VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Jumaat, 17 Disember 2010

Akibat Penzina

MOGADISHU - Sekumpulan militan Islam memaksa penduduk melihat mereka merejam seorang lelaki sehingga mati kerana berzina di Somalia, lapor sebuah akhbar semalam.

Kumpulan itu turut membunuh seorang lelaki kerana didakwa sebagai pembunuh.

Menurut beberapa saksi, hukuman itu mencetuskan pertempuran senjata antara kumpulan tersebut dengan kumpulan lain dengan mengakibatkan tiga militan terbunuh.

Kejadian berlaku di Afgoye, 32 kilometer dari sini pada Ahad lalu.

"Tiga anggota pejuang kumpulan Hizbul Islam terbunuh dan lima lagi cedera apabila mereka saling bergaduh antara satu sama lain," kata seorang pekedai, Halima Osman.

"Sebahagian anggota kumpulan itu mahu menangguhkan hukuman manakala yang lain menentangnya.

"Anggota-anggota itu kemudian berbalas tembakan.

"Kumpulan yang menentang hukuman itu tewas dan kemudian melarikan diri," tambahnya.

Mohamed ditanam dalam lubang di Afgoye, pada Ahad lalu.

Sebelum dijatuhkan hukuman mengikut undang-undang syariah, Hakim Osman Siidow Hasan memberitahu penduduk, dua lelaki itu mengaku melakukan kesalahan selepas siasatan dilakukan.

Seorang wanita yang mengaku melakukan hubungan seks di luar nikah turut dihukum 100 kali sebatan.

"Ini merupakan hari penghakiman," kata Osman kepada orang ramai.

"Kami telah melakukan siasatan dan mereka sudah mengaku," tambahnya.

Hukuman itu dibuat selepas pertempuran antara kumpulan yang menentang dan kumpulan yang mahu hukuman itu dilaksanakan dengan segera berakhir.

Seorang anggota keluarga mangsa yang dibunuh kemudian menembak mati penembaknya yang telah ditangkap.

beberapa orang merejam Mohamed sehingga dia mati.

Pesalah zina tersebut, Mohamed Abukar Ibrahim ditanam di dalam lubang sehingga ke dada dan direjam sehingga dia mati.



"Saya tidak sanggup untuk melihatnya," kata seorang lelaki, Ali Gabow.

Menurutnya, seorang wanita yang mengaku berzina itu dihukum 100 kali sebatan kerana dia menyatakan dirinya masih belum berkahwin. - Agensi

Khamis, 16 Disember 2010

Rahsia si iblis


Seorang sahabat Nabi Muhammad SAW bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi SAW yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah SWT tentang banyak perkara.

Iblis bertanya kepada Allah SWT: "Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas)”

Iblis berkata:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau), dimanakah tempat bagiku berkumpul?." Firman Allah SWT yg bermaksud: "Wahai iblis! Tempatmu berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan (pusat membeli belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya.”

Iblis berkata lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan bacaanku?" Firman Allah SWT yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan bacaanmu ialah syair (sajak/lagu/ puisi yang melalaikan manusia dari mengingati Tuhan).

Iblis berkata:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?”. Firman Allah SWT yang bermaksud: “cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta(bohong atau yng berkaitan dengannya)”

Iblis bertanya lagi: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang dating bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman Allah SWT yang bermaksud: "wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."

Tanya iblis lagi:"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu (para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan bagiku?". Firman Allah SWT yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama dengannya."

Kata iblis:"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis(ayat-ayat Al Quran) kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku?." Firman Allah SWT yang bermaksud:"wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu dibadan, (seperti gincu, tatu, tahi lalat yang diada-adakan dan yang lebih kurang sama dengannya)

Kata iblis: "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu perangkap - perangkap. Apakah perangkap bagiku?” Allah SWT berfirman yang bermaksud:"wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita."

Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?. "Firman Allah SWT yang bermaksud: "wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu yang tidak disebut nama Allah."

Kata iblis:"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan minuman kepada anak-anak Adam, apakah minuman untukku?" Firman Allah SWT yang bermaksud:" Wahai iblis, minuman untukmu ialah sesuatu yang memabukkan dan yang tidak dimulakan dengan nama Allah."

Konspirasi Dajjal

Salam

Video ni diterbitkan oleh Blog Brofat yang telah ditutup pada september 2010.

