"Adapunpun tanda-tanda kematian mengikut ulamak adalah benar dan ujud cuma amalan dan ketakwaan kita sahaja yang akan dapat membezakan kepekaan kita kepada tanda-tanda ini.
Rasulullah SAW diriwayatkan masih mampu memperlihat dan menceritakan kepada keluarga dan sahabat secara lansung akan kesukaran menghadapi sakaratul maut dari awal hingga akhirnya hayat beliau.
Imam ghazali rahimullah diriwayatkan memperoleh tanda-tanda ini sehinggakan beliau mampu menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya,wuduknya serta kapannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal utk menyambung tugas tersebut.
Beliau wafat ketika abangnya Imam Ahmad bersedia utk mengafankan bahagian mukanya.
Adapun riwayat riwayat ini memperlihatkan kepada kita sesungguhnya allah SWT tidak pernah berlaku zalim kepada hambanya.Tanda-tanda yang diberikan adalah utk menjadikan kita umat islam supaya dapat bertaubat dan bersedia dalam perjalanan menghadap Allah SWT.
Walaubagaimanapun semua tanda-tanda ini akan berlaku kepada orang-orang islam sahaja.Manakala orang- orang kafir iaitu orang yang menyekutukan Allah nyawa mereka ini akan terus direntap tanpa sebarang peringatan sesuai dgn kekufuran mereka kepada Allah SWT.
Adapun tanda-tanda ini terbahagi kepada beberapa keadaan:-
TANDA 100 HARI SEBELUM.
Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya.WAlaubagaimanapun semua orang islam akan mendapat tanda-tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja.Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.
Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang dan akan terdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.
Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian,tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.Bagi mereka yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik utk memunafaatkan masa yang ada utk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.
TANDA 40 HARI SEBELUM.
Tanda ini juga akan berlaku sesudah Waktu Asar.Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut.Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya diatas Arash Allah SWT.
Maka Malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.Akan terjadi malaikat maut ini akan merperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi,mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan akan binggung seketika.Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tatapi kuasanya utk mencabut adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.
TANDA 7 HARI
Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan dimana orang yang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera utk makan.
TANDA 3 HARI
Pada ketika ini akan terasa denyutan dibahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.
Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi mereka yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur - ansur masuk kedalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh kedepan dan sukar ditegakkan.
TANDA 1 HARI
Akan berlaku sesudah waktu Asar dimana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu dikaeasan ubun-ubun dimana ini menandakn kita tidak akan sempat utk menemui waktu Asar keesokan harinya.
TANDA AKHIR
Akan berlaku keadaan diman kita akan merasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.
WALLAHUA'LAM "
Khamis, 16 Februari 2006
Selasa, 14 Februari 2006
Kerja Kosong!?
Assalamualaikum, sesiapa yang mempunyai kaum kerabat sedara mara atau rakan taulan yang mempunyai kelayakan sarjana Sains Komputer/ IT, Sumber Manusia atau Undang-undang dialu-alukan untuk memohon jawatan pensyarah di Universiti Tenaga Nasional Kolej Pengurusan Bisnes dan Perakaunan Kampus Sultan Haji Ahmad Shah.
Sila berhubung dengan En Suhaimi Sudin, di Suhaimi@kms.uniten.edu.my <mailto:Suhaimi@kms.uniten.edu.my> untuk keterangan lanjut.
Sila berhubung dengan En Suhaimi Sudin, di Suhaimi@kms.uniten.edu.my <mailto:Suhaimi@kms.uniten.edu.my> untuk keterangan lanjut.
Ahad, 12 Februari 2006
IFC
Agak sebuk aku pada minggu ni. Kesebukan aku ini menyebabkan aku kekurangan waktu untuk memberikan maklumat terkini di blog aku nih.
Paling terkini aku diarahkan untuk merealisasikan Seminar mengenai penubuhan Interfaith Commission (IFC) yang bakal berlangsung di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur pada 17 Febuari nih.
