VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Khamis, 26 Mac 2009

PIDATO PAK SAMAD

1. Ketika saya berteleku di hadapan Kaabah musim Haji yang lalu, tiba-tiba air mata saya mencurah keluar apabila mengenangkan diri saya. Lalu saya yakini: “Manusia yang paling bernilai di sisi Allah SWT ialah manusia yang benar-benar jujur terhadap dirinya, ikhlas, bertanggung jawab.”

2. “Saya menulis bermula dengan Salina, kisah dunia pelacur yang kotor dan jijik dan berakhir dengan menulis puisi panjang Al Amin, kisah seorang hamba bernama Muhamad yang sangat agung.”

3. "Memang wang bukan segala-galanya bagi saya. Walaupun di dunia memerlukan wang, tapi saya tetap berkehendakkan maruah mertabatkan Bahasa Melayu dalam sains dan matematik itu dilaksanakan segera disekolah-sekolah sebagai keutamaan mutlak daripada wang.

4. "Walaupun kedua-dua belah mata saya pedih, tapi saya rasa "enak dan puas" kerana dapat bersama mempertahankan untuk memansukan segera PPSMI itu,"

5. "Ada satu perkara yang saya minta sebelum saya bercakap tentang nasib bahasa kita, iaitu bila ada pilihan raya, saya harap anda semua gunakanlah kuasa undi dan undilah siapa saja tapi jangan undi Umno"

6. "Dan juga dalam kempen-kempen mereka pada masa akan datang juga, mereka kena gunakan bahasa Inggeris, jangan guna bahasa Melayu. Kalau nak bermesyuarat pun gunalah bahasa Inggeris kerana bahasa dan minda mereka adalah Inggeris,"

7. "Saya tidak ada parti tapi hanya meminjam pentas parti. Saya bukan diperalatkan tapi dimanfaatkan. Dengan itu, kita berada pada situasi menang-menang. Kalau saya diperalatkan sudah tentu saya akan menjadi mangsa,"

8. "Saya rasa terpanggil bahawasanya dalam sisa-sisa usia saya inilah untuk saya berlawan dan dengan semangat inilah saya akan menjelajah untuk memperjuangkankan bahasa saya."

9. "Apakah hanya untuk mendapat undi dan kuasa, mereka guna bahasa Melayu, tetapi bila dapat kuasa mereka akan membuang bahasa Melayu. Kalau ada kempen-kempen mereka, kita perlu berani jerit kepada mereka, cakaplah / ceramahlah dalam bahasa Inggeris,"

Petikan dari pidato tentang PPSMI, di Dewan INSPIN Masjid Sultanah Alor Setar pada 16 Mac 2009 jam 10-30 pagi.

Kredit to Saifullah PKPIM

Isnin, 16 Mac 2009

Dasar Kurang Ajar!!!









Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
mengerti

Sabtu, 14 Mac 2009

Wasiat ke-7 Al-Banna: Elakkan Bercakap Nyaring

Wasiat ke-7 Al-Banna, elakkan bercakap nyaring 

Petikan artikel: Fahri Abdullah al-Masri 

Jangan bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh pendengar kita. Demikianlah antara wasiat Imam Hasan al-Banna.

Percakapan yang nyaring dan kuat banyak mengundang masalah seperti mengundang kemarahan orang dan menyuburkan takbur di hati para penceramah dan pendakwah itu sendiri.

Dalam hal ini, seorang bapa yang bijaksana, Luqman al-Hakim menasihatkan anak-anaknya sebagai berikut:-

"Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata) , sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." [Luqman: 19]

Justeru, menjadi tanggungjawab ibu bapa menasihatkan anak-anak mereka agar tidak meninggikan suara ketika berbual bersama teman-temannya. Ini kerana, hal meninggikan suara itu boleh menimbulkan pergaduhan.

Hal kesantunan bicara ini turut disentuh dalam buku bertajuk Cinta Di Rumah Hasan Al-Banna yang memperihalkan kehidupan rumahtangga Al-Banna sendiri.

Di dalam satu bab, pernah dikupas perihal tiadanya suara-suara yang keras dan nyaring dalam keluarga beliau.

Semua ini menunjukkan bahawa Hasan al-Banna telah merintis jalan teori dan melaksanakan amalinya dalam keluarganya sendiri. Maka di sini, al-Banna benar-benar telah menjadikan wasiat Luqman al-Hakim itu sebagai panduannya.

