
George Best meninggal duniasumber UTUSAN ONLINE
LONDON - Pemain legenda bola sepak, George Best (gambar) meninggal dunia di unit rawatan rapi sebuah hospital di Barat London, semalam selepas lebih sebulan bertarung nyawa dengan penyakit hati yang dihidapinya.
Bekas pemain sensasi Manchester United dan Ireland Utara berusia 59 tahun itu sebelum ini berdepan masalah ketagihan alkohol sehingga menyebabkan dia terpaksa melakukan pemindahan hati pada 2002.
Best dimasukkan ke hospital tersebut pada 1 Oktober lalu kerana jangkitan kuman pada buah pinggang dan paru-paru akibat kesan daripada pemindahan organ tersebut.
Keadaannya bertambah teruk hujung Oktober lalu apabila ubat untuk menghalang jangkitan tersebut gagal berfungsi seperti yang diharapkan.
Kelmarin, doktor yang merawat Best telah mengesahkan bahawa dia sudah tidak boleh diselamatkan lagi.
Seluruh rakyat Britain sedih dengan kematian Best dan mula meletakkan bunga, skaf, jersi United serta mesej yang tertulis kata-kata simpati di luar Cromwell Hospital.
Akhbar-akhbar tempatan mengulas kehebatan Best di atas padang sebelum bakatnya dimusnahkan oleh tabiat ketagihan arak yang memusnahkan hidupnya.
Berada di sisi jenazah Best ketika beliau menghembuskan nafas terakhir ialah anak lelakinya, Calum, 24, bapanya Dickie, 87, dan ahli keluarganya yang terdekat.
Berada sebaris dengan bintang bola sepak seperti Pele dan Diego Maradona, Best diingati kerana corak permainan menariknya sehingga digelar pop-star pertama bola sepak.
Memulakan karier profesional dengan United pada 1963 ketika berusia 17 tahun, Best membantu pasukannya itu muncul kelab pertama dari England muncul juara Piala Eropah pada 1968.
Dia juga turut dipilih sebagai pemain terbaik Eropah pada tahun tersebut.
Sebelum terbabit dengan ketagihan arak, Best mempunyai 37 cap antarabangsa dan berhenti bermain bola pada usia 28 tahun.
Masalah alkohol telah membawanya terus hanyut manakala kesihatannya semakin terjejas. Best hampir mati tetapi pemindahan hati menyelamatkan sementara hidupnya.
Bagaimanapun dia kembali dengan tabiat buruk itu walaupun telah diberi amaran, jika kembali minum, dia akan mati. - AFP
moral of the story: Jangan minum arak walaupon anda tuh celebrity. Maut tak kenal siapa Beb

3 ulasan:
hi...saje melawat dari blog my hubby, 'ara payung'..hmmm...george best ye??..anak dia hensem...best je nengok...hehehehehe...;-) anyway, pasal si george ni kan, actually kalo nak ikutkan, dunia tak tau lagi fully potential dia sbb dia pencen at 28. muda lagi tu..
thanks for loging on my blog. Aku nih tak kenal sangat dengan BESt tapi dari artikel yang aku baca memang best betol dier ni. Disebabkan title selebriti dier hanyut kekekeke
p/s: KAkyong taknak shout ker kekek
ohho hoooo..."kakyong"??!!..ingat kot sape tadi. patut le nama cam familiarrrr je..heheheheh...
Catat Ulasan