Sebenarnya seminar ni dianjurkan oleh satu badan NGO iaitu Allied Coordinating Committee of Islamic N.G.O.s (ACCIN), so aku dan organisasi tempat aku kerja ni memberikan sokongan penuh terhadap usaha ni lantas mengarahkan aku untuk membantu apa yang terdaya. Jadi tanpa soal panjang aku membantu usaha ini agar ia dapat dijalankan dengan lancar.
Mengenai Penubuhan IFC ini aku tidak ada apa hendak disampaikan cuma jika ada diantara surfer di sini ingin mengetahui mengenai lebih lanjut mengenai IFC boleh ke http://www.geocities.com/bantah_IFC/
Bagi mereka yang mempunyai kehendak ingin menyertai seminar ini amatlah dialu-alukan dan diminta hadir di
Grand Ballroom
Level 17
Hotel Brisdale, Kuala Lumpur
Jam 8.00 Pagi - 6.00 Petang
17 Febuari 2006
Atau hubungi aku di Seraimerah(at)yahoo(dot)com
Paling terkini aku diarahkan untuk merealisasikan Seminar mengenai penubuhan Interfaith Commission (IFC) yang bakal berlangsung di Hotel Brisdale, Kuala Lumpur pada 17 Febuari nih.
Sebenarnya seminar ni dianjurkan oleh satu badan NGO iaitu Allied Coordinating Committee of Islamic N.G.O.s (ACCIN), so aku dan organisasi tempat aku kerja ni memberikan sokongan penuh terhadap usaha ni lantas mengarahkan aku untuk membantu apa yang terdaya. Jadi tanpa soal panjang aku membantu usaha ini agar ia dapat dijalankan dengan lancar.
Mengenai Penubuhan IFC ini aku tidak ada apa hendak disampaikan cuma jika ada diantara surfer di sini ingin mengetahui mengenai lebih lanjut mengenai IFC boleh ke http://www.geocities.com/bantah_IFC/
Bagi mereka yang mempunyai kehendak ingin menyertai seminar ini amatlah dialu-alukan dan diminta hadir di
Grand Ballroom
Level 17
Hotel Brisdale, Kuala Lumpur
Jam 8.00 Pagi - 6.00 Petang
17 Febuari 2006
Atau hubungi aku di Seraimerah(at)yahoo(dot)com
Jumaat, 10 Februari 2006
SYAHDU?! Layan je lah....
Pepagi jumaat ni dok asyik masyuk buat keje telinga disumbat dengan headphone mendengar putaran lagu dari player winamp. Tiba-tiba lagu Bisa nyanyian Unplugged oleh Search keluar. Lentuk la pulak dengar lagu ni. Mana taknye cerita orang putus cinta kekeke....
Bagi aku lagu bisa nih memang menarik liriknye sebab puitis. Tabik Spring kepada orang yang mencipta lagu nih tambah plak didendangkan dalam rentak unplugged dengan petikan gitar solo yang best telah menambahkan lagi kemerduan muzik yang dihidangkan untuk santapan telinga aku nih.
Bisa
Bisa bisa
Bagai hiris kaca...
lukaPedih tak terkira...
terpedaya
Bisa bisa bisanya tingkahmu...pedih
Kau niagakan cinta pada semua
Kau ramas bunga cinta
Setelah ku taburkan
Mudah kau musnahkan
Cinta kau anggap sampah
Bisa bisa
Bila terpedaya kerana cinta
Bisa bisa
Sungguh tak mengerti
Siapakah sebenar

Bagi aku lagu bisa nih memang menarik liriknye sebab puitis. Tabik Spring kepada orang yang mencipta lagu nih tambah plak didendangkan dalam rentak unplugged dengan petikan gitar solo yang best telah menambahkan lagi kemerduan muzik yang dihidangkan untuk santapan telinga aku nih.
Bisa
Bisa bisa
Bagai hiris kaca...
lukaPedih tak terkira...
terpedaya
Bisa bisa bisanya tingkahmu...pedih
Kau niagakan cinta pada semua
Kau ramas bunga cinta
Setelah ku taburkan
Mudah kau musnahkan
Cinta kau anggap sampah
Bisa bisa
Bila terpedaya kerana cinta
Bisa bisa
Sungguh tak mengerti
Siapakah sebenar