Sikap nabi-nabi yang bersikap lemah-lembut kepada pihak yang didakwah juga patut diberikan perhatian..

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat) , dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati,
tentu mereka lari dari kelilingmu. Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang bertawakal kepadaNya. [Ali Imran:159]

Demikian juga ketika diperintahkan kepada Musa a.s dan Harun a.s untuk berdepan dengan kezaliman Fir'aun.  "Kemudian hendaklah kamu berkata kepadanya, dengan kata-kata yang lemah-lembut, semoga ia beringat atau takut." [Taha: 44] 

Jangan nyaring berwirid. Malah dalam hal yang berkaitan dengan wirid, ratib dan zikir sekali pun, Allah s.w.t menyeru kita supaya meratibkannya dengan rendah dan tidak nyaring.

Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) , dan dengan tidak pula menyaringkan suara pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai. [Al-'Araaf: 205]

Mungkin, dengan berzikir dalam senyap, hal ini tidak diketahui orang lain dan dengan itu, kita terselamat daripada bahaya riyak, penyakit 'ujub dan sum'ah.

Lantas, timbul persoalan baru mengenai amalan tarekat yang berzikir, meratib beramai-ramai sehingga tinggi dan nyaring pula suara mereka. Maka, bagaimanakah kedudukan ratib, zikir mereka ini?  

Dalam hal latihan kerohanian, hal-hal seumpama itu dibenarkan, diharuskan dengan sebab melatih murid-murid untuk berzikir. Ini kerana, bagi sesetengah orang, penumpuan untuk berzikir itu sangat sukar kerana mereka terlalu banyak berkhayal mengenai kenikmatan dan kelazatan duniawi sebelum ini.

Maka, hal-hal yang seumpama itu tiada salahnya atas tujuan latihan. Mungkin, apabila tiba waktunya, mereka akan diminta meneruskan wirid dengan perlahan-lahan di tempat suluk mereka sendiri. Wallahu'alam. .

Jangan keraskan suara di depan guru Perihal keburukan suara yang nyaring ini telah dibangkitkan oleh Allah
s.w.t dalam al-Quran, di mana hal itu termasuk dalam perkara-perkara yang bercanggah dengan adab bersama Rasulullah s.a.w.

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengangkat suara kamu melebihi suara Nabi, dan janganlah kamu menyaringkan suara (dengan lantang) semasa bercakap dengannya sebagaimana setengah kamu menyaringkan suaranya semasa bercakap dengan setengahnya yang lain.  (Larangan yang demikian) supaya amal-amal kamu tidak hapus pahalanya, sedang kamu tidak menyedarinya. 

Sesungguhnya orang-orang yang merendahkan suaranya semasa mereka berada di sisi Rasulullah, - merekalah orang-orang yang telah dibersihkan Allah hati mereka untuk bertaqwa; mereka beroleh keampunan dan pahala yang besar. Sesungguhnya orang-orang yang memanggilmu dari luar bilik-bilik (tempat ahlimu, wahai Muhammad), kebanyakan mereka tidak mengerti (adab dan tatatertib).

Dan kalaulah mereka bersabar menunggu sehingga engkau keluar menemui mereka, tentulah cara yang demikian lebih baik bagi mereka; dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [Al-Hujurat: 2-5]

Timbul persoalan lain, baginda Rasulullah s.a.w tidak lagi berada di sisi kita. Betapalah kita akan mengangkat suara dan menyaringkan suara kepada baginda? Maka, dalam hal ini, ingatlah pengertian hadis yang bermaksud, "Golongan ulamak itu adalah pewaris kepada para nabi."

Adapun guru-guru itu, orang-orang tua yang bijaksana dan mereka yang selalu dilihat sebagai orang yang berpengetahuan dalam memberikan tunjuk ajar dan bimbingan kepada kita, kepada bangsa kita dalam hal-hal
agama, mereka itu penggalas amanah Rasulullah s.a.w. Kepada mereka, janganlah kita mengeraskan suara kita.

