Ahad, 16 Disember 2007
Khamis, 13 Disember 2007
Khamis, 23 Ogos 2007
Malasnye
Iasehh nak kene outstation la pulakk.. busan...
Rabu, 25 Julai 2007
PENGUMUMAN!!!!
Assalamualaikum
Dengan rasa sukacita pihak pengurusan Seladang.Net dengan kerjasama Black Parade United dan Kumpulan Media Prima ingin memaklumkan kepada semua penyokong dan peminat bolasepak Perak yang berpengkalan di sekitar Lembah Klang untuk turut sama hadir menjayakan satu slot rancangan yang dianjurkan oleh Kumpulan Media Prima.
untuk keterangan lanjut sila ke;
http://www.seladang.net/archives/67
Dengan rasa sukacita pihak pengurusan Seladang.Net dengan kerjasama Black Parade United dan Kumpulan Media Prima ingin memaklumkan kepada semua penyokong dan peminat bolasepak Perak yang berpengkalan di sekitar Lembah Klang untuk turut sama hadir menjayakan satu slot rancangan yang dianjurkan oleh Kumpulan Media Prima.
untuk keterangan lanjut sila ke;
http://www.seladang.net/archives/67
where have u been!?
Assalamualaikum..
hehe pejam celik pejam celik dah masuk bulan 8. Tinggal beberapa bulan lagi nak melangkah ke tahun baru. Rasa baru je kejap hari tuh masuk tahun baru 2007.
Walau apapun untuk blog aku ni dah lama betoi tak aku coretkan ape2. Bukannye takder issue nak diutarakan dan bukan takder bender yang tak patut dihuraikan dan diungkapkan tetapi oleh kerana kesebokan bekerja tak membenarkan aku walau seminit untuk mencurahkan idea di atas blog ini. Oleh kerana itu, sehingga ini, hanya inilah yang mampu aku coretkan agar blog aku nih idak le tak ber'update'.
Memang banyak bender bermain dalam kepala otak aku yang satu ni; pasal bola sepak kita yang macam hampeh, pasal kenaikkan gaji kakitangan awam, pasal masyarakat kampung aku, pasal cuaca sekarang dan macam-macam lagi yang boleh dijadikan bahan menarik untuk diulas dan diperkatakan.
Dalam tak sedar jugak sebenarnye negara kita tak lama lagi nak menyambut hampir separuh abad merdeka dari penjajahan dan sepanjang persediaan yang dibuat oleh rakyat negara ini nampaknya lebih kepada memperlihatkan bagaimana 50 tahun kemerdekaan itu di sambut daripada menghayati apa itu kemerdekaan yang perlu diungkapkan dengan makna yang sebenar-benarnya. Tapi apa yang aku tahu, kita sendiri perlu menwujudkan kesedaran diri sendiri tentang makna kemerdekaan dan apa yang perlu dilakukan bagi mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi hampir separuh abad. Itu la kot yang aku rasa terpenting sekali.
Aku sungguh-sungguh berharap sangat dengan angka 50 kita menyambut kemerdekaan pada bulan hadapan akan mengisafkan diri di mana kita berada sekarang dan menilai kembali keberkesanan diri kita dalam menyumbang kepada pembangunan ummah.
Aku rasa ini je kut yang nak aku luahkan setelah lama tidak menjengok blog aku ni. kui kui kui..
hehe pejam celik pejam celik dah masuk bulan 8. Tinggal beberapa bulan lagi nak melangkah ke tahun baru. Rasa baru je kejap hari tuh masuk tahun baru 2007.
Walau apapun untuk blog aku ni dah lama betoi tak aku coretkan ape2. Bukannye takder issue nak diutarakan dan bukan takder bender yang tak patut dihuraikan dan diungkapkan tetapi oleh kerana kesebokan bekerja tak membenarkan aku walau seminit untuk mencurahkan idea di atas blog ini. Oleh kerana itu, sehingga ini, hanya inilah yang mampu aku coretkan agar blog aku nih idak le tak ber'update'.
Memang banyak bender bermain dalam kepala otak aku yang satu ni; pasal bola sepak kita yang macam hampeh, pasal kenaikkan gaji kakitangan awam, pasal masyarakat kampung aku, pasal cuaca sekarang dan macam-macam lagi yang boleh dijadikan bahan menarik untuk diulas dan diperkatakan.
