VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Rabu, 1 September 2004

Hati Dan Perasaan

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telah pun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan
juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah ‘ia’ datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali!

Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang. (They say it takes a minute to find a special person, and hour to appreciate them, but then an entire life to forget them).

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut.

Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram.

Carilah sesuatu yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar.

Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai
kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan
kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Tahu Tak!?

Bila bas tu datang, awak nengok bas tu dan awak kata pada diri awak, "Eee...penuhnya...tak de tempat duduk." Jadik, awak katakan pada diri awak, "Saya akan tunggu bas yg lain." Awak pun biarkan bas tu berlalu dan awak menunggu bas yg lain.

Kemudian, datang pulak bas yg kedua.

Awak nengok bas tu dan awak akan cakap, "Eee...bas ni buruk sgt... mesti tak selesa. Dan mungkin bas ni akan rosak kat tengah jalan." Jadi, awak pun biarkan bas buruk tu berlalu dan awak bercadang untuk tunggu bas yang seterusnya.

Setelah beberapa ketika, datang lagi sebuah bas.

Bas yg datang tu kosong, tak penuh dan tak seburuk bas yg tadi tapi kali ni awak kata, "Emmm... tak de air-cond...cuaca pulak panas. Lebih baik saya tunggu bas yg lain." Dan sekali lagi awak biarkan bas tu berlalu dan awak bercadang utk menanti bas yg seterusnya.

Tiba-tiba awan mula gelap, cuaca semakin mendung dan baru awak perasan yg awak pula dah terlambat rupanya. Awak mula panik dan terus naik bas yg datang ketika itu, walaupun bas itu tak sebegitu sempurna.

Dan kemudian barulah awak sedar bahawa...awak dah naik bas yg salah. Jadi, selama ni awak dah membazir banyak masa dan wang untuk menunggu apa yg awak nak.

Walaupun yg datang tu adalah bas yang ber air-cond, adakah awak dpt pastikan bahawa bas tu tak akan rosak di tengah jalan atau mungkin bas tu tak terlalu sejuk untuk awak?

Jadik, mengingini apa yg awak idamkan tu memang tak salah. Tapi, tak salah juga kalau anda sanggup memberi satu peluang pada orang lain, kan?

Sekiranya awak dapati "bas" itu tak sesuai dengan awak, apa yg perlu awak lakukan hanya tekan loceng dan turun daripada bas tu.

Tapi...saya pasti awak semua tentu ada pengalaman yg macam ni. Awak nampak sebuah bas datang (tentulah bas yg awak nanti-nanti kan), awak tahan bas tu tapi pemandu bas tu pulak buat tak faham dan pura-pura buat tak nampak awak dan terus berlalu tinggalkan awak!

....Bila ada bas yang lalu melintasi saya macam tu, apa yang saya lakukan ialah BERJALAN! Bodoh sebenarnya untuk mengejar bas tu sebab setiap kali, awak akan terjatuh dan menyakiti diri awak sendiri. Jadi, bercinta tu adalah ibarat menunggu bas, sama ada awak nak naik dan beri peluang pada bas tu...semuanya terpulang pada diri awak. Dan bila awak berjalan, awak sebenarnya cuba melarikan diri daripada cinta!

Imigran: Fenomena Negatif di Malaysia

Imigran atau disebut kedatangan pendatang asing ke sesebuah negara seolah-olah menjadi suatu fenomena pada dunia hari ini dan tidak dinafikan betapa fenomena ini membawa pelbagai kesan sama ada bersifat positif mahupun negatif.

Adalah suatu yang semulajadi apabila sesuatu kejadian atau perbuatan itu membawa dua pendekatan yang berbeza iaitu positif atau tidak, malahan hasilnya juga tidak seimbang seperti kesan positifnya lebih banyak ataupun sebaliknya.

Di Malaysia, tidak dinafikan terdapat pelbagai perspektif terhadap kesan fenomena ini, malahan di sini, kedatangan pendatang asing sama ada yang secara halal atau tidak, banyak disogokkan dengan masalah yang dibawa bersama, mungkin dari negara asal mereka sendiri seperti kejadian-kejadian kecurian, pembunuhan, samun dan bermacam-macam jenis jenayah lagi.

Seringkali kita terbaca di dada-dada akhbar, bagaimana kedatangan pendatang asing di negara ini membentuk kumpulan sendiri untuk tujuan negatif seperti tertubuhnya kongsi gelap seperti ´Geng Seluar Dalam´ dan ´Geng Acheh´ yang telah banyak mencetuskan siri rompakan sekitar ibu kota tidak lama dahulu.

Dalam waktu yang sama, kebanjiran pendatang asing ini telah mengakibatkan bertambahnya permasalahan setinggan daripada jumlah yang sedia ada kerana kebanyakan mereka yang hadir ke sini tanpa premis tetap - mereka lebih selesa membuat penempatan haram.

Malah kita mungkin pernah terlihat sendiri mahupun terdengar di media-media elektronik, bagaimana para pendatang ini membuat penempatan di kawasan perumahan yang belum siap sepenuhnya. Mereka juga tidak segan-silu menternak haiwan ternakan, juga mengembangkan zuriat di kawasan tersebut.

