VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Ahad, 26 Mac 2006

BAGAIMANA AGAKNYA NANTI?


Aku baru je sampai dari Pangkor. Yer, Once again I turn back to that beautiful place. Walaupun atas tugasan rasmi, Aku tetap seronok untuk datang ke sini buat ke sekian kalinya kerana bagi aku keindahan air lautnya, susunan pasirnya yang halus ditambah dengan deruan hembusan angin yang menyapu lembut muka membuatkan aku kerap terfikir bagaimana indahnya ciptaan tuhan yang tak seberapa ini. Kalau boleh hendak sahaja aku bermastautin di situ selamanya. hehe

Tapi sayang seribu kali sayang, bukan mudah untuk mempertahankan sesuatu yang terindah daripada manusia yang tidak tahu erti bersyukur dengan kurniaan tuhan itu. Aku diceritakan oleh seorang penduduk tetap pulau itu yang berasal dari selatan tanah air bagaimana pulau indah itu akan jatuh ke tangan orang yang tak sepatutnya. mendengar perkhabaran dari D, aku amat terkilan dan menyesal mengapa pihak-pihak terbabit yang mempunyai kuasa authoriti terhadap pulau itu membiarkan Pangkor hanyut pada orang-orang lain sedangkan kuasa yang ada di tangan mereka tidak digunakan? Apalah gunanya mereka ini dianggap sebagai Khalifah jika tidak sanggup menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan.

Aku tidak hairan jika suatu hari nanti dalam tempoh yang begitu dangkat ini Pangkor akan menjadi seperti pulau mutiara di utara tanah air yang penduduk asalnya sedikit demi sedikit terperosok keluar. Jadi nanti siapakah yang akan menghuni pulau indah itu?

Aku amat sayangkan pulau itu. saban malam aku berjalan menikmati keindahan malam di Pangkor hati aku makin sayu melihat anak-anak muda kita hanya ghairah memulas throtle motorsikal mereka tanpa mengetahui untung nasib mereka kemudian hari. Hanya yang mereka tahu, siang mencari rezeki yang ada kerana adanya keindahan pulau itu kemudian di malam hari bersuka-suka hingga kelopak mata gagal ditongkat lagi.

Aku juga sedih. buat kesekian kalinya aku menyelam menerokai alam indah karang laut di Pangkor ianya seolah-olah daerah musnah akibat bencana alam kerana yang tinggal hanyalah batu-batu karang yang sudah rosak patah dan terkulai walaupun bayan indah setia menunggu di situ. Remuk hati aku melihat ikan-ikan yang cantik dengan hiasan indah di sisiknya seperti tercari-cari kemana hilangnya tempat mereka bermain dan mencari makan yang telah rosak akibat kerakusan umat manusia.
Agaknya.. bila lagi akan dapat ku lihat keindahan seperti itu nanti?









3 ulasan:

Unknown berkata...

baghu kamu tau ye macam mane pulo pangko skang ni.. sampah sarap bertimbun.. mejlis perbandaran manjung bukan tak nasihatkan orang awam.. deme dah buat macam2 kempen.. letak tanda jangan buang sampah.. tapi yang membuang sampah tu bukan orang lain.. orang pangkor jugak.. deme berniaga tepi laut.. lepas tu lepaskan sampah kat situ.. kabonye Mejlis perbandaran manjung yang taknak kutip sampah tu dan tak jalankan tugas.. tengkorak deme.. kat situ mane bole berniaga.. deme yang beriya nak berniaga kat situ juga.. mejlis perbadanran manjung dah kabo dah.. takbole niaga kat situ.. tapi dorang degil.. udah niaga.. buang sampah plak tu.. lepas tu salahkan MPM taknak ngutip sampah.. gitu le riwayat ceghitenya

Ser@i berkata...

ater betui le tuh.. awak pun dengor oghang berkabo macam tuh.. tambah peniaga tepi pantai yang PENGOTOR BETUI!!!!

sayang betul.. tak lama lagi kamu dengor ler Pangkor bukan lagi milik PERAK hehehe

Unknown berkata...

ate.. sencorot nak ambik ke pulo pangko tu? bertambah jahanam le kekekekeke.. pangko tu ade tempat yang cantek.. ade tempat yang hampeh.. kalu kamu pusing semua sekali pulo pangko.. kamu tengok la tempat mana yang cantek.. memang pangko tu cantek.. kalu tak takde le satu majalah kat barat kabo pangko ni pulo tercantek kat dunia

LIFE

Feed The Fish