Namun apa yang menarik mengenai video ini ialah memberi peluang kepada kita untuk melihat dari sudut lain mengenai senario yang sedang berlaku kepada di dunia kita sekarang.

Luangkan masa anda untuk menonton

konspirasi Dajjal part 1




konspirasi Dajjal part 2

Isnin, 13 Disember 2010

siapakah orang itu?


Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal - amal kebaikan...

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Jumaat, 10 Disember 2010

HAKIKAT KEMULIAAN


Kemuliaan sebenarnya bukannya datang dari pujian dan sanjungan tetapi kemuliaan itu adalah anugerah Allah yang sangat tinggi kepada sesiapa yang dikehendaki.

Jika manusia itu dimuliakan oleh orang ramai belum tentu lagi kemuliaan itu bersifat kekal dan abadi mungkin kerana hartanya, pengaruhnya maupun kerana takutkan kuasanya sahaja.

Jika kita berusaha untuk mencari kemuliaan makhluk maka yang akan kita perolehi sebenar ialah sebuah kepura-puraan.

Kemuliaan itu hanya berlaku apabila kita melepaskan segala-galanyanya bagi mencari “redha” Allah dengan tidak lagi mengharap pujian dari orang yang memuji.

Siapa jua boleh menilai kita sama ada kita orang cemerlang ataupun kecundang tetapi penilaian dari mata manusia ternyata sangat lemah dan berubah-ubah dari masa ke semasa.

Mungkin hari ini kita dianggap berjaya tetapi esok pula kita dianggap gagal dan sebaliknya.

Paling mudah untuk kita fahami bahawa kemuliaan itu datang dari sumber yang satu iaitu dari Allah.

Allah boleh memberikan kemuliaan dan kehinaan kepada siapa yang dia kehendaki dan hanya Allah sahaja yang mengetahui kenapa terjadinya demikian.

Kita sudah tentulah berdoa terus agar Allah memandang kita dalam pandangan rahmat-Nya dan sekali-kali jangan berputus asa dengannya. Amin

Khamis, 9 Disember 2010

KHASIAT BUAH PISANG


Perhatian: Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi iaitu sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian.

Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan.

Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit.

Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia.

Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:

Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang.

Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:

Lupakan pil-pil hospital! Makan sahaja pisang.

Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:

Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi dengan nilai garam yang rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:

Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari.

Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:

Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:

Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan.

Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:

Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:

Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang.

Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:

Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:

Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek.

Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil, makanlah pisang.

Ulser:

Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita.

Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.
Kawalan Suhu:

Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung.

Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):

Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari.

Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mood kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:

Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh.

Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun.

Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:

Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:

Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit.

Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin,
2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika!

Satu lagi, ingin kilatkan kasut?

Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

Rabu, 8 Disember 2010

Syaitan Membantu ke Masjid

Seorang pemuda bangun pagi2 buta utk sholat subuh di Masjid. Dia berpakaian, berwuduk dan sedang berjalan menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid, pemuda tersebut jatuh lalu pakaiannya kotor.

Dia bangkit, membersihkan bajunya, dan pulang kembali ke rumah.

Di rumah, dia berganti baju, berwuduk, dan, LAGI, berjalan menuju masjid.

Dlm perjalanan kembali ke masjid , dia jatuh lagi di tempat yg sama!

Namun dia, sekali lagi, bangkit, membersihkan dirinya dan kembali ke rumah.

Di rumah, dia, sekali lagi, berganti baju, berwuduk dan berjalan menuju masjid.

Di tengah jalan menuju masjid , dia bertemu seorang lelaki yg memegang lampu.

Dia menanyakan identiti lelaki tersebut, dan menjawab "Saya melihat anda jatuh 2 kali di perjalanan menuju masjid, jadi saya bawakan lampu untuk menerangi jalan anda”

Pemuda pertama mengucapkan terima kasih dan mereka berdua berjalan ke masjid.

Saat sampai di masjid , pemuda pertama bertanya kepada lelaki yang membawa lampu untuk masuk dan sholat subuh bersamanya, lelaki itu menolak, pemuda
itu mengajak lagi hingga berkali2 dan, lagi, jawapannya sama.

Pemuda bertanya, kenapa menolak untuk masuk dan solat.

lelaki itu menjawab, "Aku adalah IBLIS (Syaitan)”

Pemuda itu terkejut dgn jawapan lelaki itu.

Setan kemudian menjelaskan, 'Saya melihat kamu berjalan ke masjid , dan sayalah yg membuat kamu terjatuh.

