VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Rabu, 30 November 2005

SELSEMA BURUNG

Oleh : Mohamed Yosri Mohamed Yong

Apa itu Selsema Burung

Selsema burung atau ''influenza avian'' merupakan penyakit burung berjangkit yang mengakibatkan penyakit yang serdahana atau teruk. Semua burung dijangkakan boleh dijangkiti oleh penyakit selsema burung, walaupun sesetengah spesies lebih tahan daripada yang lain. Sesetengah bentuk selsema burung boleh menjangkiti manusia.

Sebab Selsema Burung

Selsema burung disebabkan oleh 15 sub-jenis virus selsema "influenza" A, sub-jenis selsema burung "avian influenza". Virus yang rendah kemudaratannya mampu, selepas pendam dalam populasi burung atau ayam untuk jangka masa tempoh yang pendek, mampu berubah menjadi virus yang memudaratkan "highly pathogenic". Sehingga kini, semua wabak yang dalam bentuk memudaratkan disebabkan oleh virus selsema A atau H5N1 dari keluarga Orthomyxoviridae, sub-jenis tunggal yang menyebabkan wabak teruk dikalangan manusia.

Cara Selsema Burung Tersebar antara Ayam atauBburung.

Sentuhan secara langsung dengan burung atau ayam yangdijangkiti, terutamanya najis dan cecair badan, makanan tercemar, air, peralatan sangkar, kenderaan pengangkut, telur pecah yang tercemar, dan pakaian. Burung liar atau burung laut yang tidak menunjukkan sebarang tanda juga boleh menjadi pembawa virus ke pada haiwan ternakan.

Burung yang sembuh dari jangkitan masih mempunyai virus di dalam badan selama 10 hari yang tersebar melalui najis dan cecair badan. Virus yang memudaratkan ini mampu tahan untuk tempoh masa yang lama di dalam tisu badan (daging), air, dan persekitaran, lebih-lebih lagi sekiranya cuaca sejuk.

Jangkitan Selsema Burung Kepada Manusia

Selsema burung boleh menjangkiti manusia melalui sentuhan secara langsung dengan burung liar atau diternak melalui cecair pernafasan, bahan kumuhan, dan permukaan yang tercemar. Terdapat juga kes yang mana virus selsema burung turut dikesan di dalam ternakan babi di Lembah Gelders, Belanda.
Berasaskan pengetahuan semasa, tidak terdapat kes jangkitan virus H5N1 kepada manusia melalui ayam mentah, dibekukan, atau makanan beku berasaskan ayam. Oleh kerana virus H5N1 mudah musnah apabila
dipanaskan, jangkitan selsema burung tidak merebak melalui daging ayam yang dimasak dengan sempurna.

Kerisauan terhadap jangkitan selsema burung
Terdapat beberapa sebab kekhuwatiran terhadap jangkitan selsema burung

  1. Jangkitan selsema burung mengakibatkan banyak kes kematian.
  2. Influenza A yang menyebabkan selsema burung mempunyai keupayaan dan kecenderungan untuk berubah dan bergabung dengan virus sub-jenis influenza dalam manusia, menghasilkan sub-jenis Influenza A yang baru. Sub-jenis baru ini mampu mempunyai ciri-ciri virus selsema manusia yang mudah menjangkiti sesama manusia. Ketiadaan daya ketahanan kepada virus jenis baru ini disebabkan tiadanya jangkitan lepas dan ketiadaan vaksin kepada virus ini untuk mengawal wabak selsema burung, mampu menyebabkan kes jangkitan dan kematian yang tinggi di kalangan penduduk dunia.

Disebabkan keupayaannya untuk menyebabkan penyakit teruk (kemudaratan tinggi) dan berubah menjadi wabak, selsema burung telah menyebabkan wabak dan kematian ayam yang tinggi. Industri penternakan ayam dan industri makanan dibimbangi menghadapi tekanan yang tinggi yang boleh menyebabkan kerugian ekonomi dan kesan sosial oleh mereka yang kehilangan pekerjaan dari penternak, pengedar, pengangkutan, pekedai, penjaja makanan, dan semua yang terbabit dalam industri makanan.