Di kawasan penempatan ini, kita pasti mendengar banyak masalah lain yang timbul di persekitarannya seperti berlakunya pembunuhan, pergaduhan dan yang lebih teruja ialah perebutan wanita-wanita di kalangan golongan lelaki pendatang asing yang menghuni kawasan tersebut. Pastinya kita tidak boleh menolak andaian bahawa pernah mendengar kes wanita berkongsi lelaki ataupun wujudnya lubuk pelacuran di situ. Fenomena ini sudah tentunya melanggar batas kemanusiaan, apatah lagi jika dibandingkan dengan batas-batas agama Islam.

Andai anda mempunyai masa terluang pula, cubalah berjalan-jalan di sekitar ibu kota kebanggaan kita. Pasti anda merasa begitu terasing kerana rata-rata mereka yang memenuhi ruangan legar di sekitar bandaraya ini petah menuturkan perkataan-perkataan yang amat asing buat anda (juga kita), apatah lagi mahu memahaminya, seolah-olah anda bukan berada di negara sendiri. Setiap ruangan ibu kota disesaki dengan pelbagai budaya dan bahasa, malah lebih menarik lagi mereka ini begitu berani mengusik penghuni lain - juga ada yang berani berkelakuan tidak senonoh seolah-olah mereka berada di negara mereka yang tercinta.

Tidak ketinggalan pula untuk memperkatakan tentang kedatangan pendatang asing ke negara ini selain pembawaan masalah yang disebut di atas, fenomena ini akan menyebabkan pengaliran masuk secara haram masalah penyakit yang mengancam pendatang ini seperti penyakit TB, untut, cacar, autisme yang muda menular apabila tiada suntikan vaksin yang diberikan pada golongan ini semasa mereka kecil di negara mereka seperti yang diamalkan oleh Malaysia sejak dahulu lagi.

Permasalahan-permasalahan ini sebenarnya adalah gambaran sebenar bagaimana fenomena kehadiran pendatang asing ke Malaysia telah menenggelamkan kepentingan yang telah dilakukan oleh mereka dalam menjayakan pembangunan dan kemajuan sesebuah negara tersebut.

Pengalaman negara-negara maju seperti Jerman dan Denmark - disebabkan mereka tidak dapat membendung dengan berkesan fenomena ini, menjadikan ini masalah pendatang sebagai isu politik dan diplomatik yang besar, dan kesannya merebak di beberapa negara Barat lain termasuk Perancis.

Malaysia sebagai sebuah negara sedang membangun akan menghadapi masalah yang sama jika tidak menangani fenomena tersebut secara terancang dan teratur kerana negara kita dilihat sebagai ´negara mesra´ oleh semua bangsa. Apa sahaja bangsa atau agama amat selesa berada di negara kita. Semua bangsa termasuk `orang putih´ tidak janggal tinggal dalam negara kerana rakyat Malaysia juga fasih berbahasa Inggeris.

Keadaan negara ini yang memiliki masyarakat majmuk menyebabkan kita sukar untuk membezakan rakyat negara kita sendiri dengan pendatang asing.

Oleh hal yang demikian, dalam negara kini timbul masalah mengenal identiti seseorang itu melainkan setelah dia bertutur - itupun terdapat warga asing, misalnya orang Bangladesh sudah boleh bertutur seperti orang tempatan.

Masalah timbul apabila ekonomi tidak berkembang. Dalam pengalaman negara kita, ada tempoh-tempoh ekonomi menguncup menyebabkan pekerjaan berkurangan. Dalam tempoh itu, rakyat kita yang bekerja di bandar pun terpaksa pulang ke kampung. Ini berlaku beberapa kali pada awal 1980-an dan 1990-an dahulu.

Malangnya, sewaktu pusingan atau gelombang ekonomi ini berlaku, warga asing yang bekerja di negara ini tidak mahu pulang ke negara asal sedangkan mereka tidak lagi memiliki pekerjaan di sini.

Statistik menunjukkan jenayah di kalangan pendatang asing amat tinggi. Jenayah di kalangan warga asing berbanding jenayah dalam negara, walaupun peratusannya kecil tetapi lebih 55 peratus jenayah yang dilakukan ialah jenayah berat seperti membunuh.

Unjuran kajian kerajaan mendapati kalau kita tidak membendung masalah ini, pada 2010 nanti peratusan pekerja asing ini akan menjangkau 30 peratus daripada tenaga kerja dalam negara.

Walau apapun yang menjadi halangan kita untuk mengurangkan kehadiran pendatang ini, kita harus bersama-sama bersepakat untuk mengawal impak buruk yang dibawa oleh fenomena ini. Undang-undang yang diwujudkan oleh pihak berkuasa rasanya sudah memadai Cuma penguatkuasaannya yang menjadi halangan disebabkan sikap masyarakat itu sendiri.

Memetik kata-kata Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Datuk Azmi Khalid, “Undang-undang memang cukup. Soalnya sekarang bagaimana hendak melaksanakan undang-undang iaitu penguatkuasaan. Itu yang menampakkan kelemahan kita.”

LIFE

Feed The Fish