VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Ahad, 2 April 2006

ASTEROID PUNCA AIR BUMI!?

Air di laut yang dipercayai berpunca daripada komet berais yang lebih jauh daripada Planet Neptun, sebenarnya mungkin berasal dari asteroid yang ditemui di kawasan lebih panas berhampiran Bumi, menurut pakar kaji bintang Hawaii.

Pandangan ahli sains sebelum ini menyatakan, Bumi dulunya tiada air kerana terlalu panas dan air yang ada ketika ini mungkin berpunca daripada komet berais.

Bagaimanapun analisis terkini menunjukkan air komet berbeza daripada air laut. Dua ahli kaji bintang di Universiti Hawaii menemui kesan air pada objek seperti asteroid yang terapung di sistem solar dekat dengan Planet Jupiter.

Ia adalah penemuan luar biasa di kawasan yang terlalu hampir dengan Matahari. Sebelum ini kebanyakan ahli kaji bintang percaya, hanya asteroid kering orbit berhampiran matahari.

Profesor David Jewitt dan penuntutnya, Henry Hsieh yang melaporkan kajian mereka menyatakan, perlanggaran antara tiga asteroid atau tahi bintang, membolehkan mereka mengesan kesan air itu.

“Kami fikir air mungkin tersimpan di bawah permukaan asteroid. Ia tersembunyi di situ sejak sekian lama dan terlindung daripada Matahari,” kata Hsieh.

Kajian mereka disiarkan oleh Science Express untuk edisi April.Ini bermakna asteroid mungkin menjadi punca utama air di Bumi, meskipun sebelum ini pakar menganggap asteroid adalah batu-batan kering, kata Jewitt.

Tiada ulasan:

LIFE

Feed The Fish