Rendahkan suara di depan ibu bapa

Maka, termasuk dalam kalangan manusia yang mesti kita rendahkan suara terhadap mereka, ialah ibu bapa kita sendiri. Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil." [Al-Isra': 23-24]

Melakukan amal kebaktian kepada ibu bapa adalah jalan termudah mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. Dalam hubungan ini, baginda Rasulullah s.a.w bersabda:-

"Syurga itu terletak di bawah tapak kaki ibu." dan sabda baginda lagi; "Keredhaan Allah itu terletak di atas keredhaan Allah s.w.t."  Sesetengah pihak melihat keredhaan Allah itu didapati lewat zikir-zikir, wirid-wirid sebagai yang disebut mereka dalam munajat, "Ilahi anta maqshudi, wa ridhaka mathluubi - Tuhanku Engkaulah matlamatku dan aku menuntut keredhaanMu. "

Tetapi, ada yang bersikap kasar, bengis dan mengeraskan suaranya kepada ibu bapa. Adakah kita termasuk dalam golongan yang berhak mendapat keredhaan Tuhan? Sekali-kali tidak! Kita perlu hormat ASAL-USUL (ibu bapa) bagi mendapatkan redha YANG PALING ASAL, YANG PALING AWAL (Allah s.w.t).

Demikian juga hubungan antara Rakyat dan Pemerintah. Pemerintah berasal daripada rakyat. Maka pemerintah yang diredhai pemerintahannya adalah pemerintah yang menghormati rakyat dengan memansuhkan ISA, PPSMI, Auku dan segala undang-undang yang meresah-gelisahkan hati rakyat.

Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) dari Allah (kepadamu wahai Muhammad), engkau bersikap lemah-lembut kepada mereka (sahabat-sahabat) , dan kalau engkau bersikap kasar lagi keras hati, tentu mereka lari dari kelilingmu. 

Oleh itu maafkanlah mereka (mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan dan hal-hal keduniaan) itu. kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Mengasihi orang-orang yang  bertawakal kepadaNya. [Ali Imran:159] 

Apabila rakyat tidak meredhai pemerintahan pemerintah, maka Allah s.w.t tidak meredhai pemerintahan mereka itu. Sebab itulah timbul banyak kekacauan dan semua itu adalah petanda, sindrom kepada pemerintahan yang tidak diredhai Tuhan. Oleh itu, banyakkan meminta ampun bagi pihak rakyat dan jangan bersikap kasar dengan rakyat. 

Seperti mana anak mesti hormatkan ASAL-USUL (ibu bapa) untuk mendapat redha Tuhan, maka demikianlah pemerintah mesti hormatkan ASAL-USUL (rakyat) untuk mendapat restu Allah dalam pemerintahan mereka. 

Jika seorang anak itu berbicara dengan baik kepada ibu bapanya sebagai tanda hormat dan mendapat redha Tuhan, demikian pemerintah jangan berbicara dengan keras dan nyaring kepada rakyat dengan mengugut dan mengancam mereka dengan jentera kerajaan seperti polis, tentera dan sebagainya.

Diriwayatkan, pernah suatu ketika, seorang anak muda mendaftar diri untuk pergi berperang ke medan jihad. Rasulullah s.a.w merenung wajah anak muda itu dengan pandangan kasyafnya.

"Anak muda, jelaskan kepadaku bagaimana keadaan orang tuamu tatkala kamu keluar daripada rumahmu tadi," kata baginda. "Ya Rasulullah, hamba mesti beritahu kepadamu bahawa dengan sesungguhnya aku ingin syahid di jalan Allah. Tetapi kedua orang tuaku menangis, meminta aku tidak pergi berperang kerana aku satu satunya
anak tunggal mereka."

"Engkau mendapat pahala. Sekarang.. dengan perintah Rasulullah,
kembalilah ke rumah. Gembirakanlah hati kedua-dua ibu bapamu," demikian
baginda memutuskan. 
  
Maka, pulanglah si anak muda itu dan gembiralah kedua-dua ibu bapanya. Anak muda tadi telah beroleh pahala sekali gus mendapat keredhaan Allah di rumahnya dan bukan di medan jihad.

Sementara itu, Nabi Ibrahim a.s adalah antara contoh anak yang menyeru bapanya, Aazar (pembuat patung berhala) ke arah jalan Tauhid dengan baik dan tabah hati.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada bapanya Aazar: "Patutkah ayah menjadikan berhala berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang nyata." [Al-An'aam:74] Malah, baginda telah mendoakan kebaikan kepada ayahnya sendiri, walhal tindakan itu dilarang agama.

