VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Khamis, 29 Mac 2007

TANDA-TANDA AWAL KANSER


(1) Kanser pangkal rahim : sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.

(2) Kanser payudara : Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.

(3) Kanser usus besar : Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.

(4) Kanser paru-paru : Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.

(5) Kanser perut : hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.

(6) Kanser limpa : Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.

(7) Kanser ovari : Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.

(8) Kanser otak : sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.

(9) Kanser prostat : Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.

(10) Kanser darah (leukimia) : Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).

(11) Kanser tekak : Suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.

10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan

TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China ,mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.

DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil

Khamis, 22 Mac 2007

AKU BENAR-BENAR BERSIMPATI

  • Aku bersimpati dengan nasib anak-anak muda yang kehilangan arah dan tujuan.
  • Aku bersedih melihat kekurangan anak-anak muda yang sesat dalam kemewahan.
  • Hari-hari aku melihat perkembangan sosial anak-anak remaja 'harapan' bangsa kita ini, aku rasa makin terpinggir dengan gaya hidup dan cara pergaulan mereka. Rata-rata yang aku perhatikan adalah anak-anak muda yang berkulit sawo matang dan kalau yang sedikit cerah itu kemungkinan ibu bapanya kacukan menghabiskan masa lapang bergaul laki dan perempuan seolah-olah tiada sebarang batasan yang mampu membatasi mereka.
  • Bukankah anak-anak yang berkulit sawo matang ini seorang yang melayu dan jika sudah termaktub sebagai melayu bukankah mereka ini seorang yang beragama Islam? kenyataan aku ini bukannya main-main kerana sudah tertulis dalam perlembagaan jika seseorang itu adalah Melayu maka agamanya sudah pastilah Islam.
  • Disinilah wujudnya punca permasalahan yang sering melanda kita sejak akhir-akhir ini. Kes-kes buang bayi, penzinaan, samseng, lari dari rumah dan pelbagai lagi masalah yang membebani msayarakat kita memberi gambaran ianya akan terus meningkat ibarat air yang sedang didihkan dengan suhu yang tinggi.
  • Dimanakah letaknya nilai sebagai masyarakat Islam jika kita membiarkan anak-anak kita mewujudkan pergaulan yang tidak sehat dikalangan rakan-rakan mereka. Jelas sekali anak kita begitu hanyut dengan nilai-nilai kuning hingga kadangkala memusnahkan pegangan anak kita tanpa kita sedari.
  • Aku sendiri begitu takut melihat perkembangan masyarakat ini dan sering berfikir bagaimana harus dengan cara terbaik dapat aku terapkan pendidikan kepada anakku ini nanti.
  • Jika dirumah atau sekolah sekalipun telah dididik dengan baik tapi bagaimana pula dengan pergaulan yang akan diterima selain di rumah dan di sekolah? Dapatkah nilai murni yang diterapkan oleh ibu bapa serta guru dikekalkan ketika mereka sedang enak bergaul? peranan siapakah untuk membantu kita mengatasinya?
  • Semua persolan itu sebenarnya berbalik kepada kita sendiri yang menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat. sebenarnya kita lah yang menentukan hala tuju anak-anak kita. seandainya kita terus membiarkan anak-anak kita hanyut dengan budaya yang tak sepatutnya diamalkan maka apa yang tinggal pada kita nanti hanyalah apa?
  • Jika hanya individu atau satu keluarga sahaja yang sedar akan masalah ini, penyelesaiannya pasti tiada jadi yang malang adalah kita sendiri.
  • Memetik kata-kata Dr. Uthman El Muhammady, setiap individu dan masyarakat perlu ada kesedaran sosial yang tinggi malah harus peka dengan perubahan sekeliling sebelum ia berkembang biak menjadi masalah yang sukar ditangani kelak.
  • Aku meratap nasib masyarakat ku nanti
  • Aku juga benar-benar bersimpati dengan diriku yang hidup dalam masyarakat ini

Sabtu, 17 Mac 2007

Rumah Baru

Assalamualaikum....

Rasa best je tak lama lagi aku nak pindah rumah. Rumah double storey kat Rawang. Jadi la dengan perkongsian aku dengan Isteri aku dapat la aku memiliki rumah sendiri.
Oleh sebab ader duit balance beli rumah ader sikit, aku dengan Isteri aku ape lagi amek kesempatan renovate rumah. Agaknye rezki tuhan anugerahkan melalui anak aku, aku dapat harga yang agak rendah untuk modified rumah aku dan isteriku mengikut citarasa kami berdua.
Disebabkan isteri aku rajin sangat tengok casa impian, jadi ilham rumah ku ni ader la tiru sikit cara eric leong buat. idak le Perfect macam dalam casa tuh, (berangan je lebeh). Cantik ke tak itu lain kira janji kami puas hati.
Aku dan Isteri mulanya bercadang nak pindah pada hujung bulan 3 ni tapi memandangkan aku sebuk dengan kerja sampai hari minggu pun terpaksa digunakan jadi aku mengubah tarikh untuk berpindah pada 8 April 2007 kalau diizinkan tuhan. Harap-harapnya rumah ini menjadi syurga buat aku isteri dan anakku nanti. Amin...

Orang tengah pasang kitchen kabinet rumah

siling rumah kat ruang tamu

Khamis, 15 Mac 2007

BANDUNG

hadapan hotel kami menginap da

Air asia .. directly from LCCT to Bandung
Bapak Polisi mengawal lalulintas

Yok naik beca! Enggak mahal rp6 ribu aja

atau naik saja Taksinya.. ngak mahal lo.. rp10 ribu aja

Nasi Timbel lauk ayam kampung.. perghhh harganya cuma rp10 ribu aja

dengan kengkawan yang pergi keje sambil jenjalan

-----------

welkam to the BANDUNG?

cerite?..

to be continued......

This is my SON




Selamat datang ke dunia anakku.


Sesungguhnya dunia ini penuh dengan jalan-jalan yang berliku.


Pilihlah jalan yang lurus anakku.


Kerana itu akan memudahkan mu


Tetapi bukan semua itu semudah yang disangka


Kadangkala jalan lurus itu ada geloranya


Berpeganglah pada agamamu


Aku pasti jejakmu tak terkeliru

LIFE

Feed The Fish