VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Rabu, 10 November 2010

JADILAH HAMBA YANG BERSYUKUR


"Kesibukan bekerja bukan menjadi alasan kepada orang mukmin sehingga tidak mempunyai waktu untuk meluangkan masa beribadah kepada ALLAH SWT".

Pada zaman ini masjid surau merata-rata diletakkan di semua kawasan.

Malahan musolla juga disediakan bagi orang-orang yang dalam musafir untuk kemudahan orang-orang mukmin.

Cuma kehendak hati mereka samada nak lakukan/tidak. Nak solat jemaah/nak solat sendirian.

Kita sentiasa berkira-kira dengan allah swt, tetapi allah tidak pernah berkira-kira dengan umatnya.

Kadangkala allah beri ujian kepada hambanya melalui berbagai cara.

Mungkin kesibukan kita dalam bekerja sehingga tidak mempunyai waktu untuk solat apatah lagi untuk mengimarahkan masjid dan surau.

Ini juga merupakan ujian allah pada kita. Diuji dalam bentuk dunia sehingga lupa untuk bekalan akhirat.

Kaum muslimin diwajibkan solat dimasjid dan surau secara berjemaah melainkan jika ada halangan yang tidak dapat dielakkan.

Tetapi bagi kaum muslimat mereka dibenarkan solat dirumah.

Jika mereka ingin solat berjemaah di masjid/surau tidak mengapa asalkan dengan niat yang betul untuk beribadah dan menuntut ilmu yang wajib dituntut setiap orang mukmin.

Jika mereka mempunyai mahramnya adalah lebih baik untuk bersama menghadirkan diri ke masjid dan surau.

"Mungkin kita lihat ada diantara mereka tidak solat tetapi mereka diberikan harta, kekayaan begitu cukup mewah berbanding pula dengan orang yang beramal soleh yang menjaga solatnya kehidupan mereka sederhana tetapi ada juga diberi berbagai bentuk rezeki iaitu melalui kesihatan, kesenangan, keluarga sakinah dan sebagainya".

Kita mula tertanya dalam hati kenapa jadi sedemikian, ketahui bahawa inilah dikatakan istidraj (ALLAH beri kemewahan dalam kemurkaannya), kerana manusia tidak tahu erti bersyukur dengan mengerjakan perintah allah dan meninggalkan segala larangannya.

Kadang-kala kita sering merungut itu dan ini tanpa berterima kasih diatas apa yang allah berikan.

ALLAH minta kita jaga solat kerana amal yang pertama dihisab adalah solat kita.

Oleh itu jangan kita salahkan takdir bila diuji dalam kesusahan.

Solat, imarahkan masjid merupakan amalan yang sangat dicintai oleh ALLAH SWT dan RAsulullah dan para sahabat.

Jika kita mengakui mencintai Rasulullah maka harus contohi akhlak, peribadi dan sunnahnya, katanya dalam kuliah tersebut.

Marilah semua umat islam untuk kita sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai mukmin yang mendapat keberkatan dunia akhirat dan tidak termasuk dalam golongan istijrad.

LIFE

Feed The Fish