Tidaklah dibenarkan bagi Nabi dan orang-orang yang beriman, meminta ampun bagi orang-orang musyrik sekali pun orang itu kaum kerabat sendiri, sesudah nyata bagi mereka bahawa orang-orang musyrik itu adalah ahli neraka.

Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. [Surah at-Taubah: 113 - 114]

Disebutkan di situ, ada dua nilai yang menyebabkan baginda bersikap baik kepada orang tuanya. Pertama, baginda lembut hati dan bersikap penyabar. Hal inilah yang mesti hadir dalam jiwa seorang anak yang mahu keredhaan Tuhan dengan cara melakukan kebaikan kepada orang tuanya.

Maka, hal bercakap nyaring kepada orang-ramai, menjerkah dengan marah-marah, bersuara dengan keras tidak melambangkan kelembutan hati seseorang pendakwah itu. Demikianlah jika kita mahu laksanakan pesan dan wasiat Imam Hasan al-Banna. 

Selasa, 10 Mac 2009

Tak pasal-pasal sangkut

Cis!!! Jalan jem lagi..

Aku lambat lagi sampai opis. ni semua sebab aku tak dapat nak top up touch n go pepagi lagi. Dulu PLUS ni macam berakal la sikit bukak kaunter jam 7 pagi tutup jam 9 malam. Sekarang dah tukar kaunter bukak jam 9.00 pagi tutup jam 4.00 petang. Aku yang memang payah nak keluar dari opis ni memang la susah nak gi top-up. Kan senang kalau jam asal diteruskan. Aku 
tak taulah apa rasionalnye PLUS buat camtu. 

Hari tu dah kecoh nak naikkan kadar tol. Macam 
orang takdak akal (aku ulang sekali lagi) tengah ekonomi gawat sempat lagi PLUS ni nak 
menunjukkan keperihatinan mereka dengan menaikkan kadar tol. Lagi sekali aku mempersoalkan rasional PLUS buat macam tu. Dah macam penyamun tengah jalan je PLUS ni. Tapi nasib baik la tak jadi naik dalam tmasa terdekat dan itu tak bermakna kadar tu tak naik nanti. Tunggu je lah.

Katalah PLUS ni dah naikkan kadar tol hari tu agaknya camna la nasib orang macam aku ni dan jugak orang2 lain di tengah-tengah ekonomi gawat ni nak berdepan lak kenaikkan tu. Dan 
kalau kadar tol dah naik takkan la peniaga-peniaga ni nak buat bangang je dengan melihat kenaikkan kadar tu tanpa berusaha menaikkan jugak harga barangan dengan alasan "kadar tol dah naik!".

Bertambah malanglah bagi orang yang dah la kena buang kerja pada masa sekarang ni nak bergerak kemana-mana dan makin kurang la kuantiti kertas RM dalam poket aku ni nak membayar jika kenaikkan kadar tol ni jadi nyata. 

Dulu menteri yang bertanggungjawab bukan main lagi mengumumkan dalam surat khabar mainstream bahawa kadar tol boleh dikurangkan dan berilah tempoh pada mereka untuk membuat kajian. Setelah berbulan menunggu dari tahun 2008 akhirnya keluar berita ni;

          ARKIB : 14/02/2009

       Lagi plaza dijangka ditutup

KUALA LUMPUR 13 Feb. - Kerajaan dijangka memansuhkan kutipan tol di sebuah lagi plaza tol dalam masa terdekat.

Menurut sumber, ia membabitkan Lebuh Raya Besraya yang menghubungkan Salak Selatan di Sungai Besi, Kuala Lumpur dengan Serdang.

Satu lagi tol yang dijangka terlibat ialah Plaza Tol Darul Aman di Jitra, Kedah yang merupakan sebahagian daripada Projek Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Bagaimanapun ia masih dalam kajian.

Ketika ini, kadar tol yang dikenakan di Besraya ialah 70 sen hingga RM2.60, manakala di Plaza Tol Darul Aman pula sebanyak 40 sen.

