Daripada Abu Mas'ud iaitu 'Uqbah bin 'Amral-Anshari al-Badri r.a., katanya:
"Rasulullah s.a.w. bersabda:"
Barangsiapa yang memberikan petunjuk atas kebaikan, maka baginya adalah seperti pahala orang yang melakukan kebaikan itu."
(Riwayat Muslim)
Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya
"Rasulullah s.a.w. bersabda:"
"Barangsiapa yang mengajak ke arah kebaikan, maka ia memperolehi pahala sebagaimana pahala-pahala orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dan dari pahala-pahala mereka yang mencontohinya itu, sedang barangsiapa yang mengajak ke arah keburukan, maka ia memperolehi dosa sebagaimana dosa-dosa orang-orang yang mengikutinya, tanpa dikurangi sedikitpun dari dosa-dosa mereka yang mencontohnya itu."
(Riwayat Muslim)
Rabu, 30 Januari 2008
Khamis, 24 Januari 2008
RAHMAT ALLAH SWT
Hadis Abu Hurairah r.a katanya:
Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda:
Allah s.w.t menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian.
Dia menahan di sisi-Nya sebanyak sembilan puluh sembilan dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian.
Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain sehinggakan binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terpijak atau menyakiti anaknya.

Selasa, 22 Januari 2008
Jangan Terus Masuk, Mintak Izin Dulu
Hadis Abu Musa Al-Asy'ariy r.a:
Abu Musa telah datang menemui Umar bin Al-Khattab lalu mengucapkan:
Assalamualaikum, ini Abdullah bin Qais.
Tetapi tidak ada jawapan, maka sekali lagi beliau mengucapkan: Assalamualaikum, ini Abu Musa, Assalamualaikum, ini Al-Asy'ariy.
Kemudian beliau beredar untuk pulang, tiba-tiba Umar muncul dan berkata:
Datanglah dahulu, datanglah dahulu.
Setelah Abu Musa datang, Umar bertanya: Wahai Abu Musa! Mengapa engkau cepat sangat hendak pulang?
Kami sedang melakukan suatu pekerjaan.
Abu Musa berkata: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Minta izin itu tiga kali. Jika engkau mendapat izin, maka engkau boleh masuk.
Tetapi, jikalau tidak mendapat izin, maka pulanglah.

Rabu, 16 Januari 2008
Syurga Terang Benderang Akibat Sinaran Gigi
DI SYURGA kelak, Allah mencipta bidadari yang cantik untuk insan pilihan.
Diriwayatkan, Rasulullah saw bersabda, yang bermaksud: Sesungguhnya, Allah ketika menciptakan syurga Adnin, ada memanggil malaikat Jibril:
Pergilah engkau dan lihatlah apa-apa yang telah Aku ciptakan untuk hamba-Ku dan kekasih-Ku dan wali-Ku.
Lalu malaikat Jibril pun pergi mengelilingi syurga Adnin yang cukup indah.
Tiba-tiba seorang bidadari yang cantik jelita keluar dari salah sebuah istana lalu mendekati Jibril seraya tersenyum simpul.
Tiba-tiba syurga itu menjadi terang benderang daripada sinaran dua batang gigi serinya.Lalu Jibril pun sujud kerana menyangkakan bahawa sinaran itu adalah daripada cahaya Allah.
Melihat keadaan itu, bidadari lalu berkata: Wahai Jibril, malaikat kepercayaan Allah, angkatlah kepalamu.
Lalu Jibril pun mengangkat kepalanya dan memandang bidadari dengan penuh kekaguman, sambil berkata: Maha Suci Allah yang menciptakan engkau, wahai bidadari.
Kata bidadari: Wahai Jibril, tahukah engkau, untuk siapa aku diciptakan??
Jibril pun bertanya balik: Untuk siapa engkau diciptakan?
Bidadari pun menjawab: Sesungguhnya, aku diciptakan untuk orang yang lebih mengutamakan keredaan Allah, mengatasi hawa nafsunya.

KENAPA NAFSU DEGIL
Dalam kitab karangan Usman b Hassan b Ahmad ada menceritakan Allah s.w.t. telah berfirman yan bermaksud,
"Wahai akal! mengadaplah engkau. Aku ingin tahu darimu siapakah Aku ini dan siapa pula engkau?" Lalu akal pun menjawab, "Engkau adalah Tuhan yang menjadikanku dan aku adalah hambaMu yang lemah."
Setelah itu Allah memanggil nafsu pula datang mengadap, tetapi nafsu hanya mendiamkan diri. Begitulah sehingga tiga kali ianya dipanggil barulah ia datang mengadap.
Allah berfirman padanya, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Jawab nafsu, "Engkau adalah Engkau, aku adalah aku."
Allah lalu menyeksanya dalam neraka jahim selama 100 tahun kemudian mengeluarkannya semula untuk disoal.
Allah menyoal lagi, "Siapakah engkau dan siapakah Aku?" Jawab nafsu, "Aku adalah aku, engakau adalah engkau."
Allah lalu memasukkannya kedalam neraka juu' pula selama 100 tahun kemudian mengeluarkannya untuk disoal.
Kali ini barulah nafsu mengaku hakikat dirinya, katanya, "Aku adalah hambaMu yang lemah dan Engkau adalah Tuhanku yang Maha Kaya."
Dalam kitab yang sama juga ada diterangkan dengan sebab itulah Allah telah mewajibkan puasa bagi mengekang nafsu yang jahat.
"Maka di antara manusia ada orang yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berilah kami (kebaikan) di dunia", dan tiadalah baginya bahagian (yang menyenangkan) di akhirat."
(Al Baqarah : Ayat 200)
"Dan di antara mereka ada yang berdoa: "Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia dan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka."
(Al Baqarah : Ayat 201)
Waallahhualam