Tanda jangkitan selsema burung dikalangan ayam

Jangkitan selsema burung menyebabkan tanda yang berbeza pada ayam / burung, dari sakit serdahana sehingga kematian mengejut yang mudah berjangkit mengakibatkan wabak yang teruk.

Penurunan Pengeluaran.

  1. Pengurangan mengejut dalam penghasilan telur
  2. Kepala bengkak dengan lebam dan balung bewarna biru hingga biru gelap dan bintit bisul
    Pendarahan pada selaput dalaman.
  3. Kematian mengejut di kalangan ternakan ayam yang boleh mencecah 100%
  4. Kesukaran bernafas
  5. Lembik atau lumpuh.
  6. Ayam yang cirit birit secara meluas

Pengasingan virus perlu untuk pengesahan yang tepat.

Tanda jangkitan selsema burung dikalangan manusia

Virus A H5N1 serupa dengan virus selsema lain dan kebanyakannya terhad "self-limiting".
Tanda awal adalah demam dengan suhu melebihi 38 darjah Selsius) , lemah "malaise", "myalgia", perit kerongkong, dan batuk. Mata dan hidung berair dan keradangan "conjunctivitis" dapat dilihat pada sesetengah pesakit. Demam yang berlarutan adalah tanda yang jelas. X-ray dada berguna untuk mengesan jangkitan virus pneumonia awal.

Sebab kematian dan komplikasi adalah paru-paru berair "pneumonia" disebabkan virus, sindrom kesukaran bernafas, dan kegagalan pelbagai fungsi organ.

Cara membezakan jangkitan selsema burung dengan jangkitan selsema biasa, paru-paru berair "pneumonia" atau masalah pernafasan biasa.

Seseorang pesakit disyaki dijangkiti oleh selsema burung sekiranya pesakit mempunyai hubungan langsung atau tidak langsung dengan kerja pengendalian ayam atau burung. Ini termasuk penternak, penyembelih, pengangkutan (pemandu lori ayam) dan lain-lain.

Rawatan selsema burung.

Rawatan boleh dimulakan tanpa menunggu pengesahan makmal bagi jangkitan H5N1. Rawatan bagi jangkitan H5N1 pada asasnya serupa dengan virus selsema lain. Ubat-ubatan anti virus, sesetengahnya boleh digunakan untuk rawatan dan pencegahan secara perubatan berkesan bagi melawan virus jenis influenza A dalam orang dewasa dan kanak-kanak yang sihat, dengan sedikit kelemahan. Sesetengah ubat-ubatan ini juga terhad dan harganya mahal.

Bagaimana mencegah jangkitan selsema burung

Larangan mengimport ayam hidup, babi dan hasil ayam, itik dan babi dari negara yang dijangkiti wabak selsema burung merupakan langkah penting untuk mencegah kemasukan jangkitan selsema burung kedalam negara.

Bagi penternak ayam dan mereka yang terbabit dengan pengendalian ayam, itik dan burung lain.

  1. Elakkan sebarang hubungan dengan burung liar terutamanya burung air "waterfowl".
  2. Jangan membawa masuk / mengimport haiwan yang tidak pasti tahap kesihatan kedalam kawanan yang dibela.
  3. Kawal pergerakan manusia kedalam kawasan ternakan.
    Sediakan dan guna tempat pencuci tangan dengan bahan basmi kuman. Sediakan aturan yang perlu diikuti pekerja ladang.
  4. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa dikalangan ternakan ayam / itik / burung / babi.
  5. Lapurkan dengan segera sebarang penyakit berjangkit dikalangan pekerja di ladang ternakan ayam / itik / burung / babi.
  6. Elakkan sebarang hubungan dengan ternakan babi disebabkan virus selsema burung mampu merebak kepada babi.