Ketika kamu pulang ke rumah, membersihkan badan dan kembali ke masjid, Allah memaafkan semua dosa - dosamu.

“Saya membuatmu jatuh kedua kalinya, dan bahkan itupun tidak membuatmu merubah fikiran untuk tinggal di rumah, kamu tetap memutuskan kembali masjid. Kerana hal itu, Allah memaafkan dosa2 seluruh anggota keluargamu.

Saya KHUATIR jika saya membuat kamu jatuh utk kali ketiga, jangan – jangan Allah akan memaafkan dosa - dosa seluruh penduduk kampong kammu dan oleh itu aku harus memastikan bahahwa kamu sampai di masjid dgn selamat.”


Moral:
Jangan biarkan Setan mendapatkan keuntungan dari setiap aksinya. Jangan melepaskan sebuah niat baik yg hendak kamu lakukan karena kamu tidak pernah
tahu ganjaran yg akan kamu dapat dari segala kesulitan yg kamu temui dalam usahamu utk melaksanakan niat baik tersebut .

Rabu, 10 November 2010

JADILAH HAMBA YANG BERSYUKUR


"Kesibukan bekerja bukan menjadi alasan kepada orang mukmin sehingga tidak mempunyai waktu untuk meluangkan masa beribadah kepada ALLAH SWT".

Pada zaman ini masjid surau merata-rata diletakkan di semua kawasan.

Malahan musolla juga disediakan bagi orang-orang yang dalam musafir untuk kemudahan orang-orang mukmin.

Cuma kehendak hati mereka samada nak lakukan/tidak. Nak solat jemaah/nak solat sendirian.

Kita sentiasa berkira-kira dengan allah swt, tetapi allah tidak pernah berkira-kira dengan umatnya.

Kadangkala allah beri ujian kepada hambanya melalui berbagai cara.

Mungkin kesibukan kita dalam bekerja sehingga tidak mempunyai waktu untuk solat apatah lagi untuk mengimarahkan masjid dan surau.

Ini juga merupakan ujian allah pada kita. Diuji dalam bentuk dunia sehingga lupa untuk bekalan akhirat.

Kaum muslimin diwajibkan solat dimasjid dan surau secara berjemaah melainkan jika ada halangan yang tidak dapat dielakkan.

Tetapi bagi kaum muslimat mereka dibenarkan solat dirumah.

Jika mereka ingin solat berjemaah di masjid/surau tidak mengapa asalkan dengan niat yang betul untuk beribadah dan menuntut ilmu yang wajib dituntut setiap orang mukmin.

Jika mereka mempunyai mahramnya adalah lebih baik untuk bersama menghadirkan diri ke masjid dan surau.

"Mungkin kita lihat ada diantara mereka tidak solat tetapi mereka diberikan harta, kekayaan begitu cukup mewah berbanding pula dengan orang yang beramal soleh yang menjaga solatnya kehidupan mereka sederhana tetapi ada juga diberi berbagai bentuk rezeki iaitu melalui kesihatan, kesenangan, keluarga sakinah dan sebagainya".

Kita mula tertanya dalam hati kenapa jadi sedemikian, ketahui bahawa inilah dikatakan istidraj (ALLAH beri kemewahan dalam kemurkaannya), kerana manusia tidak tahu erti bersyukur dengan mengerjakan perintah allah dan meninggalkan segala larangannya.

Kadang-kala kita sering merungut itu dan ini tanpa berterima kasih diatas apa yang allah berikan.

ALLAH minta kita jaga solat kerana amal yang pertama dihisab adalah solat kita.

Oleh itu jangan kita salahkan takdir bila diuji dalam kesusahan.

Solat, imarahkan masjid merupakan amalan yang sangat dicintai oleh ALLAH SWT dan RAsulullah dan para sahabat.

Jika kita mengakui mencintai Rasulullah maka harus contohi akhlak, peribadi dan sunnahnya, katanya dalam kuliah tersebut.

Marilah semua umat islam untuk kita sama-sama menjalankan tanggungjawab sebagai mukmin yang mendapat keberkatan dunia akhirat dan tidak termasuk dalam golongan istijrad.

Isnin, 28 Jun 2010

Heart Attacks and Hot Water

A survey says that most attack happens in early morning 4am to 7am.

But about Heart Attacks. The Chinese and Japanese drink hot tea with their meals, not cold water, maybe it is time we adopt their drinking habit while eating.



