VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Khamis, 30 April 2009

Selamat Hari Pekerja

Selamat Hari pekerja!!!

Kepada pekerja-pekerja yang berdedikasi dan berdisiplin, mantapkan diri untuk menjadi aset kepada Organisasi anda

Mana-mana yang masih menganggur tu, teruskan usaha memburu kerja

Yang dah ader kerja tu, tapi masih mengular dan mengulat.. pandai-pandailah nak jaga periuk masing-masing jangan sampai dibuang.

:)

Sabtu, 25 April 2009

Ibu atau Bapa Tukar, Anak Pulak?

Aku tak tau lah nak gelak besar, nak sedeh ker atau nak diam je. Makin hari makin teruk orang cam aku dikelirukan oleh orang2 yang berkepentingan. Tengok je lah berita hari ini

Anak-anak kekal agama asal walaupun salah seorang ibu bapa bertukar agama

23/04/2009 2:04pm

KUALA LUMPUR 23 April – Mesyuarat Jemaah Menteri semalam telah membuat keputusan bahawa anak-anak kekal menganut agama asal walaupun salah seorang ibu atau bapa mereka memeluk agama lain.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, mesyuarat itu juga membuat ketetapan bahawa penceraian tidak akan berlaku secara automatik walaupun salah seorang telah memeluk agama Islam.

"Kabinet juga memutuskan segala isu berkaitan penjagaan anak-anak dan penceraian perlulah diselesaikan di mahkamah sivil dan bukannya mahkamah syariah," katanya pada sidang akhbar di Bangunan Parlimen di sini hari ini.

Selaras dengan keputusan itu, Jabatan Peguam Negara akan diarahkan membuat pindaan terhadap undang-undang yang berkaitan bagi memastikan segala keputusan Kabinet itu dapat dikuatkuasakan dengan berkesan.

Beliau berkata, pihak peguam negara juga akan diarahkan memaklumkan perkara itu pada negeri-negeri bagi membolehkan mereka membuat pindaan yang sama terhadap undang-undang syariah. - Utusan

Penjelasan lanjut please

Chicken a la Carte


Hatiku benar-benar tersentuh.....
terima kasih kepada pencipta filem ini kerana telah menyedarkan aku..

Jika aku merasa sangat susah, 
rupa-rupanya ada yang lebih menderita daripada aku...

Jika aku sering merasa janggal, 
rupa-rupanya ada yang lebih janggal daripada aku...

Jika aku sering mengeluh,
mengapa mereka yang lebih menderita merasa bahagia?

Jumaat, 17 April 2009

Kalau Diberi Peluang


Kalau diberi peluang antara keje kontrak dan keje tetap, apa yang korang pilih?

kalau diberi peluang, keje kontrak gaji lebih lumayan manakala keje tetap dah tentu terjamin tapi gaji kecik, apa yang korang pilih?

Kadangkala dua atau tiga faktor yang mempengaruhi kita dalam membuat keputusan untuk bertukar kerja atau disebaliknya.

Setelah menempuh pengalaman bekerja aku sudah mempunyai tanggapan tertentu kepada sikap rakan setugas dalam menjalankan tugas mereka harian. 

Ada yang jujur dan ikhlas dalam menggerakan tulang empat kerat dia dan ada juga banyak menggerakkan MULUT dari menggerakkan tulang empat keratnya.  

Tempat aku kerja rata-rata aku perhatikan banyak yang tak puas hati dan rasa tak puas hatinya disampaikan melalui mulut dan kalau mulutnya tak bercakap habis keluar macam2 kat status Yahoo Messengger (YM) mereka.
 
Kesian YM jadi tempat lepas geram dan amarah staff-staff yang tak puas hati. 

Bagi aku simple je. Kalau rasa tak puas hati pergi jumpa pihak yang ko tak puas hati tu cakap terus terang apa yang ko nakkan. Kalau tak settle jugak, hantar je surat resign kan lagi bagus hehehe.

Satu lagi faktor yang penting ialah sikap orang atasan. Orang atasan selalunya mempunyai visi dan misi yang hebat dan yang nak merealisasikan misi dan visi dia tu mestilah orang bawahan dia. Dalam sitiuasi ini selain prihatin dan mesra dengan orang bawahan, orang atasan perlu berusaha menjaga kebajikan orang bawahannya. Tengoklah mana yang patut dibantu dan mana yang patut diberi perhatian. Kalau gaji dia kecik, tolong naikkan, kalau suasana tak selesa, jadikalah ia lebih selesa.

Berbalik persoalan atas tadie tu kalau mengambil kira senario aku kat tempat keje sekarang, rasanya baik aku tukar kerja je. tak perlu susah-susah nak pikir masalah yang ada kat tempat keje sekarang hehehehehe..


Rabu, 1 April 2009

Tak Sempat Nak Tengok























































sikit je gambar sempat snap bile balik tepeng hari tuh..
tak sabar rasenye nak mengundi

LIFE

Feed The Fish