Bagi orang awam dan pengguna.

  1. Basuh tangan menggunakan sabun dan air sebelum dan selepas mengendalikan daging ayam dengan teliti .
  2. Bersihkan permukaan meja dan peralatan memasak sebelum dan selepas memasak.
  3. Masak daging ayam / itik / burung / babi dengan sempurna luar dan dalam.
  4. Elakkan tempat yang mempunyai burung liar terutamanya burung air "waterfowl".
  5. Lapurkan dengan segera sebarang kematian atau penyakit luar biasa dikalangan ternakan ayam / itik / burung.
  6. Lapurkan dengan segera sebarang kes masalah pernafasan dikalangan mereka yang pernah terdedah kepada ayam / itik / burung / babi yang sakit.

Keselamatan apabila melancung ke kawasan yang dijangkiti selsema burung.

Selsema burung tidak menjangkiti antara manusia. Mereka yang melancung atau melawat ke kawasan yang dijangkiti selsema burung dinasihatkan agar tidak melawat kawasan yang mempunyai burung seperti taman burung, ladang ternakan ayam / itik / burung, zoo, dan pasar basah. Elakkan juga kawasan ternakan babi.

Selasa, 29 November 2005

How wierdo I am?

I am 30% Weird
Not enough to scare other people...
But sometimes you scare yourself.
How Weird Are You?

Isnin, 28 November 2005

Monday Blues Again!

Hari isnin!
pepagi dah Jem. bosan betul..hari-hari jem. Tapi aku hari ni ada la sikit semangat nak bekerja. Bukan aper, baru nak dekat sebulan tukar department n unit baru. Kira semangat kerja baru tuh meluap-luap lagi. Lagipun banyak bender baru nak kene belaja.
Sebelum nih aku di unit Editorial dan Penerbitan. Aku cukup suka bidang nih. Tambahan lak aku nih memang dulu belajo bender nih masa kat itm. Aper nak buat, bila management nak kita bertukar. kene la patuh tak kira kita minat atau tak. (Isk isk isk.. sebenarnyer tak seronok langsung ler kene tukar bidang nih)
Lepas nih aku kene dok kat Unit Majlis Amal Islami Malaysia. Main function aku dok kat sini adalah untuk menyelaras badan NGO Islam Malaysia. Aperpon, walau banyak bender kene belajo aku tetap akan teruskan.
kalau ada rezki, mungkin aku cuba balik ke bidang yang aku suka. Cuma masa yang akan tentukan.

Ahad, 27 November 2005

RUMAH TAN SRI P.RAMLEE

Rumah P.ramlee

Hehehehe

Assalamualaikum!! Bebaru nih aku melawat rumah P.Ramlee Seniman agung negara yang tak sapa dapat celen (lawan) sampai sekarang n mungkin M.Nasir kot ader peluang untuk ke arah itu. seperti biasa tempat yang aku tuju ni mesti la dengan wife tercinta, kekeke.. mana best jenjalan sengsorang.

sini kat depan pintu rumah dier da!!!!

Aku gie melawat ni bukan aper. Selain rasa ingin tahu kat mana seniman agung kita ini dilahirkan, rumah si Allayarham ni terletak dekat sebelah rumah Adik Ipar aku. Rumah seniman ni pun terletak betul-betul belakang stadium Bandaraya Pulau Pinang bersebelahan dengan Jalan Pintal Tali (ROPE WALK). So dah memang dekat, apa lagi mau kira. Pergi le!!!

Signage nih kasik tau, Inilah rumah seniman agung negara kita.

Malang sungguh aku hari tuh sebab hari yang aku datang tuh rumah seniman nih tak leh dilawati. Rupa-rupanya timely visit la kat sini. Ingatkan main bantai jer masuk ehehehehe. Apa pun ada la jugak bukti dah sampai. Adios!!!!


