VISIT MY FLICKR

FEETHREE. Get yours at bighugelabs.com/flickr

Selasa, 26 Oktober 2004

Malaysian English Version vs Britains English Version

Who says our English is teruk. Just see below -

Ours is simple,short,concise, straight-to-point, effective etc. The English did invent the English Language, but they cannot use it economically when communicating their intentions. Compare these phrases that Malaysians and Britons use to say the same thing:

So, why make things so confusing and waste of money when you are on a long distance call. Make it snappy.

WHEN GIVING A CUSTOMER BAD NEWS
Britons: I'm sorry, Sir, but we don't seem to have the sweater you
want in your size, but if you give me a moment, I can call the other
outlets for you.
Malaysians: No Stock.

RETURNING A CALL
Britons: Hello, this is John Smith. Did anyone page for me a few
moments ago?
Malaysians: Hallo, who page?

ASKING SOMEONE TO MAKE WAY.
Britons: Excuse me, I'd like to get by. Would you please make way?
Malaysians: S-kews

WHEN SOMEONE OFFERS TO PAY
Britons: Hey, put your wallet away, this drink is on me.
Malaysians: No-need, lah.

WHEN ASKING FOR PERMISSION
Britons: Excuse me, but do you think it would be possible for me to
enter through this door?
Malaysians: (while pointing at door) Can or not?

WHEN ENTERTAINING
Britons: Please make yourself right at home.
Malaysians: Don't be shy, lah!

WHEN DOUBTING SOMEONE
Britons: I don't recall you giving me the money.
Malaysians: Where got?

WHEN DECLINING AN OFFER
Britons: I'd prefer not to do that, if you don't mind.
Malaysians: Doe-waaaan!

IN DISAGREEING ON A TOPIC OF DISCUSSION
Britons: Err. Tom, I have to stop you there. I understand where
you're coming from, but I really have to disagree with what you said
about the issue.
Malaysians: You mad, ah?

WHEN ASKING SOMEONE TO LOWER THEIR VOICE.
Britons: Excuse me, but could you please ! lower your voice, I'm
trying to concentrate over here.
Malaysians: Shaddap lah!

WHEN ASKING SOMEONE IF HE/SHE KNOWS YOU.
Britons: Excuse me, but I noticed you staring at me for some time.
Malaysians: See what, see what?

WHEN ASSESSING A TIGHT SITUATION.
Britons: We seem to be in a bit of a predicament at the moment.
Malaysians: Die-lah!!

Amalan Yang Boleh Dicuba

Untuk Amalan Kita Bersama Supaya Kita Sama-Sama Mendapat Keredhaan Allah Swt.

"Au zubillah himinashsyaitan nirrajim ...bismillahirrahmannirrahim"

Tafsirannya : Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum anda masuk rumah, bacalah ayat di atas, kemudian bacalah surah Al-Ikhlas

sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.

Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur.

Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap diakhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga.

(Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya:

Siapakah antara kamu yang dapat khatam alQuran dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Umar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengkhatam alQuran dalam begitu cepat.

Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar
bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang
kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu.

Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.

Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali khatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus alQuran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat
Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu
Sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat Padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu
Seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.

Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka:
Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun
perempuan.

Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,
sesungguhnya

• Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s,

• Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s,

• Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s,

• Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota:
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain.

Sepertimana sabda Rasulullah SAW
“Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat,” Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:

1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.

Sumber Daripada Internet

12 Ramadhan ...

Hari ni dah hampir setengah bulan berposer... tapi syukur la ...hujan selalu takder la panas.. kuranglah sikit ancaman haus.. yerlahh kalau dah poser kalau tak lapar tak dahaga memang la tak sah..
kene ingat jugak bukan takat tahan lapar n dahaga.. mata, kaki, mulut, tangan pun kene poser... hehehe
entah lerrr... chaoss

Sabtu, 23 Oktober 2004

Poser Puasa.

waaaaaaaaaaaahhh !!!!!~~~
dah bulan poser sekarang... erm entah laa bulan poser ni patut orang semua bersemangat..tapi aku malas betul nak buat keje..huk huk hukk!!! bukak pc takdak ingat lain ...main pool jerk.. seb baik selalu menang..

tapi takper poser tetap poser...minggu depan mungkin dah ok sikit leh la keje dengan semangat..

baju raya pun dah beli.. hehe takyah nak bazir duit dah nak beli...

petang ni jalan2 kat pasar ramadhan pun best...

Isnin, 11 Oktober 2004

HARI OZON SEDUNIA: Selamatkan Ozon Anda

Pada setiap tanggal 16 September, masyarakat dunia mempunyai hari istimewa iaitu hari memperingati ozon. Apakah itu ozon, apa kepentingannya dan mengapakah ia begitu penting sekali hingga wujudnya 16 September sebagai hari ozon sedunia?

Christian Friedrich Schonbein telah mengenalpasti lapisan ozon ini pada tahun 1840, dengan memberi definasi Ozon (O3) ialah sebatian yang terdiri daripada tiga atom oksigen setiap molekul dan pada suhu dan tekanan biasa ia akan berbentuk gas biru kemudiannya membentuk cecair biru tua pada suhu bawah -112 C, dan cecair biru tua gelap pada suhu di bawah -193 C.
Secara semulajadi, ozon terhasil melalui tindak balas cahaya ultra-lembayung dengan atmospera bumi dan membentuk satu lapisan ozon pada ketinggian 50 kilometer.

LAPISAN OZON

Lapisan ozon ini, wujud di antara lapisan stratosfera dan mesosfera. Ia juga berfungsi melindungi bumi daripada sinaran ultra-lembayung, walau bagaimanapun, sekiranya ozon terhasil di permukaan bumi seperti melalui asap kenderaan, ia boleh membahayakan kesihatan.