Dalam tak sedar jugak sebenarnye negara kita tak lama lagi nak menyambut hampir separuh abad merdeka dari penjajahan dan sepanjang persediaan yang dibuat oleh rakyat negara ini nampaknya lebih kepada memperlihatkan bagaimana 50 tahun kemerdekaan itu di sambut daripada menghayati apa itu kemerdekaan yang perlu diungkapkan dengan makna yang sebenar-benarnya. Tapi apa yang aku tahu, kita sendiri perlu menwujudkan kesedaran diri sendiri tentang makna kemerdekaan dan apa yang perlu dilakukan bagi mengekalkan kemerdekaan yang telah dikecapi hampir separuh abad. Itu la kot yang aku rasa terpenting sekali.
Aku sungguh-sungguh berharap sangat dengan angka 50 kita menyambut kemerdekaan pada bulan hadapan akan mengisafkan diri di mana kita berada sekarang dan menilai kembali keberkesanan diri kita dalam menyumbang kepada pembangunan ummah.
Aku rasa ini je kut yang nak aku luahkan setelah lama tidak menjengok blog aku ni. kui kui kui..
Isnin, 2 April 2007
MAULID RASULULLAH SAW
separuh yang ada dalam Dewan
memasing letih je
bebudak pempuan tak berarak tapi still bagi moral support
Berdiri berselawat dan menyanyi lagu Negaraku 
Dah sedia nak berarak ke bang? kui kui

Tara dah siap hehehehe

Ha lipat mana yang patut. Baru nampak hensem sikit
Aper-aper hal melantak la dulu sebelum gi tempat perarakan (depan Mesjid Negara da)
Khamis, 29 Mac 2007
TANDA-TANDA AWAL KANSER
(1) Kanser pangkal rahim : sebarang lelehan atau pendarahan yg luarbiasa,sakit selepas bersenggama dan turun berat badan.
(2) Kanser payudara : Bengkak atau gumpalan di buah dada, keluar cairan berdarah dari puting, pembesaran kelenjar di ketiak, kedutan pada kulit di buah dada.
(3) Kanser usus besar : Perubahan tabiat membuang air, hilang berat badan,sakit dalam perut dan usus, berlaku pendarahan semasa membuang air.
(4) Kanser paru-paru : Batuk kuat berterusan, batuk berdarah, nafas termengah-mengah, sakit dada dan hilang berat badan.
(5) Kanser perut : hilang berat badan, muntah berdarah, sistem pencernaan yg tidak teratur, cepat kenyang walaupun makan sedikit.
(6) Kanser limpa : Sakit di bahagian abdomen, hilang selera makan, turun berat badan, kulit dan mata menjadi kuning dan bahagian abdomen membengkak.
(7) Kanser ovari : Haid tidak teratur, tumbuhan keras di bahagian abdomen, sakit semasa bersenggama, ketumbuhan bulu rambut yg melampau, suara menjadi lebih mendalam.
(8) Kanser otak : sakit kepala, muntah-muntah, gangguan penglihatan, lemah atau lumpuh, pening/pitam, pelupa, perubahan personaliti.
(9) Kanser prostat : Sukar dan sakit semasa kencing yang berpanjangan.
(10) Kanser darah (leukimia) : Letih, pucat, mudah lebam dan mudah mendapat jangkitan (infection).
(11) Kanser tekak : Suara garau/serak, ada ketumbuhan di tekak, sukar menelan dan kelenjar membengkak di leher.
10 PENYEBAB UTAMA KANSER
(1) Makanan
(2) Alkohol
(3) Sinaran cahaya matahari
(4) Pengambilan ubat
(5) Perokok yang tidak aktif
(6) Tembakau
(7) Radiasi
(8) Pekerjaan
(9) Pencemaran air dan udara
(10) Keturunan
TEH DAN KANSER
TEH DAN KANSER
Teh meningkatkan aktiviti antioksidan di dalam darah,membantu mengelakkan sakit jantung dan kanser. Di negara Jepun dan China ,mereka mempercayai bahawa meminum teh bersama hidangan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser. Teh juga berupaya menyerang bakteria yang boleh menyebabkan penyakit gusi selain memperkuatkannya. Teh juga mempergiatkan enzim sistem "detoxification" di dalam limpa, membantu menyingkirkan bahan-bahan kimia yang tidak dikehendaki oleh tubuh serta membantu melindungi arteri. Ia juga berupaya untuk menghalang darah beku dan juga mengurangkan risiko serangan stroke.