For those who like to drink cold water, this article is applicable to you. It is nice to have a cup of cold drink after a meal. However, the cold water will solidify the oily stuff that you have just consumed. It will slow down the digestion. Once this 'sludge' reacts with the acid, it will break down and be absorbed by the intestine faster than the solid food. It will line the intestine. Very soon, this will turn into fats and lead to cancer. It is best to drink hot soup or warm water after a meal.

Common Symptoms Of Heart Attack.

A serious note about heart attacks - You should know that not every heart attack symptom is going to be the left arm hurting. Be aware of intense pain in the jaw line.



You may never have the first chest pain during the course of a heart attack. Nausea and intense sweating are also common symptoms. 60% of people who have a heart attack while they are asleep do not wake up. Pain in the jaw can wake you from a sound sleep. Let's be careful and be aware. The more we know the better chance we could survive.

A cardiologist says if everyone who reads this message sends it to 10 people, you can be sure that we'll save at least one life.

Khamis, 11 Mac 2010

Hakikat Kematian


Menurut para ulama kematian bukan sekadar ketiadaan atau kebinasaan belaka, tetapi sebenarnya mati adalah terputusnya hubungan roh dengan tubuh, terhalangnya hubungan antara keduanya, dan bergantinya keadaan dari suatu alam ke alam lainnya. Mati termasuk musibah terbesar, dan Allah Subhanahu wa Ta'ala menyebutnya dengan nama musibah. Perhatikan firman-Nya,

"Lalu kamu ditimpa musibah kematian." (Al-Maa'idah: 106)

Dengan demikian, mati memang musibah terbesar dan bencana paling dahsyat.

Sungguh pun demikian, para ulama kita mengatakan bahwa ada musibah yang lebih besar daripada mati, iaitu lalai terhadap mati, tidak peduli, dan jarang memikirkannya, serta tidak beramal baik sebagai persiapan untuk menghadapi kedatangannya. Padahal, mati itu sendiri merupakan pelajaran bagi orang yang mahu mengerti, sekaligus pemikiran bagi orang yang mau berfikir. Dalam sebuah khabar yang diriwayatkan dari Nabi Shallallahu wa Sallam dikatakan,

"Andaikan binatang ternak mengetahui (pelajaran) dari kematian sebagaimana yang kamu ketahui, nescaya tidak akan ada seekor binatang gemuk kerana hilang selera makan." (menurut Al Albani dalam Adha Dha’ifah derajat hadis ini Dhaif sekali, Dhaif al Jami)

Riwayat lain menyebutkan bahwa seorang Badwi berjalan menaiki untanya. Tiba-tiba unta itu jatuh tersungkur lalu mati. Maka Badwi itu turun, melihat kenderaannya dan bertanya-tanya, "Kenapa kamu tidak mahu berdiri? Kenapa tidak mahu bangkit? Anggota tubuhmu masih lengkap, dan seluruh alat indramu masih utuh, tapi mengapa? Apa yang membuat kamu begini? Apa yang menjadikanmu boleh berdiri, dan apa yang membuatkan kamu sekarang tersungkur? Dan, apa yang telah mencegahmu untuk bergerak?" Akhirnya, unta yang sudah tidak bernyawa itu pun ditinggalkannya. Dia pulang sambil tetap hairan memikirkan kejadian itu.

At-Tirmidzi Al-Hakim Abu Abdillah meriwayatkan dalam Nawadir Al Ushul; Telah bercerita kepada kami, Qutaibah bin Sa'id dan AL-Khathib bin Salim, dari Abdul Aziz Al-Majisyun, dari Muhammad bin Al-Muakadir, dia berkata, Salah seorang anak dari Nabi Adam Alaihissalam meninggal dunia. Maka beliau berkata, 'Hai Hawa, anakmu telah mati.'

"Apa mati itu?" tanya Hawa.

Nabi Adam menjawab, "Tidak makan, tidak minum, tidak berdiri dan tidak duduk." Maka Hawa pun menangis sekuat-kuatnya. Akhirnya, Nabi Adam berkata, "Hindari dirimu dan anak-anak perempuanmu dari menangis, aku dan anak-anakku tidak bertanggung jawab atas hal itu." (Isnadnya Shahih Maqthu, karena Muhammad bin Al-Muakadir tergolong tabi'in yang tsiqat.

LIFE

Feed The Fish