VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Rabu, 27 Mei 2009

Blues Petang untuk Aku

Tangan aku lantas menutup mulut aku yang asyik terkuap-kuap dari tadi menandanya aku sekarang sangat mengantuk.. hehehehe.

Sekejap-sekejap aku toleh kepada jam di muka Laptop aku. "Adus.. lambat lagi la nak balik. Baru jam 4 petang." getus aku dalam hati.

Jari jemari aku terus menekan papan kunci laptop aku menulis 2-3 patah perkataan laporan kerja aku untuk bulan ni. Walau jari aku begitu sebuk dengan tugasnya, kepala otak aku terus berputar ligat memikirkan pasal bapa ku yang kurang sihat, pasal hujung minggu ni, pasal FUTSAL, pasal jiran aku yang macam orang 3 suku, memikirkan tentang motor idaman aku dan macam-macam lagi

Sekejap lagi aku jeling lagi jam dimuka laptop aku, "hm dah 4.35 petang.. bila nak masuk Asar ni," gumam aku sendirian lagi.

"La!!!!! baru aku teringat, Aku lupa pergi main bowling dengan member aku la.. semalam dah janji.!!!" jerit aku dalam hati. Tapi jari-jemari aku terus menaip untuk menghabiskan sisa-sisa kerja aku untuk hari ni.

Tiba-tiba dengan pantas tangan aku bergerak ke mulut aku, mulut yang menguap perlu ditutup agar syaitan tak dapat masuk.

Sekali lagi fikiran aku melayang dan tiba-tiba, "hm Yus kata nak gi Sabah minggu depan, senyap jer, aper citer tak telefon-telefon pun," aku mengomel sendirian lagi.

Akhirnya kebosanan aku sampai ke tahap yang tertinggi lantas aku mendera mouse laptaop aku untuk membuka blog dan terus mencatat aper yang aku fikir sepanjang petang, hari ini... sekian

Isnin, 18 Mei 2009

Fikirkan lah

Daripada Abu Malik al-Haris ibn `Asim al-Asya'arie r.a. beliau berkata: 

Rasulullah SAW telah bersabda:

Kebersihan itu sebahagian daripada iman. Ucapan zikir al-Hamdulillah memenuhi neraca timbangan. 

Ucapan zikir SubhaanaLlah dan al-Hamdulillah kedua-duanya memenuhi ruangan antara langit dan bumi.

Sembahyang itu adalah cahaya. Sedekah itu adalah saksi. Sabar itu adalah sinaran. Al-Qur'an itu adalah hujah bagimu atau hujah ke atasmu. 

Setiap manusia keluar waktu pagi, ada yang menjual dirinya, ada yang memerdekakan dirinya dan ada pula yang mencelakakan dirinya. 

(Hadis riwayat al-lmam Muslim)

Khamis, 14 Mei 2009

Gagalkah Demokrasi di Perak

Aduhai..

Pening kepala aku memikirkan keadaan politik Perak ni. Aku yang sebagai anak jati Perak yang lahir kat Taiping ni terasa sangat keliru dan hampir-hampir fedup dengan perkembangan seharian di Perak ni.

Pulak tu banyak dah rekod tercipta semenjak krisis politik Perak berlansung sehingga kini macam MB tersingkat, Keputusan Rayuan Mahkamah yang tersingkat, Sidang DUN bawah POKOK, Sultan kene tunggu lama sebelum sidang DUN nak dimulakan, dan macam-macam lagi yang ada di Perak.

Aku ada terbaca satu blog yang mengatakan Perak akan jadi negeri pertama yang gagal dalam melaksanakan demokrasi dan aku dah semakin bersetuju dengan pendirian itu. Kalau drama swasta ini terus menerus tak ditamatkan lebih awal dah nyata memang Perak negeri yang gagal. Huh malu aku kalau negeri aku dilabelkan macam ni.

Boleh dikatakan Perak sekarang lebih glamer dari pulau Sipadan yang nak dimasukkan dalam 7 keajaiban baru di Dunia. Mana taknya, Perak la ni bukan jadi tumpuan media tempatan malah diluar negara ianya seakan-akan bahan lawak serius boleh dijadikan hiburan dikala sunyi.

Pada pandangan peribadi aku dan menyokong pandangan orang ramai, adalah lebih elok diadakan pembubaran DUN dan serahkan kuasa memilih kepada rakyat Perak macam aku. Biar kami tentukan siapa yang patut merajai Perak selepas ini dan dengan cara ini saja maruah demokrasi di Perak dapat disucikan semula dengan hadas besar hehehe.

Dengan ini, boleh la aku balik mengundi sekali lagi di Kuala Sepetang dan isteri aku di Bagan Datoh, Perak. Betul tak Kapten?

Isnin, 4 Mei 2009

The Polite Way to Pee

During one of her daily classes, a teacher trying to teach good manners, asked her students the following question:

"Michael, if you were on a date having dinner with a nice young lady, how would you tell her that you have to go to the bathroom?”

Michael said: “just a minute I have to go pee.”

The teacher responded by saying: “That would be rude and impolite. What about you Sherman, how would you say it?”

Sherman said: “I am sorry, but I really need to go to the bathroom. I'll be right back.

That's better, but it's still not very nice to say the word bathroom at the dinner table. And you, little Johnny, can you use your brain for once and show us your good manners?”

Johnny said “I would say: Darling, may I please be excused for a moment? I have to shake hands with a very dear friend of mine, whom I hope to introduce you to after dinner.”

The teacher fainted...

LIFE

Feed The Fish