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
DIET UNTUK MENCEGAH BENJOLAN PADA PAYUDARA
(1) Hindari makanan berlemak dan bergoreng
(2) Hindari makanan ringan yang masam
(3) Kurangkan minum kopi dan minuman bergas
(4) Berhati-hati semasa mengambil ubat selsema ataupun aspirin
(5) Ambil makanan mengandungi vitamin E, B-6, dan evening primrose oil
Khamis, 22 Mac 2007
AKU BENAR-BENAR BERSIMPATI
- Aku bersimpati dengan nasib anak-anak muda yang kehilangan arah dan tujuan.
- Aku bersedih melihat kekurangan anak-anak muda yang sesat dalam kemewahan.
- Hari-hari aku melihat perkembangan sosial anak-anak remaja 'harapan' bangsa kita ini, aku rasa makin terpinggir dengan gaya hidup dan cara pergaulan mereka. Rata-rata yang aku perhatikan adalah anak-anak muda yang berkulit sawo matang dan kalau yang sedikit cerah itu kemungkinan ibu bapanya kacukan menghabiskan masa lapang bergaul laki dan perempuan seolah-olah tiada sebarang batasan yang mampu membatasi mereka.
- Bukankah anak-anak yang berkulit sawo matang ini seorang yang melayu dan jika sudah termaktub sebagai melayu bukankah mereka ini seorang yang beragama Islam? kenyataan aku ini bukannya main-main kerana sudah tertulis dalam perlembagaan jika seseorang itu adalah Melayu maka agamanya sudah pastilah Islam.
- Disinilah wujudnya punca permasalahan yang sering melanda kita sejak akhir-akhir ini. Kes-kes buang bayi, penzinaan, samseng, lari dari rumah dan pelbagai lagi masalah yang membebani msayarakat kita memberi gambaran ianya akan terus meningkat ibarat air yang sedang didihkan dengan suhu yang tinggi.
- Dimanakah letaknya nilai sebagai masyarakat Islam jika kita membiarkan anak-anak kita mewujudkan pergaulan yang tidak sehat dikalangan rakan-rakan mereka. Jelas sekali anak kita begitu hanyut dengan nilai-nilai kuning hingga kadangkala memusnahkan pegangan anak kita tanpa kita sedari.
- Aku sendiri begitu takut melihat perkembangan masyarakat ini dan sering berfikir bagaimana harus dengan cara terbaik dapat aku terapkan pendidikan kepada anakku ini nanti.
- Jika dirumah atau sekolah sekalipun telah dididik dengan baik tapi bagaimana pula dengan pergaulan yang akan diterima selain di rumah dan di sekolah? Dapatkah nilai murni yang diterapkan oleh ibu bapa serta guru dikekalkan ketika mereka sedang enak bergaul? peranan siapakah untuk membantu kita mengatasinya?
- Semua persolan itu sebenarnya berbalik kepada kita sendiri yang menjadi ahli dalam sesebuah masyarakat. sebenarnya kita lah yang menentukan hala tuju anak-anak kita. seandainya kita terus membiarkan anak-anak kita hanyut dengan budaya yang tak sepatutnya diamalkan maka apa yang tinggal pada kita nanti hanyalah apa?
- Jika hanya individu atau satu keluarga sahaja yang sedar akan masalah ini, penyelesaiannya pasti tiada jadi yang malang adalah kita sendiri.
- Memetik kata-kata Dr. Uthman El Muhammady, setiap individu dan masyarakat perlu ada kesedaran sosial yang tinggi malah harus peka dengan perubahan sekeliling sebelum ia berkembang biak menjadi masalah yang sukar ditangani kelak.
- Aku meratap nasib masyarakat ku nanti
- Aku juga benar-benar bersimpati dengan diriku yang hidup dalam masyarakat ini
Sabtu, 17 Mac 2007
Rumah Baru
Assalamualaikum....
Rasa best je tak lama lagi aku nak pindah rumah. Rumah double storey kat Rawang. Jadi la dengan perkongsian aku dengan Isteri aku dapat la aku memiliki rumah sendiri.
Oleh sebab ader duit balance beli rumah ader sikit, aku dengan Isteri aku ape lagi amek kesempatan renovate rumah. Agaknye rezki tuhan anugerahkan melalui anak aku, aku dapat harga yang agak rendah untuk modified rumah aku dan isteriku mengikut citarasa kami berdua.
