Diriwayatkan, Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: Sesungguhnya, Allah ketika menciptakan syurga Adnin, ada memanggil malaikat Jibril:

Pergilah engkau dan lihatlah apa-apa yang telah Aku ciptakan untuk hamba-Ku dan kekasih-Ku dan wali-Ku.

Lalu malaikat Jibril pun pergi mengelilingi syurga Adnin yang cukup indah.

Tiba-tiba seorang bidadari yang cantik jelita keluar dari salah sebuah istana lalu mendekati Jibril seraya tersenyum simpul.

Tiba-tiba syurga itu menjadi terang benderang daripada sinaran dua batang gigi serinya.Lalu Jibril pun sujud kerana menyangkakan bahawa sinaran itu adalah daripada cahaya Allah.

Melihat keadaan itu, bidadari lalu berkata: Wahai Jibril, malaikat kepercayaan Allah, angkatlah kepalamu.

Lalu Jibril pun mengangkat kepalanya dan memandang bidadari dengan penuh kekaguman, sambil berkata: Maha Suci Allah yang menciptakan engkau, wahai bidadari.

Kata bidadari: Wahai Jibril, tahukah engkau, untuk siapa aku diciptakan??

Jibril pun bertanya balik: Untuk siapa engkau diciptakan?

Bidadari pun menjawab: Sesungguhnya, aku diciptakan untuk orang yang lebih mengutamakan keredaan Allah, mengatasi hawa nafsunya.

Tiada ulasan:

LIFE

Feed The Fish