Rumah kelahiran P. Ramlee

Lot 2180, Jalan P. Ramlee, 10460 PenangTel: 604-281 7484

Visiting hours:

Tuesday to Sunday – 10:00am to 5:00pm

Friday – 10:00pm to 12:00noon, 3:00pm to 5:00pm

Monday – Closed except during public and school hoildays

Screening of P. Ramlee movies

Friday to Sunday – 10:00am to 12:00pm

Admission is free

Sabtu, 26 November 2005

George Best meninggal dunia



George Best meninggal dunia

LONDON - Pemain legenda bola sepak, George Best (gambar) meninggal dunia di unit rawatan rapi sebuah hospital di Barat London, semalam selepas lebih sebulan bertarung nyawa dengan penyakit hati yang dihidapinya.

Bekas pemain sensasi Manchester United dan Ireland Utara berusia 59 tahun itu sebelum ini berdepan masalah ketagihan alkohol sehingga menyebabkan dia terpaksa melakukan pemindahan hati pada 2002.

Best dimasukkan ke hospital tersebut pada 1 Oktober lalu kerana jangkitan kuman pada buah pinggang dan paru-paru akibat kesan daripada pemindahan organ tersebut.

Keadaannya bertambah teruk hujung Oktober lalu apabila ubat untuk menghalang jangkitan tersebut gagal berfungsi seperti yang diharapkan.

Kelmarin, doktor yang merawat Best telah mengesahkan bahawa dia sudah tidak boleh diselamatkan lagi.

Seluruh rakyat Britain sedih dengan kematian Best dan mula meletakkan bunga, skaf, jersi United serta mesej yang tertulis kata-kata simpati di luar Cromwell Hospital.

Akhbar-akhbar tempatan mengulas kehebatan Best di atas padang sebelum bakatnya dimusnahkan oleh tabiat ketagihan arak yang memusnahkan hidupnya.

Berada di sisi jenazah Best ketika beliau menghembuskan nafas terakhir ialah anak lelakinya, Calum, 24, bapanya Dickie, 87, dan ahli keluarganya yang terdekat.

Berada sebaris dengan bintang bola sepak seperti Pele dan Diego Maradona, Best diingati kerana corak permainan menariknya sehingga digelar pop-star pertama bola sepak.



Memulakan karier profesional dengan United pada 1963 ketika berusia 17 tahun, Best membantu pasukannya itu muncul kelab pertama dari England muncul juara Piala Eropah pada 1968.

Dia juga turut dipilih sebagai pemain terbaik Eropah pada tahun tersebut.

Sebelum terbabit dengan ketagihan arak, Best mempunyai 37 cap antarabangsa dan berhenti bermain bola pada usia 28 tahun.

Masalah alkohol telah membawanya terus hanyut manakala kesihatannya semakin terjejas. Best hampir mati tetapi pemindahan hati menyelamatkan sementara hidupnya.

Bagaimanapun dia kembali dengan tabiat buruk itu walaupun telah diberi amaran, jika kembali minum, dia akan mati. - AFP
sumber UTUSAN ONLINE

moral of the story: Jangan minum arak walaupon anda tuh celebrity. Maut tak kenal siapa Beb

Jumaat, 25 November 2005

APALAH NASIB KITA NIH

Hari Jumaat!! Antara hari paling best bagi goverment servant cam aku. Mana taknyer. Keje 5 hari seminggu. Hari sabtu dah cuti sampai ahad. Best betol. Tak terbayang bertapa nikmatnye. berjaga malam nih sampai lewat malam pehtu bangun solat Subuh pehtu sambung tidor sampai kul 10 ke 11 ke hehehe (Jangan tiru aku buat macam tuh, nanti rezki susah masuk). Tapi aku walau macamana sekalipon aku lewat tido musti bangun tak lebih dari jam 9 pagi hahahaha riak le pulak.