Hari ini, Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ir. Mohd. Zin Mohamed mengumumkan pemansuhan kutipan tol Plaza Tol Petaling Jaya Selatan 2 (PJS2) Lebuh Raya Pantai Baru (NPE) menghala ke Kuala Lumpur - Utusan

Punya seronok rakyat termasuk aku mendengar khabar ni tapi tak lama je lapas tu  dia umum lak macam ni;

Kadar tol di lima lebuh raya dinaikkan bermula 1 Mac
26/02/2009 11:50am

KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kadar tol di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS), Lebuh Raya Sistem Penyuraian Trafik Kl Barat (Sprint), Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh), Lebuh Raya Sungai Besi (Bestraya) dan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE) akan dinaikkan bermula 1 Mac, kata Menteri Kerja Raya Datuk Ir Mohamad Zin Mohamad. - Bernama


Ini dah kira lawak tahap raja lawak Astro je buleh buat ha ha ha ha ha

Bangga sungguh aku jadi rakyat Malaysia dapat tengok lawak macam ni. Tapi nasib baik la ditangguhkan namun NAIK TETAP NAIK! Tunggu je la. 

Pada PLUS aku cadangkan tak payah la nak invest masuk Liga Malaysia. Lagipun bola sepak Malaysia ni pun bukan buleh pegi mana2 pun. Masa korang ade game pon takdak penonton datang tengok kecuali korang lawan team macam Perak ke, Selangor ker atau Kedah. Baik la duit tu ko bagi elok lagi prasarana korang yang macam hampeh ni. Kadar nak naik tapi standard lebuhraya macam kampung je dan yang hampehnya esok mesti jalan jem lagi...

Khamis, 5 Mac 2009

Mual aku

Setiap kali aku balik ke Taiping menjengah Abah dan Mak aku, tiap kali itu lah aku bertanya kepada Abah aku apa sebenarnya yang berlaku mengenai politik Perak ni. Sebagai rakan kepada Osman Jailu aku pasti Abahku akan mempunyai maklumat mengenai rentetan perkara yang berlaku di Perak sejak akhir-akhir ini.

Soalan pertama tercetus dariku kepada abahku sudah pasti kenapa Osman Jailu boleh lakukan perkara yang betul2 memeranjatkan sedangkan pada zahir mataku ini mereka inilah yang sering melaungkan kata-kata semangat mengenai keadilan, kebenaran dan kesaksamaan jadi mengapa jalan yang memalukan telah dipilih oleh orang yang seperti Osman Jailu.

Jawapan abahku mudah "semua ni angkara orang mereka sendiri dan ini adalah pengajaran kepada mereka yang suka menikam dari belakang!" 

lantas aku terdiam dan terus akal logika aku ini membawa aku ke petak pendapat yang lain. Lalu aku menyoal lagi, "bukankah matlamat parti adalah lebih penting dari terus menggadai maruah? dan Osman itu perlu ingat bahawa sejarah akan terus tercatat bahawa dia adalah pembelot kepada perjuangan rakan-rakannya di dalam parti."

dari perbualan itu aku dan abahku masing-masing membisu.

Kala aku dan abahku membisu itu aku pasti masing-masing sedang menilai kembali apa yang telah dibualkan itu.

sebenarnya aku bersimpati kepada abahku ini yang bersungguh-sungguh mencari nilai keadilan dalam hidupnya lalu memilih hutan politik sebagai salah satu kaedah mencapai nilai itu. Jelas dimata abahku ini inginkan sesuatu dapat dibanggakan oleh aku bila beliau sudah tiada lagi nanti.

Namun itu semuanya seolah-olah berkecai akibat dihempas oleh orang-orang yang suka mencari jalan pintas untuk mengumpul kejayaan dan kekayaan. 

Kali terakhir aku bertemu abahku pada minggu lepas, khabarnya dia ada bertemu dengan Osman Jailu dan Osman telah menceritakan sendiri apa yang berlaku di suatu tempat rahsia.

Ayat terakhir aku dengar dari abahku sebelum aku balik ke Ibu Kota "Abah penat dah. Lantaklah apa nak jadi dengan politik ni."

Aku faham mengapa kata-kata itu diluahkan dan aku semakin mengerti setelah melihat bertapa usaha abahku ini tampak sia-sia selama ini.

Sebenarnya kemelut politik yang melanda Perak sekarang membuatkan aku meluat dengan politik. Mungkin ramai yang tak setuju dengan pandangan aku tentang perkara ini namun sebenarnya semua yang berlaku ini adalah kerana apa?

Kelemahan, keburukan dan kekurangan seseorang insan terus dikopak, digali dan dijaja merata sehingga apa yang berlaku ini pada mata aku sangat menjijikkan dan memualkan. Adakah iniyang diinginkan oleh kita dan adakah ini yang diperlukan dalam Islam. 

LIFE

Feed The Fish