Selasa, 15 Januari 2008
Al-Hadith : Meleburkan Kesalahan dan Menaikkan Darjat
Daripada Abu Hurairah r.a. pula bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sukakah engkau semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dan dengan-nya dapat pula menaikkan beberapa darjat?"
Para sahabat menjawab: "Sudah tentu, ya Rasulullah."
Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi, banyaknya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan shalat sesudah melakukan shalat. Itulah yang disebut ribath (perjuangan menahan nafsu untuk memperbanyak ketaatan pada Tuhan.)" (Riwayat Muslim)

Isnin, 14 Januari 2008
Selasa, 8 Januari 2008
DOA AWAL TAHUN
DOA AWAL TAHUN
( Dibaca selepas solat maghrib )
Selamat Menyambut Awal Muharram 1429
Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.
Maksudnya : Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhamad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari Syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhamad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.
DOA AKHIR TAHUN
Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".
Maksudnya: Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya.
Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.
Sabtu, 5 Januari 2008
10 Amal Jariyah
Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak Soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).
Hadis di atas menjelaskan amal perbuatan seorang Muslim akan terputus ketika ia meninggal dunia, sehingga ia tidak bisa lagi mendapatkan pahala.
Namun, ada tiga perkara yang pahalanya terus mengalir walau pelakunya sudah meninggal dunia, iaitu sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh.
Dalam riwayat Ibn Majah, Rasulullah SAW menambahkan tiga amal di atas, Rasulullah SAW bersabda, ''Sesungguhnya amal dan kebaikan yang terus mengiringi seseorang ketika meninggal dunia adalah ilmu yang bermanfaat, anak yang dididik agar menjadi orang soleh, mewakafkan Al-quran, membangun masjid, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membuat irigasi, dan bersedekah.' ' (HR Ibn Majah).
Menurut Imam al-Suyuti (911 H), bila semua hadis mengenai amal yangpahalanya terus mengalir walau pelakunya sudah meninggal duniadikumpulkan, semuanya berjumlah 10 amal.:
Iaitu ilmu yang bermanfaat, doa anak shaleh, sedekah jariyah (wakaf), menanam pohon kurma atau pohon-pohon yang buahnya bisa dimanfaatkan, mewakafkan buku, kitab atau Al-quran, berjuang dan membela Tanah Air, membuat sumur, membuat irigasi, membangun tempat penginapan bagi para musafir, membangun tempat ibadah dan belajar.
Kesepuluh hal di atas menjadi amal yang pahalanya terus mengalir, Kerama orang yang masih hidup akan terus mengambil manfaat dari ke-10.
Manfaat yang dirasakan orang yang masih hidup inilahyang menyebabkannya terus mendapatkan pahala walau ia sudah meninggal unia.
Dari pemaparan di atas, sudah seharusnya kita berusaha mengamalkan 10hal tersebut atau paling tidak mengamalkan salah satunya, agar kita mendapatkan tambahan pahala di akhirat kelak, sehingga timbangan amal kebaikan kita lebih berat dari pada timbangan amal buruk.
Allah SWT berfirman, ''Timbangan pada hari itu ialah kebenaran (keadilan), maka barang siapa berat timbangan kebaikannya, mereka itulah orang-orang yang beruntung.'' (QS al-A'raf [7]: 8).
(Asep Sulhadi , Republika, Hikmah)

Jumaat, 4 Januari 2008
HAPPY BIRTHDAY ATUK n A'QIL
Atuk n Cucus
In the month of December 2007, 2 person's from different era’s congratulated each other and celebrating together their birthday.
The atuk birthday was on 25 December and the cucu birthday was on 6 December. In order to make the ceremony goes better we decided to celebrate their birthday on the same day. Only just the small party happened and the neighbors had been invited.
The grandchild celebrating the first year and not knowing what was the party was about. He just playing and playing until he felt sleepy and start to cry.
My father (the atuk) celebrating his 56 years of leaving with joy and happiness when all the family members were there and his beloving grandchilds around.

Selasa, 1 Januari 2008
9 Pembaziran Yang Tidak Kita Ketahui
Ibnu Qayyim al-Jauziyah mengatakan ada sembilan pembaziran yang sering dilakukan manusia iaitu :-
Ilmu pengetahuan.
Membazir jika tidak diamalkan untuk jalan kebaikan.
Amalan.
Membazir jika dilakukan tidak dengan hati yang ikhlas.
Kekayaan.
Membazir jika dibelanjakan pada perkara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai Allah.
Hati.
Membazir jika kosong daripada kasih kepada Allah.
Tubuh badan.
Membazir jika tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah.
Cinta.
Membazir jika dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepada-Nya.
Masa.
Membazir jika tidak diurus sebaiknya.
Akal.
Membazir jika tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama.
Zikir.
Membazir jika tidak memberi kesan kepada hati.
Menurut Ibn Qayyim al-Jauziyah dalam Madarij al-Salikin, waktu tidur yang lebih baik adalah pada pertengahan malam yang awal iaitu kira-kira jam 10 malam.
Waktu yang tidak seharusnya kita tidur adalah selepas waktu Subuh sehingga terbit fajar, waktu selepas Asar sebelum terbenam matahari dan dari waktu Maghrib ke Isyak.
Beliau berkata, tidur pada waktu itu tidak memberi manfaat kepada tubuh badan, malah boleh mendatangkan kemudaratan dan makruh hukumnya.