Cakap pasal keje Gomen walaupun tempat aku keje tak fully gomen tapi bosannye yang amat walaupun ader orang cakap keje dier secure. Aku kerje di salah satu badan dakwah yang ditaja oleh kerajaan tapi orang yang kerja dalam bidang nih tak tahulah aku nak cakap camana. Tapi aku akui jugak, walau kat mana kita kerja sekalipon bende yang wujud sama saja.

Politik, Hasad Dengki, Fitnah, Tikam belakang, semua ada. Ada orang kata, kerja dengan kelompok masyarakat kita nih senang sikit, senang nak mintak tolong n saling bersimpati sesama rakan. Tapi itu yang selalu orang cakap tapi betulker macam tuh. Bagi orang yang dah merasa mungkin tahu camna la bebannyer.

Bayangkan bagaimana rasa kita tanpa mencari musuh n tidak langsung sebok-sebok tentang orang lain boleh ada ramai musuh? Salah ke kita buat cara kita tanpa ganggu orang n orang jadikan musuh. Rezki di Tangan Allah. Sudah tentu apa yang Dia berikan ada sebab dan musabab jadi janganlah kita rasa dengki dan hasad tentang itu. Masing-masing ada rezki yang Allah tentukan jadi BERUSAHALAH.!!!!

Kalau sudah merasakan diri kita hebat. keluarlah dari jabatan kerajaan ini. carilah cabaran lebih hebat dan baru dan buktikanlah ternyata benar dakwaan kita yang terhebat. Ini tidak masih meraih gaji yang banyak hasil curi tulang selama ini. Takkan nak macam tuh selama-lamanya. Come on la beb!!!! CAKAP TAK SERUPA BIKIN!

ARGHHHHH!!!! sudah lah. Esok cuti.. baik aku enjoy. Lagipun ada kawan aku nak kawen minggu nih. boleh la gie makan nasik minyak. Ada jugak Open house.. BEST!!!! BEsT!!!

Isi lah tembolok mu agar pikiran mu jadi cergas dan tidak hasad dan dengki lagi.
Isi lah hati mu dengan zikir agar perlakuan kita lebih suci

Khamis, 24 November 2005

Awas BANJIR

Musim tengkujuh tiba lagi.Negeri Pantai Timur n Utara harus berhati-hati sekarang!! Mana lah tau banjir seperti sebelum nih kembali mengganas. Tak percaya.. baca berita bawah ni

3 korban banjir Pantai Timur:
Perdana Menteri nasihat penduduk waspada, segera berpindah apabila diarah


"KUALA LUMPUR: Dua kanak-kanak dan seorang remaja terkorban ketika banjir di beberapa kawasan di Pantai Timur bertambah buruk semalam, akibat hujan lebat sejak beberapa hari lalu.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menasihatkan penduduk supaya berwaspada dan segera berpindah apabila diarah berbuat demikian bagi mengelak kejadian tidak diingini.

"Jika dinasihatkan berpindah, berpindahlah. Janganlah tunggu, tunggu... jadi susah lagi," katanya pada sidang media selepas meninjau persiapan terakhir Kejohanan Perahu Layar Piala Monsun di Pulau Duyong, Terengganu, semalam."

Rabu, 23 November 2005

HARRY POTTER


It's official now. The much expected and long awaited one, the fourth film adaptation of J K Rowling's popular Harry Potter novel series, is to be released worldwide on 18th November by Warner Bros. Pictures.
Harry (Daniel Radcliffe) must contend with being mysteriously selected to compete in the prestigious Triwizard Tournament. The mother of all events pits him against the experienced ones from the other happening schools.
Meanwhile, supporters of Harry's nemesis, the evil Lord Voldermort (Ralph Fiennes) send a panicky wave at the rival camp when Dark Mark scorches the sky at the mega event. Preoccupied with other problems, Harry has to find a way out.
Fifteen-year-old Daniel Radcliffe, 14-year-old Emma Watson and 16-year-old Ruper Grint once again reprise the roles they originated as Harry Potter, Hermione Granger and Ron Weasley respectively.
Harry Potter film series producer David Heyman believes Newell is the perfect director to achieve the film's balance of suspense, humour, action and drama. 'We wanted the best man for the job and Newell encompasses all the qualities needed for the job.'


hahahah siri Harry Potter (HP) kembali lagi da!!!! Sapa dah tengok angkat tangan!!!!!!