Disebabkan isteri aku rajin sangat tengok casa impian, jadi ilham rumah ku ni ader la tiru sikit cara eric leong buat. idak le Perfect macam dalam casa tuh, (berangan je lebeh). Cantik ke tak itu lain kira janji kami puas hati.
Aku dan Isteri mulanya bercadang nak pindah pada hujung bulan 3 ni tapi memandangkan aku sebuk dengan kerja sampai hari minggu pun terpaksa digunakan jadi aku mengubah tarikh untuk berpindah pada 8 April 2007 kalau diizinkan tuhan. Harap-harapnya rumah ini menjadi syurga buat aku isteri dan anakku nanti. Amin...
Orang tengah pasang kitchen kabinet rumah
siling rumah kat ruang tamuKhamis, 15 Mac 2007
This is my SON
Ahad, 7 Januari 2007
macamana tu
pejam celik pejam celik dah masuk tahun baru.
Macam-macam cerita, macam-macam peristiwa yang berlaku ada yang menyeronokkan ader yang menyedihkan dan ader yang membingungkan. Kekadang tu apa yang berlaku di sekeliling aku, malas aku nak ambik pusing. Bukan ape, aku ni manusia yang biasa-biasa aje dan kalau terlalu sensitif dengan apa yang berlaku boleh menyebabkan litar pintas dalam kepala otak kita dan aku paling menyampah kalau apa yang berlaku melibatkan politiking yang menjadikan kepentingan diri melebihi segala-galanya.
Mata dan kepala aku selalu melihat perubahan dalam masyarakat kita yang dari hari ke sehari makin menjadi lebih kepada individualistik dan aku salah satu daripadanya berdasarkan apa yang aku tulis diatas tuh. Paling teruk, manusia mula menjadikan arah hidup mereka lebih kepada taksub.
Konsep taksub mungkin sudah lama wujud dalam diri setiap manusia tetapi deraan hidup masa kini yang lebih menjurus ke arah kapitalisme, taksub manusia meningkat hebat bagi menjamin kehidupan mereka sendiri menjadi lebih baik dari yang sebelumnya.
Aku melihat disini, ketaksuban berlaku akan menjadikan masyarakat kita menjadi goyah dan nilai-nilai akhlak dan jatidiri masyarat runtuh lama lagi jika sikap ini tidak dibendung.
Masakan tidak! masing-masing cuba survive untuk meningkatkan hidup masing-masing tetapi dalam masa yang sama akhlak dan minda terus terjajah.
Aku agak tertarik dengan usaha sesetengah pihak yang cuba melahirkan semula semangat kekitaan yang diyakini perlu diterapkan dalam masyarakat kita sekarang. Semangat ini yang diilhamkan oleh ibnu Khaldun jelas menggunakan semangat kekitaan bagi mewujudkan kekuatan masyarakat dalam menghadapi cabaran global masakini.
Konsep ini kalau dilihat secara luaran sahaja memberi gambaran bahawa kekitaan ini lebih kepada berfahaman Assabiyah tetapi sebenarnya ia lebih jauh dari itu.
Jika Asabiyah itu lebih kepada semangat kekitaan yang "extreme", tetapi semangat kekitaan yang diterapkan oleh Ibnu Khaldun ini lebih kepada bergerak bersama-sama, membangun bersama-sama tanpa menjauhkan diri dari adab dan norma kehidupan bermasyarakat.
Tidak salah jika tejerumus kedalam hidup yang memerlukan survival, tetapi biarlah survival kita lebih menjadikan kita berjaya dalam agama dan kerjaya kita.
Semangat kekitaan itu penting sebenarnya bagi kita bagi membentuk jatidiri kita dan masyarakat kalau kita menilai lebih dalam lagi semangat kekitaan inilah yang telah melahirkan semangat nasionalisma yang unggul dahulu hinggakan lahir negara yang bernama Malaysia.
Jadi apasalahnya semangat ini diterapkan dalam diri kita bagi memastikan kehidupan kita lebih baik dari sebelumnya tanpa meninggalkan akhlak dan minda dari terus dijajah.
Jadi saranan aku pada masyarakat, bangkitkanlah semangat nasionalisma kita kembali bukan sekadar mahu membebaskan negara dari penjajahan tetapi semangat nasionalisma bagi membebaskan fikiran kita, minda kita dan perbuatan kita dari dijajah seterusnya membangunkan masyarakat kita ke arah yang lebih baik. ®











.jpg)
.jpg)
.jpg)
