VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Isnin, 28 Ogos 2006

Bersih itu Islam?

Ada orang cakap bersih itu adalah sebahagian daripada Islam dan sebagai orang Islam aku benar-benar tahu akan perihal ni dan wajib bagi seorang Islam itu menjaga kebersihan.

Tapi!
Macamana pulak dengan surau-surau, masjid-masjid sesetengah Qariah itu kurang bersih. adakah suruhan agama itu sekadar memperingati bukannya ajaran yang perlu dipatuhi?

Dan!
Bagaimana pulak sesetengah orang Islam itu tidak lansung ingin menjaga kebersihan? Adakah sikap itu yang dituntut oleh agama?

Naik penat dah aku tengok orang pakai kupiah, pakai songkok main senang-senang ludah merata-rata, buang sampah merata-sata ikut suka hati dia je. Yang nih tak yah nak kasik bukti pegi la jalan2 kat mana2 mesti jumpa. Bukan yang pakai kupiah dengan songkok je (perlambangan) tapi yang tak pakai pun sama..

Kadangkala tengah sedap bawak kereta kat jalan raye tuh.. tetiba je tengok objek terbang keluar dari kereta.. Amboih sesedap rasa je buang sampah.. kekadang mulut jahat aku nih menyumpah seranah perangai orang macam tuh.. sakit hati la beb. macam la tak buleh buang dulu dalam plastik dalam kereta tuh ke haper ker.. Kalau nak buat sampah.. buat sampah dalam kereta sendiri bukan tang merata mana yang ko suke.

Aku tujukan bender ni pada orang Islam sebab aku jugak orang Islam. Kalau dah nama Islam jaga lah nama agama kita dengan baik. Jangan sampai orang 'lain' lebelkan perangai korang tuh adalah sebagai ajaran ISLAM.

Khamis, 17 Ogos 2006

Kerja Kosong

SESIAPA YANG BERMINAT UTK MENGISI JAWATAN GRAPHIC, BOLE MELUKIS, BOLE BUAT ANIMASI DAN KREATIF DALAM MENGGUNAKAN FLASH, SILA EMAILKAN RESUME KE ikonxtif@gmail.com & miauriz@gmail.com DENGAN SEGERA...

Rabu, 9 Ogos 2006

PETISYEN ONLINE

Kempen Tandatangan Diteruskan

Sambutan kempen tandatangan kini amat menggalakkan samada melalui borang petisyen atau secara online. Pihak PEMBELA masih membuka kempen tandatangan ini sehingga 14 Ogos 2006. Penyerahan tandatangan akan dibuat kepada Perdana Menteri Malaysia pada 16 Ogos 2006. Justeru marilah kita sama-sama nyatakan SOKONGAN atas dasar memastikan kedaulatan Islam tidak tercabar dengan ingatan; KITA LAKUKAN INI SEMUA DEMI ANAK CUCU KITA

http://defendersofislam.net/portal/modules/liaise/

Selasa, 8 Ogos 2006

Ijtimak Ulama Kebangsaan

Tuan-tuan & puan-puan pengujung laman blog ini dijemput untuk menghadiri Forum semasa; Ijtimak Ulama Kebangsaan 2006 yang akan membincangkan Cabaran Mempertahankan Hak-Hak Umat Islam. Antara penceramah undangan
  • Datuk Haji Mustapha Maa (MACMA)
  • Haji Zaid Kamaruddin (JIM)
  • Profesor Abdul Aziz Bari (UIA)
  • Wakil Pertubuhan Peguam Pembela Islam

Ijtimak Ulama Kebangsaan
anjuran
Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs (ACCIN)

Hotel Plaza, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur (berhadapan dengan Kolej Cosmopoint)
12 Ogos 2006
8.30 pg ~ 6.00 ptg
**masuk adalah percuma

Rabu, 2 Ogos 2006

Hanya Menyatakan

Assalamualaikum!!~~

Huh!!! Dah lama aku tak menulis. Dah hampir empat bulan.. Bukan sengaja tak mahu menulis tapi terlalu sebuk dengan urusan kerja.

Agaknya kekadang tuh minat dan kerja tak leh nak diselarikan..kalau diselarikan satu hape pun tak jadik.

Itu pendapat aku.. :)

Saat ini hati aku amat berdebar-debar menanti kelahiran anak kedua. Tiap hari aku lalui, rasanya tersangat indah. Tiap hari aku usap perut isteriku yang semakin membesar, hati aku bagai tersentuh dengan nyawa dalam kandungan itu. "Dia" begitu aktif bergerak-gerak dalam perut ibunya bagai tak sabar hendak melihat dunia. Tapi aku lebih sedar kehidupan didalam perut ibu itu lebih bahagia dari menatap dunia masa kini yang penuh dengan kecelaruan, nafsu dan porak peranda.

Hati juga aku berdebar-debar menanti saat sebagai bapa. Berjayakah aku mendidik anakku ini menghadapi dunia yang penuh rona-rona nafsu dunia ini!?.

Namun, kekhuatiran itu bagai hilang bila mana aku mengenang cahaya bahagia yang akan dibawa bersama kelahirannya nanti. Tidak terkira ku bersyukur dengan tuhanku dengan rezeki yang dilimpahkan kepada aku. Semoga aku tidak leka dengan tanggungjawab ku bila tiba masanya nanti.

"Aduhai anak! hadirlah kau sebagai umat yang berjaya, lahirlah kau sebagai penegak agama yang bijaksana, lahirlah kau sebagai pembela agama yang perkasa, "

LIFE

Feed The Fish