Gua baru jer tengok filem terbaru Harry Potter iaitu HARRY POTTER and THE GOBLET OF FIRE (HPaTGoF) ni kat GSC. Bagi orang yang taktau pasal HP nih kalau nak tengok siri ke empat nih kene la beli buku atau cari VCD/DVD yang sebelum nih untuk memahami setiap plot-plot cerita yang dibawa oleh cerita HPaTGoF.

HP ni adalah anak yatim yang kematian mak bapak dia.. isk isk isk akibat kekejaman Lord Voldemort yang tak suka wizard yang mempunyai *mud blood. Setelah kematian mak bapak dia, si HP nih yang mempunyai parut kekejaman Lord Voldermort tuh hidup la tanpa kawan bersama mak bapak sedara dia sehinggalah dia ditawar ke sekolah ahli sihir Hogwards. dan di situlah bermulannya pengembaraan HP dengan kengkawan dia si Ronald wesley (Ron) dan Hermione.

hahaha kalau nak tau lebih lanjut beli la VCD/DVD n tonton la wayang gambor. Perlu diingat filem Harry Potter ni mungkin sampai ke episod ke 7 dan rugi la sapa tak pi tengok!!!


* wizard yang berketurunan manusia biasa.
** Parut berbentuk z ni adalah kesan kuasa lord voldemort cuba nak bunuh Harry tapi tak berkesan le pulak

Selasa, 22 November 2005

MOH SOKONG MALAYSIA di SUKAN SEA


Lagi 4 ke 5 Hari Sea Games nak mula. Takder la gempak sangat game nih berbanding OLimpik tapi kat sinilah negara ASEAN semua nak cungkil bakat-bakat baru hehehehehe. Tapi dalam Sea Games ni pon ada acara International yang negara lain susah lah (bukan tak leh) nak celen hatta kuasa besar Olimpik seperti Badminton, Takraw n Silat, kekekeke.

Bagi Gua, macam biasa la.. setiap kali SEA Games.. acara pilihan dah tentu lah Takraw, Badminton, Bola Sepak n Olahraga dan yang lenlain tuh kurang ler. So ape lagi jom sokong negara kita. Malaysia Boleh!!!!

SELAMAT HARI RAYA


HAH rasenyer tak terlambat lagi nak citer pasal RAYA!!!!
Hahaha tahun ni tahun pertama gua raya sebagai suami isteri. Oleh kerana beberapa sebab tertentu my wife tepakse la ikot gua beraya di kampung gua!!!! kekeke Antare sebab ye tiga minggu sebelum raya gua dah melepak kampung my wife disebab dapat cuti panjang (cuti bersalin) ... jadi dia dengan paksa dan rela beraya di Taiping.. selamat lah gua tahun nih.. tahun depan takde dah la

wah dah lama dahhhh!!!!

dah lamer oo gua tak post kat sini ...
takdak la cita terbaru cuma pade bulan ramadhan lepas rasa nak nangis pon ader, rasa blur pon ader...

Sudah ketentuan Ilahi. Anak dalam kandungan Isteri meninggal ketika baru 6 bulan 1 minggu. kira-kira ada lagi 2 bulan 3 minggu jer lagi nak di lahirkan. takperlah Saudara dan kawan-kawan sekeliling cakap itu jadik saham kat akhirat. tak kisah la.. aperpon gua redha dengan dugaan yang datang.

Rasenye tak terlambat untuk gua nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI maaf ZAHIR BATIN kepada kengkawan yang terbaca blog nih. Semoga ALLAH sentiasa merahmati kita

LIFE

Feed The Fish