Namun begitu, sekiranya lapisan ozon tiada, banyak kehidupan di bumi akan pupus termasuk manusia. Oleh itu ramai orang merasa bimbang apabila terdapat laporan wujudnya lubang pada lapisan ozon di kutub utara dan kutub selatan.

LUBANG OZON

Lubang ozon di Antartika disebabkan oleh penipisan lapisan ozon antara altitud tertentu seluruh Antartika pada musim bunga. Penipisan tersebut dikesan setiap tahun sejak sedekad yang lalu. Pembentukan ´lubang´ tersebut berlaku setiap bulan September dan pulih kepada keadaan normal pada lewat musin bunga atau awal musim panas.

Dalam bulan Oktober 1987,1989,1990 dan 1991, bagi seluruh Antartika telah meningkat dengan mendadak iaitu kenaikan 60% pengurangan ozon berbanding dengan paras lubang pra-ozon. Dalam Oktober 1991, paras terendah atmosfera ozon yang pernah direkodkan telah berlaku di seluruh Antartika.

PENIPISAN OZON

Penipisan ozon ini adalah akibat kekurangannya sumber air bersih, kerosakkan rantaian makanan, musnahnya ekosistem serta simbiosis, turunnya hasil pertanian malah punca utamanya bertambahnya penggunaan kenderaan yang menghasilkan gas-gas karbon, penghawa dingin dan pelbagai lagi melibatkan aktiviti industri yang kian berkembang setiap hari. Penipisan ozon juga dikaitkan dengan pemanasan global (kesan rumah kaca) yang boleh memunculkan beberapa lagi kesan negatif alam kepada masyarakat dunia.

Rumah Kaca ialah kesan yang diberi oleh rumah kaca terhadap persekitaran. Bukan sekadar peningkatan suhu, pemanasan global juga menyebabkan iklim menjadi ekstrim, suhu tak menentu, panas teramat panas, sejuk teramat sejuk, ribut taufan tiba-tiba melanda, serta banjir besar dan lain-lain bencana alam yang sebelum ini jarang terjadi.

Kerugian dunia dalam mengawal selia perubahan iklim kini mencapai 300 juta USD setahun dan inilah akibatnya masyarakat asyik leka mengurangkan keupayaan penyerapan gas karbon (carbon sink) dunia. Penebangan hutan dan pembalakan yang dilakukan oleh masyarakat kini adalah punca utama bertambahnya risiko penipisan ozon kerana keupayaan bumi menyerap telah dirosakkan. Kira-kira 65 juta hektar dari 3500 juta hektar hutan telah musnah dalam tempoh 1990 hingga 1995.

Sebagaimana yang diperkatakan semasa konferensi ke-21 ´United Nation Environment Programme´ (UNEP) di Nairobi, Kenya, PBB melaporkan untuk mengurangkan pemanasan global pada 50 tahun yang akan datang kira-kira 300 juta USD akan diperlukan.

Menurut Klaus Toepfer, Pengarah Eksekutif UNEP, untuk mengurangi permasalahan ini sahaja tidak cukup apa yang diperlukan ialah kesedaran masyarakat betapa gentingnya kehidupan manusia
pada masa sekarang.

Tambah beliau lagi, indeks karbon (CO2) di udara terus meningkat dari tahun 1990 dengan 1.34 juta tan mencecah sehingga 1.47 juta tan pada tahun 1997. Negara-negara maju menyumbang kira-kira dua pertiga indeks karbon di dunia berbanding negara membangun yang hanya menyumbang sepertiga indeks karbon kepada dunia.

Kita sudah pasti dapat membayangkan betapa pemanasan global ini adalah selaras dengan perkembangan dan kemajuan industri sesebuah negara itu.

Sepanjang abad ke-20, pernah terjadi pada tahun 1998 yang telah dicatat sebagai tahun terpanas yang dikenali sebagai kesan fenomena El-Nino hingga menyebabkan hutan-hutan di Indonesia, Brazil dan Australia mengalami kemarau yang panjang sekali gus mencatatkan kebakaran hutan yang besar pada tahun tersebut.

´Intergovernmental Panel on Climate Change´ (IPCC) telah mencatatkan kenaikkan suhu dunia pada masa itu ialah antara yang tertinggi dengan angka 35 hingga 45o C. Badan tersebut juga meramalkan bahawa paras laut akan naik setinggi 1 meter menjelang tahun 2008. Kesan kenaikkan paras laut ini akan memberi kesan kepada negara-negara di Asia Selatan, Asia Tenggara, sepanjang pantai Mediteranean, pantai barat Afrika dan terumbu karang di Lautan Pasifik dan Indonesia.

Penipisan ozon juga bermakna sinaran ultra ungu (ultra violet) yang berbahaya menyerang kerana sinaran ini mampu menembusi lapisan ozon yang menipis sekali gus mengakibatkan sesiapa yang tekena sinaran ini akan terdedah dengan penyakit barah kulit dan katarak. Selain kesan ini sinaran ultra ungu ini akan menyebabkan kabut atau jerebu (fotokimia) apabila sinaran ini bercampur dengan pencemaran udara oleh aktiviti industri dan kenderaan.

Apapun permasalahan ini adalah datangnya dari manusia itu sendiri. Dalam mengejar kemajuan dan pemodenan kita sebenarnya terlupa untuk menjaga kesihatan dunia hingga tidak tersedar bahawa ia semakin nazak dengan angkara yang dilakukan oleh penghuninya.

Langkah paling bijak kini adalah menyedarkan diri dan masyarakat betapa pentingnya menjaga alam sekitar dan kesan yang akan diterima jika mereka terus-menerus merosakkan alam sekitar dengan nafsu yang tinggi.

LIFE

Feed The Fish